PROGRAM PENGUKUHAN MATEMATIK TINGKATAN EMPAT SIRI 1 :12 OGOS 2017

PROGRAM PENGUKUHAN MATEMATIK TINGKATAN EMPAT SIRI 1 12 OGOS 2017


Pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah bertujuan untuk membangunkan budaya sains dan teknologi yang merangkumi aspek pengetahuan dan kemahiran di kalangan masyarakat dengan menerapkan eleman- eleman yang sejajar dengan agenda pendidikan negara 2016- 2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadap cabaran abad ke-21. Justeru itu, usaha pendidikan seumpama ini perlu diterapkan di peringkat awal menerusi pelajar. Pengajaran & Pembelajaran STEM yang berfokuskan pelajar dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Sejajar dengan agenda pelan pembangunan pendidikan Malaysia, Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program pengukuhan Matematik Tambahan bagi pelajar Tingkatan 4 bagi mengukuhkan lagi pemahaman konsep matematik di kalangan pelajar. Program pengukuhan Matematik Tambahan adalah anjuran Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM dengan kerjasama Yayasan Penyayang MPJBT serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat dan kecenderungan pelajar dalam subjek Matematik Tambahan di dalam suasana pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Program pengukuhan ini dihadiri seramai 96 pelajar iaitu 58 pelajar dari SMK Kangkar Pulai manakala seramai 38 pelajar dari SMK Nusa Jaya. Program ini diadakan secara bersiri. Siri 1 dengan topik Fungsi dan Persamaan Kuadratik diadakan pada tarikh 12 Ogos 2017 (Sabtu) bertempat di SMK Kangkar Pulai. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu En Yunos Bin Malik. Ceramah utama berkenaan topik bagi siri disampaikan oleh Tn Hj Hamisan Rahmat. Teknik menjawab soalan-soalan yang beraras tinggi turut dibincangkan dalam program ini. Program ini menerapkan elemen 4C yang ditekankan dalam Pembelajaran Abad ke 21 iaitu communication, collaboration, creativity dan critical thinking. Diharapkan menerusi program ini, ia akan mengukuhkan serta meningkatkan lagi pemahaman siri Fungsi dan Persamaan Kuadratik di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 4. Di samping itu, kefahaman menyelesaikan soalan-soalan KBAT turut diperdalami

 

Skip to toolbar