Southern Tiger mengaum…part 2

sambungan Southern Tiger mengaum…part 1

 

2nd day di JB…

Harini ramai sikit dalam hotel. Maklong & Paklong datang jalan-jalan ke JB. So arini plan nak bawak anak-anak ke Zoo Johor. Ape yang menarik di Zoo Johor ni pun x tau. Tak pernah pergi. Pagi lepas breakfast anak-anak bersiap eksaited masing-masing nak tengok binatang. Tapi cuaca macam mendung. Walaupun ada yang kata “mendung tak bererti hujan” tapi nampak macam langit nak menangis. Bila dah masuk kereta, hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. Alahai, kesian nya anak-anak nak pegi Zoo. Dah sampai depan Zoo hujan masih tak berhenti.

 

Almost 30 minit menunggu, akhirnya decide untuk ke tempat lain. Tempat yang berbumbung. So we are heading to Paradigm Mall. Masuk dalam Mall suka la anak-anak. Tempat first yang pergi is Ice-Skating. Tapi pagi-pagi macam ni tak de orang pun yang main ice-skating. So duduk sahaja tengok orang lalu lalang. Agak-agak dah bosan, pergi cari makan dekat food court. Habis kan masa sekejap then lepas Zuhur balik semula ke Hotel.

 

Sebelah malam, ibu janji nak bawak anak-anak ke Danga Bay. Tengok lampu-lampu sekitar Danga Bay. Alhamdulillah, dapat parking dekat dengan lokasi. Beratur jugak orang nak beli tiket walaupun bukan malam minggu. Benda pertama yang ktorang naik adalah Keretapi.

 

Lepas pusing-pusing naik keretapi, jalan-jalan sekitar Danga Bay tu. Banyak jugak mainan yang disedikan untuk kanak-kanak. Tapi perlulah pengawasan dari ibu bapa. Seronok jugak anak-anak malam ni dapat jalan-jalan.

 

Ok..untuk malam ni lepas makan terus balik. Esok hari selasa kite dah kerja. Anak-anak terpaksalah tinggal dengan nenek dekat hotel.

This entry was posted in Lovely Family. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *