Southern Tigers mengaum…part 1

Kejut harimau yang sedang tidur
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Korbankan harga diri kerana ego
Nanti kena tangkap (Aha!)

 

Dalam banyak-banyak tempat, Johor Bahru menjadi pilihan my sister untuk sesi Interview SPA Jawatan N19 (PTPO). Ok lah, kite ni bukan terer sangat jalan-jalan area JB ni walaupun dah bermastautin kat sini almost 3 years. Right after engagement our cousin kat Klang, terus shoot balik ke JB. Perjalanan petang tu agak mencabar jugak dengan kenderaan yang bertali arus ke utara ke selatan. Sampai destinasi lebih kurang pukul 9.00 malam. My sister dah booking Hotel The Puteri Pacific berdekatan Menara Ansar, so mudah untuk dia jalan kaki ke tempat interview. Dah sampai lewat malam, mata dah mengantuk, badan pun dah penat, bantal dah memanggil, so time to sleep.

 

1st day di Jb..pagi-pagi lagi my sister dah keluar ke tempat Interview. Jadi Pengerusi Panel Interview ni memang kne punctual la. Kalau tak nanti calon-calon temuduga kurang hormat. So ape plan kite harini? anak-anak bosan katenya duduk kat hotel, nak keluar jalan-jalan bandar JB. Ok, mula-mula bawak diorg balik rumah kat Skudai. Bawak balik sekali baju-baju yang nak dibawa ke laundry. Petang tu bawak ke Kandang Kuda @ Equestrian kat UTM ni. Hajat nak bawak masing-masing naik kuda, tapi cuaca tak mengizinkan, hari hujan. So bawak dalam kandang tengok kuda. Aishah dan Haziq first time tengok kuda dekat-dekat. Kuda yang menjadi salah 1 tunggangan Nabi Muhammad saw tu sangat besar dan tegap bile tengok dekat-dekat. Patut la orang dulu-dulu jadikan kuda ni sebagai kenderaan untuk berperang. Hari ni hari ahad, kite saja cuti nak bawak anak-anak ni jalan. Jums ke tempat seterusnya.

   

 

 

 

 

This entry was posted in Lovely Family. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *