Dinner with my lovely mum

 

As appreciation dan kasih sayang pada my lovely mum, malam tu bawak dinner di Restaurant The Tiffin Impiana Hotel. Bukan mak tak biasa makan dekat hotel, tapi saja nak bawak tukar selera. Actually menu dinner sangat ok berpatutan dengan harga promosi. Ada spaghetti stall, desert stall, mi goreng panas2, ofkos nasi putih and lauk pauknya, soup and bread.

Actually ni promo from Impiana Hotel. A few days before, kami (CICT UTM) ada buat majlis hi-tea disini, so nak try dinner pulak. 4 star hotel kan.

Kata orang, kasih ibu membawa ke syurga. Selagi dia masih ada, tanggungjawab kita sebagai anak untuk menggembirakan dan membahagiakan dia.

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

 

…happy tgk mak happy…

…mee goreng panas2..bru angkat dari kuali…huhu

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hello world!

Welcome to People@UTM. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment

Terukir Di Bintang 2019

“Terukir Di Bintang”

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
lalalalala…

oppppsss…actually this is not about this song anymore..tajuk tu yang buatkan rasa nak menyanyi..
On 12th December 2019 yang lalu, Jabatan Teknologi Maklumat (CICT) menganjurkan 1 Majlis Penghargaan & Anugerah Cemerlang Staf CICT 2019 bertempat di Maharani Ballroom, Hotel Impiana Senai, Johor Bahru. Majlis bermula pada jam 2.30 petang ini dihadiri seramai 120 staf dari CICT JB dan KL.
As usual, as emcee of the day  and my partner En.Zahari a.k.a Along, we done our job fantastically. Pagi tu pukul 09.00 pagi dah terpacak kat hotel bersama geng2 hiasan & backdrop buat design untuk Photobooth. Tiup2 belon bagai semua. Then pukul 11.00 pagi run rehearsal dengan team teknikal. Pukul 1.00 petang berlari pulak ke rest room untuk bersiap majlis nak start pukul 2.30 kan. Alhamdulillah on time 2.30 petang majlis start dengan perarakan masuk barisan Pengurusan CICT diketuai oleh Pengarah. [nnt iollz is share aturcara ye]
Majlis berjalan dengan lancar walaupun ade sedikit kesilapan teknikal here & there. Biasa la, kesilapan ada dimana2. After ucapan YBhg Pengarah, ada persembahan tarian dari Pelajar UTM – Kumpulan Sri Nilam dari Kolej Kediaman Tun Hussin Onn. Part best is part makan..hahaha..makanan yang disajikan not bad. Ada nasi goreng, spaghetti, chicken bamboo, squid, sosej dan pemanis mulut. Emcee ofkos la kne makan cepat2. Selingan majlis is Lucky Draw. Lucky Draw banyak jugak hadiah yang disponsor oleh individu.
Main acara is Majlis Anugerah. As expected, ramai jugak yang naek terima anugerah masing2. Tahniah tahniah & tahniah yang dapat anugerah. Yang tak dapat tu, jangan kecik hati. Usaha lagi tahun hadapan ye..
Jums share moment2 indah sepanjang majlis…

Maharani Ballroom

Maharani Ballroom Impiana Hotel

..geng makan x cukup corum…

…geng teknikal…

…emcee of the day…

…wuahahaha…hadiah lucky draw..

..ucapan Perasmian Pengarah..

Posted in Sharing is Caring | Leave a comment

Southern Tiger mengaum…part 2

sambungan Southern Tiger mengaum…part 1

 

2nd day di JB…

Harini ramai sikit dalam hotel. Maklong & Paklong datang jalan-jalan ke JB. So arini plan nak bawak anak-anak ke Zoo Johor. Ape yang menarik di Zoo Johor ni pun x tau. Tak pernah pergi. Pagi lepas breakfast anak-anak bersiap eksaited masing-masing nak tengok binatang. Tapi cuaca macam mendung. Walaupun ada yang kata “mendung tak bererti hujan” tapi nampak macam langit nak menangis. Bila dah masuk kereta, hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. Alahai, kesian nya anak-anak nak pegi Zoo. Dah sampai depan Zoo hujan masih tak berhenti.

 

Almost 30 minit menunggu, akhirnya decide untuk ke tempat lain. Tempat yang berbumbung. So we are heading to Paradigm Mall. Masuk dalam Mall suka la anak-anak. Tempat first yang pergi is Ice-Skating. Tapi pagi-pagi macam ni tak de orang pun yang main ice-skating. So duduk sahaja tengok orang lalu lalang. Agak-agak dah bosan, pergi cari makan dekat food court. Habis kan masa sekejap then lepas Zuhur balik semula ke Hotel.

 

Sebelah malam, ibu janji nak bawak anak-anak ke Danga Bay. Tengok lampu-lampu sekitar Danga Bay. Alhamdulillah, dapat parking dekat dengan lokasi. Beratur jugak orang nak beli tiket walaupun bukan malam minggu. Benda pertama yang ktorang naik adalah Keretapi.

 

Lepas pusing-pusing naik keretapi, jalan-jalan sekitar Danga Bay tu. Banyak jugak mainan yang disedikan untuk kanak-kanak. Tapi perlulah pengawasan dari ibu bapa. Seronok jugak anak-anak malam ni dapat jalan-jalan.

 

Ok..untuk malam ni lepas makan terus balik. Esok hari selasa kite dah kerja. Anak-anak terpaksalah tinggal dengan nenek dekat hotel.

Posted in Lovely Family | Leave a comment

Southern Tigers mengaum…part 1

Kejut harimau yang sedang tidur
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Korbankan harga diri kerana ego
Nanti kena tangkap (Aha!)

 

Dalam banyak-banyak tempat, Johor Bahru menjadi pilihan my sister untuk sesi Interview SPA Jawatan N19 (PTPO). Ok lah, kite ni bukan terer sangat jalan-jalan area JB ni walaupun dah bermastautin kat sini almost 3 years. Right after engagement our cousin kat Klang, terus shoot balik ke JB. Perjalanan petang tu agak mencabar jugak dengan kenderaan yang bertali arus ke utara ke selatan. Sampai destinasi lebih kurang pukul 9.00 malam. My sister dah booking Hotel The Puteri Pacific berdekatan Menara Ansar, so mudah untuk dia jalan kaki ke tempat interview. Dah sampai lewat malam, mata dah mengantuk, badan pun dah penat, bantal dah memanggil, so time to sleep.

 

1st day di Jb..pagi-pagi lagi my sister dah keluar ke tempat Interview. Jadi Pengerusi Panel Interview ni memang kne punctual la. Kalau tak nanti calon-calon temuduga kurang hormat. So ape plan kite harini? anak-anak bosan katenya duduk kat hotel, nak keluar jalan-jalan bandar JB. Ok, mula-mula bawak diorg balik rumah kat Skudai. Bawak balik sekali baju-baju yang nak dibawa ke laundry. Petang tu bawak ke Kandang Kuda @ Equestrian kat UTM ni. Hajat nak bawak masing-masing naik kuda, tapi cuaca tak mengizinkan, hari hujan. So bawak dalam kandang tengok kuda. Aishah dan Haziq first time tengok kuda dekat-dekat. Kuda yang menjadi salah 1 tunggangan Nabi Muhammad saw tu sangat besar dan tegap bile tengok dekat-dekat. Patut la orang dulu-dulu jadikan kuda ni sebagai kenderaan untuk berperang. Hari ni hari ahad, kite saja cuti nak bawak anak-anak ni jalan. Jums ke tempat seterusnya.

   

 

 

 

 

Posted in Lovely Family | Leave a comment

Bengkel MyAIMS – Knowledge Improvement 2

Bayu Balau Resort, Desaru

02 – 05 Disember 2019

Anjuran – TM Malaysia

  • Bengkel selama 4 hari 3 malam ini merupakan bengkel lanjutan Knowledge Improvement yang turut diadakan di Bayu Balau Resort pada bulan Ogos yang lalu.
  • Peserta bengkel ini merupakan ahli tetap myaims yang telah bersumpah darah untuk menyiapkan Projek MyAIMS 2019.
  • Bila keluar dari kepompong dan melihat dunia luar ni, ofkos la semangat nak menyiapkan modul tu berkobar-kobar. Plusminus slot makan 6 kali sehari, huhu heaven la. Start with toast and coffee, sometimes nasi lemak & lontong, then pukul 10 am ade morning break dgn karipap and donut. Kenyang sampai nak terlelap. Pukul 1 je masing2 dah tertinjau tengok lunch dah ready ke belum. Q for lunch. Isi perut macam x de minum petang, padahal pukul 4 dah ready dengan minum petang. Continue reading
Posted in Sharing is Caring | Leave a comment

Pindah Rumah

Bila sebut pasal pindah rumah, macam-macam terbayang dalam kepala ni. Mana nak sewa lori, mana nak angkat barang. Actually bukan pindah rumah pun sebenarnya. Housemate kite pindah, so dia bawak semua barang-barang hak milik dia. Yang tinggal kat rumah tu cuma katil bilik kite je. Jadinya, disebabkan kita dah ada barang-barang masa kite duduk menyewa kat Jasin dulu [kite tumpang rumah mak kite letak barang-barang kite], kite kena la bawak barang-barang tu ke rumah kat Skudai ni.

 

Mula-mula kite cari lori sewa. Alhamdulillah dapat la lori sewa dengan harga RM350 siap dengan 2 orang tukang angkat. Tiba hari kejadian, lori dan tukang angkat tu amnik barang kat rumah mak kite [kluang].

 

Nampak barang nya macam tak banyak kan, tapi…diorang kne angkat naik tingkat 2. Kite duduk flat kat Skudai ni, kesian la diorang nak kne angkut barang kite. Dah selesai proses angkut-mengangkut ni, kite terus shoot ke Skudai. Kalau lambat nanti lori sampai kite tak de kat rumah.

hahahha…jangan tanya kite macam mana kite nak kemas.

 

Nak jadikan cerita, mungkin terlalu penat punggah barang, Allah nak bagi kite rest sekejap. Macam mana kite boleh jatuh dan terseliuh pun tak tahu. Tiba-tiba je kite dah jatuh.

 

So, kita nak share la beberapa tips untuk mereka-mereka yang nak pindah ye…

Berpindah ke rumah baru sebaiknya ikutlah cara islam, insyallah kita akan lebih rasa tenang apabila menduduki rumah baru nanti.

 

1. AZAN
– para ulama berpandangan adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah/premis baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat tempoh kosong yang dimaksudkan ialah lebih daripada 40 hari dan ada pula yang berpandangan lebih daripada 15 hari.
– dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH
– sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya ; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN
– dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud; “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran”(hadis riwayat Al-Baihaqi).

4. BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS
– amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan berkenaan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi 7 kali, ayat kursi 1 kali (tetapi ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali).

5. PAGAR RUMAH SECARA ISLAM
– perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
– bagaimanapun, ada cara memagar rumah yang dibolehkan dan digalakkan. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut:
i) ambil air secawan
· baca surah Al-Fatihah
· baca ayat Kursi
· baca 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al-Nas)
ii) tiup ke dalam cawan tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
iii) kemudian jirus ke setiap penjuru rumah dengan air tersebut. Mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jam.

Posted in My Journey... | Leave a comment