Amalkan 3W -Cegah COVID-19 – Amalkan Norma Baharu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Amalkan 3W

iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

  • Elak bersalaman / bersentuhan;
  • Amalkan etika batuk dan bersin;
  • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
  • Duduk di rumah dan elakkan amalan kunjung-mengunjung;
  • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Orang ramai diseru agar sentiasa patuh kepada S.O.P:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya jarak 1 meter.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *