07 55310319 mfuad@utm.my

UTM Virtual Gallery

UTM Virtual Gallery: Gerbang Maya UTM di Mata Dunia

UTM Virtual Gallery adalah portal rasmi bagi Galerium UTM yang telah dibangunkan oleh Perpustakaan UTM.

Keunikan portal ini, ia dapat membawa pengunjung melayari dan meneroka pelbagai koleksi artifak yang tersimpan serta menjelajah segenap galeri di UTM dengan hanya menggunakan telefon pintar ataupun komputer.

UTM Virtual Gallery, memberi fokus kepada empat modul Galeri Maya iaitu Virtual 360˚,  Pameran,  Artifak dan UTMLenses

  • Modul Virtual 360˚ membolehkan pengunjung melakukan lawatan secara maya bagi melihat keseluruhan persekitaran galeri. Ianya merupakan lawatan secara maya yang pertama melibatkan keseluruhan Galeri-galeri di UTM dan juga yang pertama dikalangan Universiti Awam di Malaysia. Galeri yang terdapat secara maya ini adalah: Gallerium UTM, Galeri Tangga Ilmu, Galeri Terbuka, Galeri Penyelidik, Galeri Raja Zarith Sofiah, Galeri UTMKL, Galeri Kalam & Galeri Alam Bina.
  • UTMLenses pula adalah satu platform penyimpanan dan pengaksesan sepusat bahan multimedia UTM yang terdiri daripada gambar dan video berkaitan UTM. Ianya juga merupakan sistem yang pertama seumpanya dikalangan Universiti Awam. Sistem pengindeksan yang tersusun dan mudah dikesan ini bakal menjadikannya rujukan utama bahan multimedia koleksi gambar dan video universiti.
  • Bagi modul Artifak, ia menghimpunkan pelbagai maklumat secara maya berkenaan artifak yang dipelihara dan dipulihara dengan baik mengikut tatacara standart pemuziuman dunia.
  • Dan yang terakhir, modul Pameran, ianya menghimpunkan aktiviti pameran yang sedang dan telah dianjurkan oleh Galerium UTM selama ini.

Pihak perpustakaan amat berharap agar satu hari nanti impian untuk membangunkan sebuah Muzium di UTM akan menjadi satu realiti dan pembangunan UTM Virtual Gallery ini merupakan titik loncatan kepada hasrat murni ini. Kami sekali lagi ingin mengucapkan selamat datang ke UTM Virtual Gallery. Gerbang maya yang menampilkan sejarah, pencapaian dan kebanggaan UTM di mata antarabangsa. UTM Virtual Gallery telah dilancarkan secara rasmi oleh Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Bin Ismail, Naib Canselor UTM ke -7 pada 21 Januari 2021. Laman web UTM Virtual Gallery ini boleh dilayari dipautan http://www.virtualgallery.utm.my.