Resolusi No. 248: Hukum Membekukan Sel Ovum
Tarikh: 2 Rabi‘ul Akhir 1439H bersamaan 21 November 2017M
Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-13 pada hari Khamis, 2 Rabi‘ul Akhir 1439H bersamaan 21 November 2017 bagi membincangkan soalan daripada seorang wanita melalui laman sesawang rasmi Darul Ifta’: ‘Saya berumur 28 tahun dan ditimpa dengan penyakit kanser dan sedang berada dalam proses rawatan. Saya akan melalui rawatan kimoterapi kelak. Saya sudah berkahwin tetapi terdapat perselisihan sehingga saya menuntut cerai dari suami.
Soalan saya: Adakah syarak membenarkan saya menyimpan ovum dan membekukannya dan (menggunakan ovum tersebut) jika saya berkahwin semula dengan lelaki lain, atau saya perlu menunggu sehingga proses penceraian selesai dan saya menunggu selesai edah, kemudian barulah saya melakukan proses penyimpanan ovum ini?”
Selepas sesi perbincangan dan pertukaran pandangan, pihak Majlis memutuskan perkara berikut: Membekukan benih (sama ada sperma atau ovum) adalah perkara baru yang wujud hasil daripada perkembangan ilmu perubatan. Alhamdulillah. Justeru, penjelasan hukum syarak mestilah berasaskan dua prinsip asas ini: . . . . . . .
Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:
https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/