ETIKA DAN KEWAJIPAN DOKTOR

RESOLUSI NO. 33 (1/8)

ISU: ETIKA DAN KEWAJIPAN DOKTOR

Bidang perubatan sangat berkait-rapat dengan penjagaan kesihatan manusia. Oleh sebab itu, tugas doktor sangat penting dan berisiko. Ia meliputi etika doktor, kesamarataan, nasihat, malu, sabar, menyembunyikan aib dan rahsia pesakit, menjaga maslahah masyarakat, pandai dalam bidang yang diceburi, tajam pemikiran, sentiasa sedar dan lemah lembut dalam memberi perkhidmatan. Selepas sesi perbincangan mengenai isu ini secara mendalam, pihak MFIH memutuskan perkara berikut:

Pertama:

(i) Pihak melakukan rawatan adalah . . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan India di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwaindia/

Penerbitan Bab dalam Buku – 2015

Afifah binti Hamdan, Mohammad Naqib bin Hamdan and Nurhidayah Muhamad Sharifuddin. 2015. Pendekatan Dakwah Melalui Pengagihan Zakat kepada Asnaf Mualaf: Satu Tinjauan in Nor Aini Ali et al., Isu Kontemporari Agihan Zakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, 157-166. (ISBN: 978-967-13583-1-3)

Mohammad Naqib bin Hamdan, Afifah binti Hamdan dan Mohd Akram Dahaman @ Dahlan. 2015. Model Komunikasi antara Pelbagai Agama Masyarakat Madinah: Ke Arah Membentuk Masyarakat yang Harmoni in Zulaiha Ali Othman et al., Kematangan Sosial Ke Arah Masyarakat Harmoni. Bangi: Akademi Penyelidikan Haluan, 48-59. (ISBN: 978-967-10731-9-3)

PERANCANGAN KELUARGA

RESOLUSI NO. 1 (1/1)

ISU: PERANCANGAN KELUARGA

Persidangan memutuskan perkara berikut:

Pertama:

Mana-mana kaedah yang bertujuan menyekat atau menggugat spesis manusia adalah bertentangan dengan konsep asas dalam Islam dan ia tidak dibenarkan oleh syarak.

Kedua:

Perbuatan menjauhkan ibu bapa dari melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dengan alasan mengelak keluarga dari mendapat susah seperti yang berlaku pada hari ini, atau khuatir anak-anak boleh mengganggu aktiviti perniagaan dan kerjanya, atau khuatir mereka akan mencemar kehormatan keluarga dalam masyarakat, maka . . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan India di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwaindia/

HUKUM MEMBUANG PAYUDARA SEBAGAI LANGKAH MENGELAK PENYAKIT

Resolusi No. 265: Hukum Membuang Payudara sebagai Langkah Pencegahan

Tarikh: 23 Safar 1440H bersamaan 1 November 2018M

 

Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-12 pada hari Khamis, 23 Safar 1440H bersamaan 1 November 2018M bagi membincangkan soalan yang diajukan melalui laman sesawang rasmi Majlis berbunyi: Adakah wanita dibenarkan melakukan pembedahan membuang payudara jika berisiko mengalami kanser. Untuk pengetahuan, keluarga mempunyai sejarah mengalami kanser iaitu ibu dan adik perempuan yang mengalami kanser payudara.

Adakah saya dibenarkan membuang payudara kemudian melakukan pembedahan plastik bagi menggantikan kawasan tersebut dengan silikon? Pembedahan ini adalah bagi mengelak kanser terbentuk di payudara.

Selepas sesi perbincangan dan pertukaran pendangan, pihak majlis memutuskan resolusi berikut: . . . . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

SYARAT PENDERMAAN ORGAN MANUSIA

Resolusi No. 257: Syarat Pendermaan Organ Manusia

Tarikh: 3 Syaaban 1439H bersamaan 19 April 2018M

 

Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-5 pada hari Khamis, 3 Syaaban 1439H bersamaan 19 April 2018M bagi membincangkan soalan yang diajukan oleh Menteri Kesihatan berbunyi:

Saya merujuk kepada resolusi no. 215 (5/2015) bertarikh 21 Ramadan 1436H bersamaan 8 Julai 2015 yang diputuskan oleh Majlis mengenai syarat pendermaan buah pinggang:

“Ketiga: Proses pemindahan organ berlaku melalui konsep derma, tanpa ada imbuhan kewangan. Justeru, pihak berwajib seperti bahagian perubatan, perundangan dan pemantauan perlu mewujudkan peraturan tertentu bagi memastikan perkara ini dilaksanakan dengan betul dan selari dengan kaedah syarak bagi mencapai maslahah dan menolak mafsadah”.

Syarat ini tidak disebutkan di dalam resolusi no. 166 (7/2011) bertarikh 26 Ogos 1432H bersamaan 28 Julai 2011 mengenai pendermaan buah pinggang dan sebahagian dari hati.

Adakah syarat ini terpakai pada pendermaan hati dan lainlain organ? Berdasarkan persoalan di atas, saya berharap pihak Majlis dapat merangka satu fatwa rasmi yang lengkap dan sesuai merangkumi syarat yang telah disebutkan sebagai sandaran dan selari dengan Artikel 1a(3) mengenai pendermaan organ manusia dan pindaan no. 23 tahun 1977.

Selepas sesi perbincangan dan pertukaran pandangan, pihak Majlis memutuskan resolusi berikut: . . . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

Penerbitan Buku

2020

Mohd Fauzi Bin Abu @ Hussin, Abdul Halim Abdul Raof, Noraffandy Yahaya, Lokman Mohd Tahir, Aqeel Khan, Mansoureh Ebrahimi, Mohammad Naqib Hamdan, Nur Hazirah Noh@Seth, Rabeatul Husna Abdull Rahman, Shanti C Sandaran, Wan Mohd Azam Wan Mohd Yunus (ed). 2020. Guideline for Writing Academic Articles. Johor Bahru: UTM Press [Accepted].

Siti Norlina , Nur Najwa Hanani Abd Rahman and Mohammad Naqib Hamdan (ed.). 2020. Refleksi 5 Minit. Johor Bahru: UTM Press [Submitted].

2019

Mohammad Naqib Hamdan. 2019. Himpunan Fatwa India: Sains dan Perubatan. Sungai Buloh: Santai Ilmu Publication. (ISBN: 978-967-2239-33-9)

Mohammad Naqib Hamdan. 2019. Himpunan Fatwa Jordan: Sains dan Perubatan. Sungai Buloh: Santai Ilmu Publication. (ISBN: 978-967-2239-33-8)

Mohammad Naqib bin Hamdan and Mohd Anuar Ramli. 2019. Daging Kultur: Daging Kultur: Konsep, Sejarah dan Hukum Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). (ISBN: 978-983-2718-74-1)

2018

Yusuf al-Qaradhawi. 2018. Wanita: Markaz al-Mar’ah fī al-Hayāh al-Islāmiyyah. Trans.: Mohammad Naqib bin Hamdan. Kuala Lumpur: Santai Ilmu Publication (ISBN: 9-789671-604786).

2015

Azman bin Ab Rahman, Zulkifli Mohamad al-Bakri and Mohammad Naqib bin Hamdan. 2015. Fiqh Munakahat Orang Kelainan Upaya (OKU). Nilai: Penerbit USIM. (ISBN: 978-967-440-287-7)

Azman bin Ab Rahman, Zulkifli Mohamad al-Bakri and Mohammad Naqib bin Hamdan. 2015. Fiqh Ibadat Orang Kelainan Upaya (OKU). Nilai: Penerbit USIM. (ISBN: 978-967-440-133-7)

2014

Azman bin Ab Rahman, Norakyairee Mohd Raus, Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi and Mohammad Naqib bin Hamdan. 2014. Fiqh Jenayah Orang Kelainan Upaya (OKU). Nilai: Penerbit USIM. (ISBN: 978-967-440-087-3)

IBU MENYERAHKAN URUSAN RAWATAN KEPADA HOSPITAL

Resolusi No. 252: Ibu Menyerahkan Urusan Rawatan kepada Hospital

Tarikh: 6 Jamadil Akhir 1439H bersamaan 22 Februari 2018M

 

Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-3 pada hari Khamis, 6 Jamadil Akhir 1439H bersamaan 22 Februari 2018M, membincangkan soalan yang diajukan oleh dua orang doktor; Dr. ‘Ali Masy‘al dan Dr. Mu’min al-Hudaidi seperti berikut: “Sejauh mana syarak membenarkan ibu menyerahkan urusan rawatan anak kepada pihak hospital, khususnya anak yang kelainan upaya atau kurang waras.

Adakah urusan ini hanya terhad kepada bapa sahaja atau sesiapa sahaja daripada kalangan lelaki? Atau ia turut boleh diserahkan oleh ibu? Sebagai tambahan, ibu telah menanggung sebahagian daripada nafkah anak.

Selepas sesi perbincangan dan pertukaran pandangan, berikut adalah resolusi yang diputuskan: . . . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

HUKUM DOKTOR MENGHADIRI SEMINAR DAN MUKTAMAR

Resolusi No. 249: Hukum Doktor Menghadiri Jemputan Seminar dan Muktamar

Tarikh: 2 Rabi‘ul Akhir 1439H bersamaan 21 November 2017M

 

Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-13 pada hari Khamis, 2 Rabi‘ul Akhir 1439H bersamaan 21 November 2017 bagi membincangkan soalan melalui laman sesawang rasmi Darul Ifta’: Apakah hukum doktor menghadiri muktamar akademik di luar negara atas jemputan syarikat ubat. Mereka akan menanggung segala perbelanjaan perjalanan dan penginapan.

Apakah hukum jemputan makan yang mewah untuk memberi pembentangan akademik di hotel antarabangsa?

Selepas sesi perbincangan dan pertukaran pandangan, pihak Majlis memutuskan: . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

HUKUM MEMBEKUKAN SEL OVUM

Resolusi No. 248: Hukum Membekukan Sel Ovum

Tarikh: 2 Rabi‘ul Akhir 1439H bersamaan 21 November 2017M

 

Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-13 pada hari Khamis, 2 Rabi‘ul Akhir 1439H bersamaan 21 November 2017 bagi membincangkan soalan daripada seorang wanita melalui laman sesawang rasmi Darul Ifta’: ‘Saya berumur 28 tahun dan ditimpa dengan penyakit kanser dan sedang berada dalam proses rawatan. Saya akan melalui rawatan kimoterapi kelak. Saya sudah berkahwin tetapi terdapat perselisihan sehingga saya menuntut cerai dari suami.

 

Soalan saya: Adakah syarak membenarkan saya menyimpan ovum dan membekukannya dan (menggunakan ovum tersebut) jika saya berkahwin semula dengan lelaki lain, atau saya perlu menunggu sehingga proses penceraian selesai dan saya menunggu selesai edah, kemudian barulah saya melakukan proses penyimpanan ovum ini?”

Selepas sesi perbincangan dan pertukaran pandangan, pihak Majlis memutuskan perkara berikut: Membekukan benih (sama ada sperma atau ovum) adalah perkara baru yang wujud hasil daripada perkembangan ilmu perubatan. Alhamdulillah. Justeru, penjelasan hukum syarak mestilah berasaskan dua prinsip asas ini: . . . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

MENUKAR JANTINA PESAKIT KECELARUAN GENDER

Resolusi No. 245: Rawatan Pesakit Kecelaruan Gender

Tarikh: 2 Rabi‘ul Akhir 1439H bersamaan 21 November 2017M

 

Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-13 pada hari Khamis, 2 Rabi‘ul Akhir 1439H bersamaan 21 November 2017M bagi membincangkan soalan yang dikemukakan oleh mufti tentera mengenai perkhidmatan perubatan kepada dua orang pesakit kes terpencil yang mendakwa mempunyai masalah kecelaruan identiti jantina. Bentuk fizikal dan hormon menunjukkan dirinya wanita hakiki, namun pemikiran dan kecenderungan adalah lelaki.

Oleh sebab itu, dua orang pesakit ini menuntut untuk mengubah jantina daripada wanita kepada lelaki melalui pembedahan membuang payudara, rahim dan organ peranakan wanita. Seterusnya, pesakit akan melakukan pembedahan menyambung organ peranakan lelaki.

Diharapkan pihak Majlis dapat membincangkan isu ini kerana ia adalah kes terpencil. Selepas sesi perbincangan dan pertukaran pandangan, pihak Majlis memutuskan: Definisi jantina ‘lelaki’ dan ‘wanita’ ditentukan melalui ilmu perubatan dengan . . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/