HUKUM PERANCANGAN KELUARGA

Resolusi No. 65: Hukum Perancangan Keluarga

Tarikh: 9 Jamadil Awal 1424H bersamaan 9 Julai 2003M

Kami diajukan soalan berikut: Apakah hukum syarakmengenai perbuatan mengikat tiub fallopio dan memotong vas deferens (saluran yang menyambungkan sperma dari testis keluar zakar)?

Jawapan: Pihak Majlis melihat Syariat Islam sangat menggalakkan kelahiran dan keturunan yang ramai kerana ia menepati tujuan penciptaan spiesis manusia, firman Allah SWT:

“Dan Allah SWT menciptakan pasangan untuk kamu dari jenis (spesis) kamu sendiri, dan Dia menjadikan dari pasangan kamu anak beranak dan cucu-cicit. Dia juga memberikan rezeki daripada perkara yang baik. Adakah dengan kebatilan juga yang mereka imani dan mereka mengingkatri nikmat Allah SWT?”

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

Fatwa Jordan – Sains & Perubatan

ISU-ISU BERKAITAN KEHAMILAN DAN KELAHIRAN

Resolusi No. 35: Beberapa Persoalan Berkaitan Kehamilan dan Kelahiran

Tarikh: 23 Zulhijjah 1413H bersamaan 13 Jun 1993M

Pihak kami menerima soalan berkaitan perubatan seperti berikut:

Soalan 1:

Apakah hukum memakai IUD (intrauterine device) di dalam Islam sebagai penghalang kepada sperma dari sampai kepada ovum atau menyebabkan ovum gugur selepas dikeluarkan (dari ovari)?

Jawapan 1:

IUD adalah alat untuk menghalang kehamilan ketika digunakan. Hukumnya adalah . . . . .

 

Soalan 2:

Jika terdapat air dalam kepala janin (cacat), apakah hukum menebuk lubang bagi membuang air ini supaya boleh melahirkan secara normal atau pembedahan caeserian?

Jawapan 2:

Jika sudah dipastikan kewujudan air di kepala janin, terdapat empat situasi: . . . .

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

Fatwa Jordan – Sains & Perubatan

HUKUM PENGLIBATAN PELAJAR PERUBATAN DALAM MENYAMBUT KELAHIRAN

Resolusi No. 27: Hukum Penglibatan Pelajar Perubatan dalam Proses Kelahiran

Tarikh: 26 Jamadil AKhir 1413H bersamaan 20 Disember 1992M

Pihak kami menerima soalan berikut: Apakah hukum syarak mengenai penglibatan pelajar perubatan dari fakulti perubatan dalam proses kelahiran, seperti kehadiran sepuluh orang pelajar perubatan atau lebih bersama-sama dengan doktor pakar dalam proses kelahiran. Terdapat juga kemungkinan pelajar yang bukan Islam dan para pelajar melakukan pemeriksaan dalaman (contoh: vaginal examination) kepada wanita?

Jawapan:

Pihak Majlis telah berbincang perkara ini. Selepas sesi perbincangan, berikut adalah keputusan:

Terdapat beberapa kaedah fiqh seperti “Situasi darurat membenarkan perkara haram” dan “Situasi darurat dibenarkan sekadar keperluan”. Maksud situasi darurat keadaan yang melibatkan nyawa manusia.

Berdasarkan dua kaedah fiqh di atas, berikut adalah turutan bagi rawatan pesakit wanita: . . . . .

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

Fatwa Jordan – Sains & Perubatan

BILAKAH MANUSIA MATI?

Resolusi No. 11: Bilakah Manusia Dihukum Mati?

Tarikh: 8 Zulkaedah 1408H bersamaan 22 Jun 1988M

Pihak kami ditanya soalan berikut: Adakah mati otak, denyutan jantung dan nafas berhenti bagi pesakit dikira sebagai mati? Apakah hukum syarak mengenainya?

Jawapan:

Berikut adalah pandangan Majlis, seseorang manusia dikira sebagai mati menurut pandangan syarak dan terpakai segala hukum-hakam berkaitan selepas kematian jika memenuhi salah satu daripada dua tanda ini:

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

Fatwa Jordan – Sains & Perubatan

HUKUM PERSENYAWAAN LUAR RAHIM (IN-VITRO)

Resolusi No. 5: Hukum Persenyawaan Luar Rahim Menurut Syariat Islam

Tarikh: 25 Syawal 1404H bersamaan 24 Julai 1984M

Pihak kami menerima pertanyaan berikut: Apakah hukum syarak mengenai persenyawaan luar rahim (in-vitro).

Berikut adalah jawapan pihak kami:

Allah SWT memuliakan manusia menerusi firman-Nya: “Dan Kami telah muliakan anak Adam.” [al-Isra’: 70]

Salah satu bentuk kemuliaan adalah syariat Islam sangat mengambil berat aspek kesucian dan penjagaan nasab keturunan kepada ibu bapa dan anak-anak supaya sentiasa suci. Islam juga memelihara sifat keperawanan dan akhlak dalam pembinaan keluarga, pembentukan masyarakat dan pemeliharaan hubungan kekeluargaan.

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

Fatwa Jordan – Sains & Perubatan

 

TRANSPLAN ORGAN

RESOLUSI NO. 3 (2/2)

ISU: TRANSPLAN ORGAN

Persidangan kedua MFIH memutuskan perkara berikut berdasarkan kertas kajian yang telah dibentangkan dan sesi perbincangan:

Pertama:

Jika organ badan manusia tidak berfungsi dan memerlukan organ lain sebagai ganti untuk terus berfungsi, maka dibenarkan menggunakan perkara berikut untuk memenuhi keperluannya: . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan India di pautan berikut:

Fatwa India – Fiqh Perubatan dan Sains

HUKUM PENDERMAAN KORNEA MATA

Resolusi No. 2: Hukum Pendermaan Kornea Mata

Tarikh: 11 Rejab 1404H, bersamaan 11 April 1984M

Pihak kami menerima pertanyaan berikut: Apakah hukum rakyat menderma kornea mata selepas mati untuk didermakan kepada rakyat lain yang buta?

Jawapan:

Kaedah syarak mengharuskan pemindahan kornea mata penderma yang sudah mati kepada penerima buta atau mempunyai risiko penglihatan, berdasarkan syarat berikut: …..

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

Fatwa Jordan – Sains & Perubatan

 

Latar Belakang Akademik

Nama penuh beliau ialah Mohammad Naqib bin Hamdan. Dilahirkan pada tahun 1988. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Ibn Khaldun, Jalan Kebun, Klang (1994-2000). Selepas tamat UPSR, beliau meneruskan pengajian di Institut al-Qur’an Kuala Lumpur, Taman Tun Dr. Ismail, KL (2001), seterusnya menyambung semula di tempat lama iaitu di Sekolah Menengah Ibn Khaldun, Jalan Kebun, Shah Alam (2002-2005).

Selepas tamat SPM, beliau memulakan pengajian di utara tanah air, iaitu di Beseri, Perlis, bertempat di Ma’had at-Tarbiyyah al-Islamiyyah (2006-2007). Dengan keputusan yang memberangsangkan bagi peperiksaan STAM, beliau menerima biasiswa pengajian dari Pusat Zakat Selangor untuk menyambung pengajian di Universiti al-Azhar, Dumyat pada tahun 2008-2012. Pada tahun 2013, beliau telah meneruskan pengajian Sarjana di Darul Ulum, Universiti Kaherah. Namun, atas beberapa kekangan, pengajian tersebut tidak dapat diteruskan.

Pulang ke Malaysia, beliau tidak menunggu lama dan terus mendaftar di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya sebagai mahasiswa Sarjana pada tahun 2014. Tamat sahaja pengajian peringkat Sarjana, beliau meneruskan kembara ilmu di tempat yang sama, dengan penyelia yang sama, iaitu Dr. Mohd Anuar Ramli sebagai mahasiswa Doktor Falsafah (PhD). Selepas menempuh pelbagai ujian, akhirnya beliau berjaya menyempurnakan pengajian peringkat PhD pada tahun 2018.