Archives for September 2018

Bunus Fun Walk 2018

Bunus Fun Walk 2018 ni dianjurkan oleh CCIN sebagai wakil UTM, bersama bbrapa stakeholder terdiri dari NGO2 sekitar KL bertujuan utk mmpromosikan kawasan riada Sg Bunus sbg ganti kpd Tasik Titiwangsa yg bakal ditutup sbb naik taraf.. aku pon terlibat sbg jk khas utk prog ni.. hehehe..

Prog ni dibuat pada hari Sabtu.. so aku pon gigih la ride dari Seremban seawal jam 7 pagi nak folo prog ni.. bbrapa staf TNCPI pon join jgak.. so ada la aku kawan kat sini.. tapi diorg smua fit2 belaka.. aku ni jek yg da sempot.. huhu.. lama da tinggal dunia riadah mcm ni..

kitorg kena berjalan sejauh lebih kurang 3 km mengelilingi kawasan Sg Bunus.. tapi xd la rasa jauh sgt.. sbb sepanjang perjalanan, ada check point2 yg telah disediakan utk berehat dan mengambil nafas.. ada kuiz, ada sesi gambar, ada port main belon buih, mcm2 lagi la.. booth jualan dan pameran pon byk yg bukak.. so, enjoy jek la prog ni.. xd stress..

aku bawak ramai jugak student aku utk join prog ni.. daftar kategori percuma.. hehe.. smua pon enjoy.. dapt sijil.. kehkehkeh..

Tun Mahathir Premier Lecture

Ramai yg hadir prog ni sbb nk jumpa Tun M secara live.. begitu jugak aku.. hehe.. Beliau mmg seorg tokoh yg bagus.. pemikirannya sentiasa kehadapan.. diluar jngkaan, xsama dgn pemikiran org biasa2 mcm aku ni.. huhu..

memang ramai yg dtg prog ni.. smpi pihak Residensi kena limit kan jumlah tetamu.. melebihi kapasiti dewan katanya.. huhu..

sempat juga la jumpa bbrapa staf UTM dari JB.. tpi yg paling teruja, pasti la sbb dpt jimpa Tun M.. hehe.. selfie dgn Tun M? huhu.. xdapat la..

moga Tun M terus dikurnia kesihatan utk mentadbir negara ini..

Montaj Program Teknologi Yang Terpendam

Hulu Langat 15 & 16 September 2018 – Selaras dengan usaha membudayakan semangat kesukarelawan berasaskan ilmu serta menggalakkan libatsama komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran, Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) sekali lagi bergerak aktif untuk menganjurkan program ‘UTM Community Engagement’ – Pembelajaran Servis Simenfero. Kali ini CCSL telah berkerjasama dengan Komuniti Dusun Tua bagi menjayakan program tersebut. Ianya dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukuhkan budaya kesukarelawan berasaskan ilmu serta usaha libatsama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komuniti.

Program perkongsian ilmu ini diketuai oleh Encik Aminudin bin Ali, Penyelaras Pembelajaran Servis Kursus Kokurikulum (CCSL) dan Encik Mohd Hazri Bin Ishak, Penolong Pensyarah selaku penasihat program dibantu oleh 6 orang staf dan 24 orang pelajar diploma UTMKL selaku fasilitator. Mereka telah mengajar dan membantu peserta dalam menghasilkan 4 set meja dan bangku simenfero, 5 buah planter box serta sebuah papan tanda untuk kegunaan Balai Raya, lokasi program tersebut. Program ini telah disertai oleh 52 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Antaranya, ada dari kalangan staf Malaysian Integrated Business Collage (MIB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pelajar dari PERKID, pesara kerajaan, serta orang awam.

Di akhir program ini, majlis penutupan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, YB Tuan Edry Faizal bin Eddy Yusof di Balai Raya Batu 16, Kg. Dusun Tua. Sebelum itu, YB Dusun Tua juga turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta yang menghadiri program ini dengan jayanya.

Service Learning – Teknologi Yang Terpendam

Hari ni sememangnya hari yg ditunggu2 oleh student2 aku ni.. yela, setelah 7~8 minggu diorg belajar, so arini la diorg nk curahkana ilmu2 diorg tu lada komuniti..

Untuk prog kali ni, lokasi yg dipilih adalah di Kg Bt 16, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.. Ramai jgak komuniti yg hadir time ni.. ada la dekat 50 org.. terdiri dari pelbagai peringkat umur..

Prog ni berjalan 2 hari.. 15 dan 16 Sept.. sempena hari Malaysia.. nasib la student2 sem ni bagus2 smuanya.. xbyk benda yg aku buat, diorg sgt2 proaktif.. good… hehe..

Komuniti pon nmpak enjoy dgn prog ni.. diorg sgt xsangka yg rupanya simenfero ni senang jek..  asal tahu teknik, mcm2 benda bole buat.. hehe..

Waktu nak habis prog, YB ADUN Hulu Langat sempat la dtg utk majlis penutup.. tapi yg xbestnya, ptg tu hujan.. seb baik la semuanya berjalan lancar.. simen pon xd la yg xkering.. semunya kering.. berkat letak kat bawah kipas.. katanya.. kehkehkeh…

So, disbbkn sambutan dari komuniti Dusun Tua ni memberangsangkan, nxt time bole repeat lagi la buat khidmat masyarakat kat sini.. 🙂