Jemputan Ke UTM Academia-Industry Gala Night 2018

Jam 9 mlm sblum event.. aku tengah lepak tgk tv, bersantai kat rumah.. ttba big bos CCIN UTMKL call.. haaa.. saspen aku.. apa kes tel mlm2 ni.. huhu..

Rupanya nk invite aku join prog CCIN hari esoknya.. majlis gala night.. menghargai stakeholder2 dan pihak2 luar dan industri yg slalu support dan contribute dlm prog2 UTM.. byk jgak la audience yg dijemput..

Aku? hahha.. mungkin sbb aku byk terlibat dgn prog2 komuniti anjuran CCIN kot.. tu yg aku dijemput jgak tu.. agaknye la.. kehkehkeh…

Bos CCIN  bgtahu dress code mlm tu long suit.. seb baik mmber ada baju kat opis dia.. bleh la aku pinjam.. huhu…

Segan jgak la mlm tu.. sbb byk VVIP yg dtg.. Dato NC pon da jgak.. tapi aku bernasib baik, sbb dpt duduk semeja dgn VVIP yg ku kenal… dan humble.. hehe.. klu x, mesti mati kutu aku mlm tu… 🙂

Service Learning – Teknologi Yang Terpendam

Hari ni sememangnya hari yg ditunggu2 oleh student2 aku ni.. yela, setelah 7~8 minggu diorg belajar, so arini la diorg nk curahkana ilmu2 diorg tu lada komuniti..

Untuk prog kali ni, lokasi yg dipilih adalah di Kg Bt 16, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.. Ramai jgak komuniti yg hadir time ni.. ada la dekat 50 org.. terdiri dari pelbagai peringkat umur..

Prog ni berjalan 2 hari.. 15 dan 16 Sept.. sempena hari Malaysia.. nasib la student2 sem ni bagus2 smuanya.. xbyk benda yg aku buat, diorg sgt2 proaktif.. good… hehe..

Komuniti pon nmpak enjoy dgn prog ni.. diorg sgt xsangka yg rupanya simenfero ni senang jek..  asal tahu teknik, mcm2 benda bole buat.. hehe..

Waktu nak habis prog, YB ADUN Hulu Langat sempat la dtg utk majlis penutup.. tapi yg xbestnya, ptg tu hujan.. seb baik la semuanya berjalan lancar.. simen pon xd la yg xkering.. semunya kering.. berkat letak kat bawah kipas.. katanya.. kehkehkeh…

So, disbbkn sambutan dari komuniti Dusun Tua ni memberangsangkan, nxt time bole repeat lagi la buat khidmat masyarakat kat sini.. 🙂

Kenanga Green Eco Garden

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama–sama  7 pemegang taruh telah bersetuju untuk menyertaipertandingan dalam Program Kebun Kejiranan LA21KL 2018-2020. Pertandingan bagi tahun 2018 akan bermula pada Januari 2018 sehingga November 2018. Salah satu Kriteria Permakahan Pertandingan Kebun Kejiranan Bandar 2018 adalah dengan mengadakan aktiviti ditapak kebun bandar pada setiap bulan sepanjang tahun 2018.