Archives for December 2018

ELNPT 2018 DONE!

Rutin kerja setiap hujung tahun.. pasti la semua org UTM  menggelabah nak isi elnpt.. sama la mcm aku.. mana tak nya, sistem tahun ni da totally changed!

Alhamdulillah.. akhirnya, semalam elnpt aku pon setel jgak la.. tapi masih byk yg aku xclaim.. sbb xd surat dan bukti.. maklum la, kita kerja kerana Allah.. kehkehkeh..

Tapi aku sian jgak kat staf2 otai ni.. bila sistem elnpt berubah, otai2 akan ada masalah nk isi.. mana tak nya, geng2 otai ni mcm kita tahu la.. diorg mana la nak celik it sgt.. so, sgt susah utk diorg nk tackle form tu.. silap2 nnt, lagi byk diorg isi, lg byk markah kena potong.. huhu..

Pejabat Pendaftar plak xpernah jemu utk remind staf setiap hari.. hehe.. bagus jgak, sbb klu lmbt proses elnpt ni selesai, maka lambat la proses  KGT Januari.. tapi klu ikot trend, da dekat 10 tahun pon, KGT Januari tetap lambat.. huhu.. sian diorg.. terutamanya aku.. kehkehkeh..

Ziarah Staf Akibat Kemalangan

Malang tak berbau.. itu la kata orang tua2.. sewaktu memandu, kena selalu hati2.. ingat orang yag tersayang.. Tapi kalau Allah nak bagi ujian pada kita, sehebat mana pon kita memandu, kemalangan pasti akan tiba jua..

Hari ni, balik kerja, aku singgah rumah member jap.. sbb mmber accident waktu nak g kerja.. huhu.. mmber aku ni staf UTM jgak.. ahli Bakep.. sian dia.. baru nk naik kerja lepas 2 minggu bercuti .. huhu..

Cuaca pagi tu gerimis.. kereta terbabas masa kat selekoh katanya.. seb baik xterbalik.. sedar2 jek, dah bersandar kat pokok..

Bila tengok kereta, nmpak xteruk sgt.. tapi sbnrnya mmber tu agak teruk la.. sbb kepala kena jahit 17 jarum.. huhu.. Dia dpt mc dua hari, dua hari.. nasib baik sbb xduduk wad.. wife dia keje nurse, tu yg ngelat xnak masuk wad tu.. kehkehkeh..

Tapi yg bestnya, rumah mmber aku ni betul2 sblh bgnn KPT kat Putrajaya tu.. cantik viewnya.. suasana pon tenang jek.. hehehe..

Btw, get well soon brader Mohamed Faizal Ali Othman.. bole terus berenti rokok la ye.. kehkehkeh..

Kursus Induksi Keselamatan Pekerja Binaan (SICW)

Kursus ni adalah pra-syarat utk permohonan Kad Hijau CIDB. So, klu nk apply Kad Hijau, mesti kena attend kursus ni. Aku attend kursus ni pon sebab nak apply kad hijau la.. huhu.. sian, aku sorg jek yg xd kad hijau ni kat tempat kerja.. yang lain semua da ada da…

So ceritanya, kursus ni di buat kat Shah Alam..  Plaza Azalea.. first time dengar nama bangunan ni.. first time jgak sampai ke sini.. byk sgt perubahan kat bandar Shah Alam ni.. smpaikan jalan sekitar pon aku da x cam.. padahal, dataran Shah Alam tu la tempat lepak aku tiap minggu.. cerita hampir 20 tahun lepas la.. huhu..

Kursus ni byk cerita bab keselamatan jek la.. tapi sebenarnya aku minat bab perlindungan insuran tu.. sbb setahu aku la, mana nak dapat perlindungan insuran 24 jam, dengan hanya mencarum rm25 setahun?? Kad Hijau jek yang ada.. kan? huhu.. Makanya, elok la korang apply kad hijau sekarang.. klu xnk apply individually, nnt aku buat prog melalui Bakep utk dapatkan Kad Hijau utk semua orang.. amacam? oke? kahkahkah… berangan….

UKQA2032 Meeting Ke-5

Masih seperti biasa.. kelas kali ni masih lagi sesi praktikal..  tapi yg seronoknya, arini maybe ari terakhir student2 ni main simen.. sbb produk diorg da siap.. hehe Ni antara pict student2 aku.. lagi 20 org yg lain, kita upload kat post2 yg lain la ye.. heheh… seronok diorg ni.. sbb produk hasil tgn diorg menjadi.. terima kasih kat aku.. kehkehkeh..
Lihat la betapa susahnya kerja aku.. kan? huhu..

Gotong Royong Bengkel SRI

Hari ini 20 Disember 2018. Aku sibuk dengan program gotong royang. Bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Berpeluh jugak la.. Syukur sebab ramai yang datang jadi volunteer. Sedih jgak la sebab takde gambar aku. Sebab aku yang pegang kamera.. huhu

 

Seminar Celik Kewangan 2018

Seminar Kewangan 2018 ni prog Bakep. Seminar ni percuma jek, penyertaan terbuka utk semua ahli Bakep. Penceramah staf UTM jek, tapi ilmu dan pengalaman dia sgt luas. Seronok jugak la dengar talk dia. Yg kelakarnya, diorg mintak aku yg baca doa pembukaan majlis.. kihkihkih.. layan jek la..

Majlis Malam Aspirasi TNCPI UTM KL

Malam Aspirasi (MaSTI2018) ni anjuran Pejabat TNCPI UTM KL. Sebuah prog yg diadakan utk tujuan menghargai dan mmberi pengiktirafan pada staf.. Rata2 staf smuanya teruja dgn prog ni.. sbb ramai yg pertama kali dihargai dan dirai.. tapi aku bertuah la, sbb ini bukan pertama kalinya utk aku.. huhu..

Bertuah xbertuah sgt la.. sbb mlm ni aku xdpt cabutan bertuah pon.. kihkihkih.. tapi syukur jgak la.. sbb dpt 2 pengiktirafan.. Anugerah Kehadiran Penuh 2017 dan Tokoh Khidmat Masyarakat 2017 🙂

Lokasi prog di Kelab Darul Ehsan, Ampang.. Prog pulak bertemakan MOVIE CHARACTER.. aku jadi Mael Lambong jek mlm ni.. xd duit nk g sewa kostum mahal2.. huhu..

Seminar Pengurusan KKP Untuk Penjawat Awam

Seperti biasa, arini g seminar KKP utk penjawat awam.. anjuran Niosh. Perasmi prog pulak YB Timb Menteri Sumber Manusia, Dato’ Haji Mahfuz Omar. Prog ni buat kat Avenue Garden Hotel, Bangi.. bila attend prog kat hotel ni, yg bestnya, makan nya sedap2.. kehkehkeh..

Jemputan Ke UTM Academia-Industry Gala Night 2018

Jam 9 mlm sblum event.. aku tengah lepak tgk tv, bersantai kat rumah.. ttba big bos CCIN UTMKL call.. haaa.. saspen aku.. apa kes tel mlm2 ni.. huhu..

Rupanya nk invite aku join prog CCIN hari esoknya.. majlis gala night.. menghargai stakeholder2 dan pihak2 luar dan industri yg slalu support dan contribute dlm prog2 UTM.. byk jgak la audience yg dijemput..

Aku? hahha.. mungkin sbb aku byk terlibat dgn prog2 komuniti anjuran CCIN kot.. tu yg aku dijemput jgak tu.. agaknye la.. kehkehkeh…

Bos CCIN  bgtahu dress code mlm tu long suit.. seb baik mmber ada baju kat opis dia.. bleh la aku pinjam.. huhu…

Segan jgak la mlm tu.. sbb byk VVIP yg dtg.. Dato NC pon da jgak.. tapi aku bernasib baik, sbb dpt duduk semeja dgn VVIP yg ku kenal… dan humble.. hehe.. klu x, mesti mati kutu aku mlm tu… 🙂