Site Survey Untuk Prog Khidmat Masyarakat

Pejam celik, da masuk minggu ketujuh utk kelas UKQA2032 aku.. klu ikot perancangan kuliah yg aku buat dulu, student ni kena buat Khidmat Masyarakat samada pada minggu ketujuh, lapan, atau sembilan.. makanya, kena la buat preparation segera..

Hari ni aku bawak student gi site survey.. jumpakan diorg dgn komuniti Dusun Tua.. mujur la aku mmg da ada hubungan baik dgn Tok Ketua dan Pejabat ADN sana.. so, mudah sikit la kerja aku..

So far, semua perancangan program, aku suruh student aku buat sndiri.. komunikasi dgn komuniti pon aku serah kat diorg.. tapi aku sntiasa ada memantau prgerakan diorg.. yela, sbb aku mmg nk bagi exposure sbnr pada diorg mcm mana nk organize ssbuah prog komuniti, dari A sampai Z.. hehe..

Hari dapat la jumpa Ketua Kampung, survey homestay yg berdekatan dgn tapak prog, survey balai raya yg nk buat program, dan jugak survey kedai2 hardware yg berdekatan.. supaya senang nk berurusan nanti..

Cantik kan homestay nya tu..? murah pulak tu.. hehe.. moga2 prog 26~27 Jan nanti berjalan lancar.. mai jemput semua dtg ye.. 🙂