Archives for September 10, 2019

Panduan Membangun Montage Program Simenfero

PANDUAN MEMBANGUN MONTAGE PROGRAM SIMENFERO

  1. Gunakan gambar / video sendiri shj. Elakan guna gambar / video dari internet.
  2. Pilih gambar dan video yang jelas, terang, dan sesuai.
  3. Gunakan gambar landskap sahaja.
  4. Tempoh masa maksima 3 minit.
  5. Susun gambar / video mengikut proses kerja simenfero / program.
  6. Gunakan gambar yang ada peserta program shj.
  7. 30:30:20:20 gambar:video:caption / penerangan program:pengenalan / penutup
  8. Antara caption / penerangan program yg perlu ada spt nama penganjur, rakan penganjur, bilangan dan latarbelakang peserta, kebaikan dan kelebihan program terhadap peserta, impak program, hasil / outcome program, dll.
  9. Gunakan non-copyright background music yang sesuai (tidak terlalu laju).
  10. Keseluruhan montage perlu lah menggambarkan keseluruhan program.
  11. Masukan video temuramah peserta (BONUS).
  12. Pastikan ada LOGO UTM di bahagian atas penjuru kanan montage.
  13. Rujuk contoh Montaj Penutup Program Simenfero 26-27 Jan 19

Program Simenfero Jambatan Ukhuwah Masyarakat

Hulu Langat 7 & 8 September 2019 – Selaras dengan usaha membudayakan semangat kesukarelawan berasaskan ilmu serta menggalakkan libatsama komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran, Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) sekali lagi bergerak aktif untuk menganjurkan program ‘UTM Community Engagement’ – Pembelajaran Servis Simenfero. Kali ini CCSL telah berkerjasama dengan Komuniti Dusun Tua bagi menjayakan program tersebut. Ianya dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukuhkan budaya kesukarelawan berasaskan ilmu serta usaha libatsama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komuniti.

Program perkongsian ilmu ini diketuai oleh Profesor Madya Zainudin bin Abdul Razak, Penyelaras Pembelajaran Servis Kursus Kokurikulum (CCSL) dan Ts. Mohd Hazri Bin Ishak, Penolong Pensyarah selaku penasihat program dibantu oleh 2 orang staf dan 30 orang pelajar diploma UTMKL selaku fasilitator. Mereka telah mengajar dan membantu peserta dalam menghasilkan 4 set meja dan bangku simenfero untuk kegunaan Kompleks Penghulu Batu 14, dimana program tersebut dilaksanakan. Program ini telah disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pesara kerajaan, suri rumah, serta orang awam.

Di akhir program ini, majlis penutupan telah dirasmikan oleh En Amran bin Ahmad, selaku Ketua Kampung Sungai Tekali dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta yang menghadiri program ini dengan jayanya.