Archives for January 5, 2020

Kepentingan Lawatan Awal Ke Tapak Program

Apa tujuan lawatan tapak program dibuat? Apa yg kita tgk/ambil peduli sewaktu lawatan tapak?

Antara lain tujuan lawatan tapak program dijalankan adalah untuk mengenalpasti dan menilai :
1. keberkesanan kawasan @ komuniti program
2. kawasan kerja / projek yg hendak dijalankan
3. sumber bekalan air, elektrik,
4. ruang makan, ruang briefing teori
5. ruang bancuh simen, ruang simpan barang
6. majlis pembuka, penutup
7. kawasan teduh
8. dll yg difikirkan perlu

Kenapa??

Perkara² ini perlu dikenalpasti bagi menjamin kelancaran program yang akan dijalankan. Tentatif dan perancangan asal program masih boleh dipinda berdasarkan hasil dari lawatan tapak ini.

Apa persediaan yg perlu dibuat sebelum lawatan tapak?

1. surat permohonan lawatan tapak kpd wakil komuniti
2. tempahan kenderaan pelajar
3. pastikan nama program dan tentatif program telah ada utk di brief kan kpd wakil komuniti (sama spt kertas kerja)
5. anggaran produk dan bilangan simenfero yg ingin dibangunkan semasa program sebenar
6. anggaran peserta yg diperlukan
7. persediaan team multimedia spt kamera, video, dll
8. dll yg difikirkan perlu

Kursus Upskilling Pelaburan & Pemasaran Tanaman Cili

KURSUS UPSKILLING PELABURAN & PEMASARAN TANAMAN CILI telah berlangsung hari ini dgn kehadiran hampir 400 org peserta.

Cili antara tanaman komersial yg sgt berpotensi bg pasaran dalam negara kerana ianya sangat sinonim dgn citarasa negara kita yg gemarkan rasa pedas dlm hidangan.

Pengeluaran Cili negara sgt kurang berbanding permintaan dan ini meletakkan nilai harga Cili di pasaran sgt tinggi.

sumber : FB Pendidikan Pemasaran FAMA

Hari ini berkesempatan join kursus FAMA di Bangi. Jenis Cili yang di highlight kan adalah jenis Skata 461. Teknik penanaman cili diajar dari A hingga Z. Antara modulnya adalah sepeti teknik semaian, teknik setup pengaliran, pembajaan, racun serangga, proses tuaian, dll.

Teknik Semaian Cili Skata 461

FASA 1

  1. Dapatkan anak benih import dari FAMA atau Peladang. Harganya sekitar RM70 satu peket.
  2. Dapatkan peralatan semaian iaitu tray semaian 2 unit, plastik silvershine, media semaian (tanah holland), tray air baja, plastik alas air baja, baja AB
  3. Penuhkan tray semaian dgn tanah holland. Tanpa perlu padatkan tanah.
  4. Letak 2 biji anak benih utk setiap ruang / compartment di tray. Tekan anak benih menggunakan jari sehingga kedalaman 1/4 dari ruas jari.
  5. Tutup dan timbus bekas tekanan jari tadi menggunakan tanah holland
  6. Siram air kpd tanaman secara perlahan sehingga anak benih basah. Boleh diperiķsa menggunakan lidi.
  7. Telangkupkan tray lain ke atas tray yang sudah siap diisi dengan tanah dan anak benih tadi.
  8. Tutup kedua² tray tadi menggunakan plastik silvershine dan letakan di tempat yg bebas dengan serangga.
  9. Tunggu sehingga 4 hari, maka anak benih akan bercambah.

FASA 2

  1. Selepas 4 hari, buka plastik silvershine dan tray penutup tadi. Pastikan anak benih sudah bercambah.
  2. Siapkan tray air baja dengan mengalaskan plastik hitam ke atas tray air baja.
  3. Tuangkan campuran air baja AB ke atas plastik dalam tray air baja tadi. Air baja akan bertakung.
  4. Kadar kepekatan air baja pada peringkat ini adalah pada bacaan 2.0 EC
  5. Letakan tray semaian yg berisi anak pokok berusia 4 hari tadi kedalam tray air baja.
  6. Fasa ke2 ini akan berlangsung selama 5 hari.

FASA 3

  1. Selepas 5 hari, anak pokok akan semakin membesar.
  2. Ketika ini, kepekatan air baja hendaklah diubah kepada bacaan 2.5 EC.
  3. Fasa ini akan berlangsung selama 10 hari

FASA 4

  1. Selepas 10 hari, kadar kepekatan air baja sekali lagi ditingkatkan kepada kadar 3.0 EC.
  2. Fasa ini berlangsung selama 10 hari
  3. Selepas ini, anak pokok bersedia untuk dipindahkan ke tapak kebun.