TEKNIK MEREKABENTUK BANNER PROGRAM YANG SESUAI
- Sama seperti proses merekabentuk poster, maka terdapat 2 bahagian utama yang perlu diberi fokus, iaitu:
- Content – Isi / butiran / kandungan poster
- Design – Rekabentuk / susunan / saiz yang sesuai
- Lebar banner yang sesuai adalah sekurang-kurangnya separuh dari saiz panjang banner (cthnya, 10ft x 5ft, atau 9ft x 5ft)
- Content
- Nyatakan butiran program dengan jelas. Maklumat seperti tajuk program, tarikh, masa, lokasi program, penganjur, rakan kerjasama, dll perlu dinyatakan dengan jelas.
- Tajuk Program perlu di highligt kan dengan jelas kerana tajuk ini adalah keyword utama dalam menggambarkan keseluruhan banner. Gunakan saiz yang sesuai.
- Nyatakan contact detail yang sesuai untuk dihubungi oleh peserta yang berminat.
- Design
- Gunakan gambar yang asli. Elakan dari menggunakan gambar internet.
- Gunakan logo-logo yang sesuai dan perlu ada. Antaranya adalah logo UTM, logo rakan kerjasama, logo penaja, dll.
- Pilih gambar / logo yang jelas, terang dan mempunyai resolusi yang tinggi.
- Gunakan hanya gambar yang berkaitan dengan program, dan juga gambar-gambar yang mempunyai nilai dan impak yang baik untuk peserta program.
- Sebaiknya, gunakan hanya gambar landskap sahaja bagi memudahkan susunan dan menjamin keseragaman.
- Susun gambar mengikut saiz yang sesuai dengan saiz tulisan.
- Pastikan wujud aspek keseragaman bagi keseluruhan banner.
- Pastikan tiada ruang-ruang kosong dalam banner.
- Gunakan sedikit imaginasi dan kreativiti dalam menghasilkan banner yang baik.
Contoh banner dan saiz banner.