Apa Itu Senarai Semak?
Senarai semak adalah satu alat pentaksiran atau alat bantu kerja yang dibangunkan dalam bentuk dokumentasi, mengandungi maklumat tepat serta senarai item yang diperlukan semasa program, bertujuan bagi memudah dan melancarkan tugasan kerja, serta mengurangkan kegagalan.
Senarai semak yang baik dan lengkap dapat memastikan konsistensi kelancaran dan kesempurnaan program.
Senarai semak yang baik juga mampu dijadikan rujukan serta panduan dalam menjalankan kerja, pada waktu sebelum dan semasa program dijalankan.
Senarai semak adalah bersifat subjektif dan ianya dibangunkan serta dibuat berdasarkan program tertentu dan keperluan semasa.
Fungsi Senarai Semak
- membantu pengguna menjalankan projek / kerja dengan lebih sistematik dan lancar
- sebagai rujukan dan garis panduan dalam menjalankan projek / kerja
- bagi mengurangkan kegagalan dan keciciran dalam projek / kerja
Bila Senarai Semak Ini Perlu Dibuat?
Senarai semak ini perlu dibuat SEBELUM sesuatu projek / aktiviti / kerja itu dilaksanakan. Ini bermaksud, senarai semak ini sebaiknya dibangun serta dibuat dengan menggunakan kepakaran lebih daripada seorang individu. Ini disebabkan kerana pembangunan senarai semak ini memerlukan buah fikiran ramai. Aktiviti brainstorming diperlukan bagi menghasilkan senarai semak yang baik.
Kelebihan Penggunaan Senarai Semak
- mudah dan praktikal
- menjimatkan masa dan tenaga
- dapat digunakan / membantu mereka yang tidak mahir
- kerja menjadi lebih fokus dan mudah
- membangunkan budaya membuat perancangan awal
Kelemahan Penggunaan Senarai Semak
- memerlukan masa yang lama bagi menghasilkan senarai semak yang baik dan lengkap
- kadangkala terlepas beberapa perkara penting disebabkan item tersebut tiada dalam senarai semak
- kurang keupayaan berfikir disebabkan hanya bergantung kepada senarai semak
Contoh Format Senarai Semak