Syukur Dengan Apa Yang Kita Ada..

Pernah dengar x tentang 3 perkara yg susah utk kita nikmati sekaligus.. DUIT, MASA, & TENAGA..

  • waktu muda, kita ada byk masa dan tenaga, tapi xd DUIT..
  • kemudian, bila da senang sikit, kita ada DUIT, masih pnya TENAGA.. namun kekurangan MASA pulak..
  • selepas pencen, DUIT dan MASA kita banyak.. namun TENAGA dah xde plak.. huhu

Maka, perbanyakkan lah bersyukur dengan apa yg ada.. kurangkan sifat tamak dalam diri.. inshaAllah, smua kelengkapan kita telah dicukupkan olehNya.

Sekarang, Allah dah tunjukan kepada kita semua dlm analogi yg paling singkat..

  • harga minyak murah, tapi kita xboleh nak isi/guna..
  • cuti rehat 14 hari, tapi kita xbole nak kemana²..
  • ada kerja tetap, tapi xbole nk g kerja..
  • ada surau/masjid, tapi xbole nk berjamaah..
  • saudara mara ramai, tapi xboleh nak ziarah..

Pada yang masih lalai dan terleka, marilah kita sama² insaf.. perbanyakan mensyukuri nikmat² Allah.. dan kurangkan merungut dgn kekurangan yang kita rasakan. Allah takkan menguji hamba²Nya diluar kemampuan hambaNya itu sndiri.

Smoga dugaan COVID19 ini membawa 1001 rahmat kepada kita semua.

#syukur #insaf #covid19 #dugaan #malaysiaku