Format Penyediaan Slide Persembahan Produk Simenfero

Mulakan presentation kamu dengan memperkenalkan diri kamu.

  • kenalkan nama penuh, no matrik, nama program, nama kursus, tahun program, dan lain-lain yang perlu.
  • terangkan juga sedikit sebanyak tentang latarbelakang environment family, serta ilmu dan pengalaman tentang simenfero, ataupun aktiviti-aktiviti yang seumpamanya

Pendahuluan

  • ceritakan pengenalan kepada produk yang ingin kamu cadangkan pembuatannya
  • sebutkan dengan jelas, apa cadangan produk simenfero kamu
  • terangkan kenapa kamu memilih atau bagaimana idea tercetus utk kamu bercerita tentang produk tersebut
  • terangkan bagaimana kamu study tentang produk tersebut sebelum kamu menyampaikan ilmu ini kepada masyarakat
  • berapa lama kamu study?, apa sumber rujukan kamu? dan lain-lain

Isi
Isi penyampaian terbahagi kepada 2, iaitu;

1. Perancangan aktiviti

  • ceritakan tentang peralatan asas yang akan digunakan dalam aktiviti pembuatan produk kamu
  • ceritakan tentang bahan asas atau bahan guna habis yang perlu ada, secara terperinci
  • berapa tempoh anggaran masa kerja yang akan digunakan
  • bila aktiviti ini sesuai dimulakan? awal pagi, tengahari, petang, atau malam?
  • anggaran jumlah tenaga kerja yang sesuai untuk pembuatan produk ini
  • berapa anggaran kos (secara terperinci) untuk mmbuat produk ini
  • kalau boleh, selitkan juga sedikit unsur lestari (penggunaan bahan terpakai, penggunaan bahan guna habis secara optimum, tiada pembaziran, dll) dalam perancangan kerja kamu
  • ceritakan juga tentang peralatan keselamatan yang sesuai dan perlu digunakan dalam aktiviti ini

2. Perlaksanaan aktiviti

  • mulakan dengan kaedah penyediaan ruang kerja yg sesuai dan selamat.
  • agihan tenaga kerja mengikut jumlah bilangan orang yg bersesuaian
  • pemakaian peralatan keselamatan dan ruang kerja selamat
  • kaedah perlaksanaan kerja (step by step)

Penutup

  • contoh hasil produk yang telah siap
  • teknik penggunaan produk kamu spaya ciri-ciri simenferonya dapat dipergunakan sepenuhnya
  • teknik dan panduan selenggara
  • kebaikan produk simenfero kamu, berbanding menggunakan teknologi lain
  • kelemahan produk simenfero kamu, berbanding menggunakan teknologi lain
  • panduan penggunaan produk simenfero kamu agar ianya tahan lama dan sentiasa dalam keadaan baik