Archives for January 13, 2021

Peranan Seorang Pengacara Majlis

Pengacara Majlis, atau pun dalam Bahasa Inggeris nya dipanggil sebagai Master of Ceremony (MC) adalah orang yang paling berkuasa dalam sebuah majlis, bermula dari majlis itu dibuka, dan berakhir sehingga majlis itu ditamatkan. Oleh yang demikin, Pengacara Majlis adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengawal serta memimpin perjalanan sesebuah majlis itu. MC juga yang akan memulakan majlis, malah MC juga yang akan menamatkan majlis, samada mengikut perancangan program yang telah diranncang, mahupun tidak.

Pengacara Majlis juga berperanan dalam membuat pengumuman kepada tetamu yang ada dalam majlis tersebut. Pengumuman dibuat bertujuan memberitahu peserta yang hadir dalam majlis tersebut tentang sesuatu perkara. Kadangkala, pengumuman yang dibuat akan bersifat luar jangka dimana Pengacara Majlis terpaksa membuat pengumuman terhadap perkara-perkara yang tidak dirancang dan tidak berada dalam tentatif program. Contohnya seperti pengumuman meminta peserta program mengalih kenderaan, pengumuman kehilangan barang, dan sebagainya.

Pengacara Majlis juga berperanan dalam memanggil serta mempersilakan mereka yang mengambil bahagian dalam aturcara majlis supaya meneruskan majlis. Menjadi peranan Pengacara Majlis juga dalam memastikan mereka berada dalam keadaan ersedia dan tidak terkejut sekiranya nama mereka dipanggil. Dalam situasi tertentu, Pengacara Majlis perlu memberi panduan dan “que” kepada mereka yang terlibat. Contohnya seperti, bila hendak mula berucap dan sebagainya.

Ciri-Ciri Seorang Pengacara Majlis Yang Baik

  1. Mempunyai suara yang baik dan sedap didengar.
  2. Berani bercakap dan berhadapan dengan tetamu dan penonton.
  3. Mempunyai ilmu, pintar dan peka terhadap isu-isu semasa.
  4. Percakapan dan sebutannya yang jelas, nyata, terang, dan lancar.
  5. Bercakap dengan kelajuan yang sederhana dan tidak pelat.
  6. Bijak menyesuaikan intonasi suara dengan kategori majlis.
  7. Berkeyakinan tinggi dan tidak gugup.
  8. Tidak mudah panik sekiranya berhadapan dengan situasi luar jangka.
  9. Bijak menggunakan budi bicara dalam membuat keputusan spontan.
  10. Sabar dan tidak bengis.
  11. Berpengetahuan asas dalam bidang istiadat dan protokol.
  12. Kreatif dan bijak menyusun ayat.
  13. Selalu berlatih dan selalu dalam keadaan bersiap sedia.
  14. Sentiasa menepati masa.