Johor Bahru, 4 Julai 2023 – Fakulti Komputeran UTM telah melaksana sebuah kursus penghasilan poster dengan menggunakan perisian Canva sebagai peralatan penghasilan poster. Program dilaksanakan di Makmal Pengajaran 1, Blok N28A, Fakulti Komputeran.
Aktiviti ini bermula pada jam 8:30 pagi hingga jam 4:30 petang. Penceramah dijemput khas dari Pejabat TNCPI UTM JB bagi berkongsikan ilmu yang dimilikinya.
Sesi perkongsian yang disampaikan oleh En. Nadzreeq Nor Majid ini telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan unit. Program ini adalah seiring dengan agenda Universiti dalam memperkasa bakat staf bagi menyokong kepada agenda dan strategi Fakulti.
Penganjuran kursus ini adalah bagi merapatkan jurang kompetensi staf Fakulti Komputeran yang terhasil dari Analisa Keperluan Latihan (TNA), dan rekod ELPPT/ELNPT yang diisi oleh staf. Ianya juga ditawarkan kepada semua staf bagi memenuhi keperluan individu dan permohonan latihan oleh fakulti.
Selain itu, kursus ini juga mempunyai 3 sesi yang berbeza bertujuan memperkenalkan beberapa teknik penghasilan poster kepada peserta. Peserta juga didedahkan dengan latihan amali secara individu untuk menghasilkan sebuah poster bagi program Fakulti yang seterusnya.
Lima buah hadiah saguhati telah diberikan peserta yang menghasilkan poster yang menarik. Kesemua peserta juga turut menerima sijil penyertaan dari pihak Fakulti Komputeran.
Pihak Fakulti Komputeran berharap agar ilmu yang disampaikan dalam Kursus Penghasilan Poster ini membantu meningkatkan ilmu dan bermanfaat kepada semua peserta.