Persatuan Felo Kolej Kediaman (PFKK) atau dulunya dikenali sebagai Institusi Pembangunan Felo (IPF) adalah sebuah persatuan yang baru sahaja dijenamakan semula bagi memberi nafas baru, sesuai dengan fungsi serta matlamat asal penubuhannya. PFKK melalui Mesyuarat Agung pada 6 Mac 2023 bertempat di Dewan Seri Meranti, Kolej Rahman Putera (KRP) telah melihat perlantikan Majlis Tertinggi baru, serta barisan Ketua Biro yang baru bagi melaksanakan agenda PFKK sepanjang 2024 dan 2025.
Sebanyak 5 jawatan utama iaitu Pengerusi, Timb. Pengerusi, Setiausaha, Timbalan Setiausaha dan Bendahari telah dipertandingkan. Manakala sebanyak 5 lagi jawatan Ketua Biro iaitu Biro Pembangunan & Pembudayaan Ilmu, Biro Komunikasi & Multimedia, Biro Kebajikan, Biro Kerohanian, dan Biro Sukan & Rekreasi juga telah dipertandingkan melalui mesyuarat tahunan tersebut.
Makanya, dengan tidak semena², nama Mohd Hazri telah diundi dan dipertanggungjawabkan utk menerajui Biro Pembangunan & Pembudayaan Ilmu. Tambahan satu lagi tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul dalam memastikan aktiviti pembangunan pelajar dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Fungsi Biro Pembangunan & Pembudayaan Ilmu ini sebenarnya adalah untuk memastikan Felow² yang ada di UTM ini, sentiasa kompeten dan memenuhi kriteria, serta mempunyai cukup kemahiran dan pengetahuan dalam menjalankan fungsi sebagai Felow, dalam usaha membangunkan pelajar di kolej kediaman masing².
Oleh yang demikian, sebelum mengorak langkah dan bergerak lebih jauh, mari kita lihat apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan aktiviti atau agenda pembangunan pelajar itu.
Jadinya, pembangunan pelajar itu termasuklah aktiviti membangunkan kemahiran pelajar dalam aspek seperti yang berikut;
- kemahiran kepimpinan
- kemahiran komunikasi
- kemahiran merancang
- kemahiran melaksana program
- kemahiran dokumentasi
- pembangunan karisma
- pembangunan integriti
- pembangunan nilai murni, etc.
Maka yg demikian, secara umumnya, semua Felow hendaklah;
- sentiasa bertingkahlaku baik, berpakaian kemas, menepati masa, berdaya pimpin,
- berpengalaman dalam melaksanakan program, mempunyai asas kemahiran teknikal, mempunyai daya inovasi dan kreativti yang baik
- berkarisma, bersikap mengambil berat, penyayang, sopan, menyelesai masalah, aktif, kekal tenang,
- cekap mengatur kerja, memahami prosedur dan aturan² mesyuarat
- mahir dengan dokumentasi, simpanan data, kertas kerja, laporan, minit mesyuarat,
- peka dengan perubahan, berfikiran terbuka, cakna dengan keperluan semasa, menghormati kepelbagaian kaum dan agama,
- sentiasa bertanggungjawab kepada stakeholder, fokus,
Setelah dikenalpasti matlamat serta keperluan, maka baru lah Biro Pembangunan & Pembudayaan Ilmu ini mudah untuk bergerak. Perancangan aktiviti perlu dibuat dengan baik demi memastikan kemahiran Felow diperkasa. Dalam masa yang sama juga, pemerkasaan kemahiran ini juga sepatutnya mampu memberi impak kerjaya yang lebih baik kepada Felow itu sendiri.
Cabaran seterusnya adalah menubuhkan jawatankuasa kerja, membuat survey berkenaan keperluan semasa Felow, merangka takwim program selama 2 tahun, melaksana program yang telah dirancang, penilaian impak terhadap program² yang telah dijalankan, dan bermacam lagi.
Selamat berjaya wahai Mohd Hazri..