Hari Raya Aidilfitri disambut setahun sekali pada 1 Syawal oleh sekalian umat Islam di dunia. Ianya diraikan umat Islam menjalani ibadah Puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. Perayaan ini adalah suatu yang ditunggu² oleh umat Islam sedunia kerana di Malaysia lazimnya, Hari Lebaran ini akan disambut bersama keluarga tersayang dengan disusuli budaya dan tradisi masyarakat Melayu zaman berzaman. Namun begitu, pembudayaan semangat dan jiwa Lestari seolah² dilupakan seketika akibat keterujaan dalam menyambut raya. Jangan kita lupa kesan pembebasan gas karbon yang tidak terkawal, dan pencemaran alam sekitar oleh manusia akan merosakan Bumi yang kita sayangi ini. Mari kita renung kembali, sedikit sebanyak aktiviti Raya yang mampu kita lakukan, dalam masa yang sama ianya membantu dan menyumbang kepada kelestarian alam.
- Berjimat Dalam Perbelanjaan
Dalam keghairahan menyambut Syawal yang bakal menjelma, pastinya ramai antara kita yang teruja dalam mempersiap kelengkapan dan persediaan raya. Antaranya adalah pakaian baru, langsir baru, karpet baru, cat rumah baru, perabot baru, hingga ada yg sehingga membeli kenderaan baru semata-mata bagi menyambut Syawal dengan gembira. Membeli itu tidak salah, tapi jangan sampai dilupa antara keperluan dan kemahuan. Kita perlu bijak untuk mengatur perbelanjaan bagi menjamin kelestarian kewangan hidup kita. Tidak perlu mengikut nafsu dengan memenuhi sehala kemahuan diri. Cukup lah sekadar membeli keperluan diri dan keluarga. Sebaiknya, bersederhanalah dalam menyambut Lebaran yang bakal menjelang tiba. Kelengkapan lama yang masih baik lagi, boleh diguna semula. Tidak perlu mengganti semuanya, malah boleh juga diberi kepada mereka yang kurang berkemampuan supaya nikmat Raya dapat dikongsi bersama.
2. Elakkan Pembaziran Makanan
Pagi Raya akan serba tak kena sekiranya Juadah Raya tidak dihidang bersama. Ketupat, rendang, lemang, dodol, antara juadah warisan zaman berzaman yang masih relevan sehingga ke hari ini. Namun begitu, berpada-pada lah dalam menyediakan juadah raya. Elakan menyediakan terlalu banyak menu atau terlalu banyak makanan dalam satu² masa.Pembaziran harus dielakkan, dengan merancang jumlah juadah yang ingin disediakan. Imbangi dan gilirkan lah menu dengan baik, supaya juadah masih boleh disediakan dan dirasai tanpa perlu ada pembaziran akibat tidak habis dimakan. Raya kan sebulan?Sekiranya mengambil makanan pula, ambil lah dengan kuantiti yang sedikit dahulu. Ini bagi mengelakan makanan yang diambil itu tidak habis dimakan. Dalam masa yang sama, boleh beri peluang untuk lebih ramai orang lain menjamah menu yang sama. Sekiranya tidak cukup, maka ambil lah lagi. Ingat, elakan pembaziran.
3. Penggunaan Tenaga Elektrik
Pastinya ramai sanak saudara yang akan berkumpul di kampung. Riuh rendah lah suasana rumah ibu dan ayah kita pada waktu ini dengan pulangnya anak cucu ke kampung halaman, dalam meraikan Lebaran bersama keluarga. Namun jangam dilupa budaya penjimatan elektrik. Selalu matikan perlatan elektrik sekiranya tidak digunakan. Amalkan membasuh pakaian secara maksima untuk setiap kali basuhan. ini dapat menjimatkan penggunaan air dan tenaga elektrik. Dalam menghidupkan suasana malam pada hari Syawal pula, tidak salah untuk menghias rumah dengan lampu warna warni. Namun begitu, sebaiknya hadkan lah masa penggunaan lampu tersebut sehingga tengah malam. Ini sudah memadai berbanding menghidupkan lampu tersebut sepanjang malam. Pertimbangkan juga untuk menggunakan lampu solar yang kini amat mudah didapati dipasaran. Lampu solar ini banyak kelebihannya. Selain ianya menjimatkan elektrik, ianya juga menyokong kepada aktiviti mengurangkan pelepasan gas karbon di udara, dan ini menjamin kepada kelestarian alam sekitar. Zaman dulu², kita cuma pakai pelita minyak tanah sahaja untuk menghiasai suasana malam Raya. Mungkin ianya seronok kalau budaya ini dihidupkn semula. Namun bergantung juga kepada tempat dan keadaan.
4. Pelepasan Tenaga Dari Kenderaan
Budaya ziarah dan mengunjungi antara satu sama lain sememangnya adalah budaya yang diamalkan dari dulu. Hubungan silaturrahim perlu sentiasa dijaga dan dieratkan kembali. Maklumlah, dalam kesibukan kerja sehari², maka pada Hari Raya lah kita dapat meluangkan masa untuk aktiviti ini agar ukhuwah yang ada dapat dikekalkan sepanjang zaman. sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan dan taulan, kalau boleh, semuanya hendak diziarah dan dikunjungi. Rancanglah perjalanan dengan sebaik mungkin. Kurangkan perjalanan yang berulang dan tidak perlu. penggunaan kemderaan yang lebih lama akan melepaskan tenaga dan gas karjon yang lebih banyak, dan ini jelas tidak baik untuk alam sekitar. Ianya juga hanya akan menyebabkan pembaziran menggunaan minyak dan kenderaan sahaja. Sebaliknya, jika perjalanan dirancang dengan baik, ianya juga akan menjimatkan kos, masa, dan tenaga. Sekiranya aktiviti ziarah dibuat secara berkumpulan, maka amat bagus untuk berkongsi kenderaan. Kurangkan juga berkenderaan untuk perjalanan yang dekat², contohnya ziarah rumah jiran tetangga.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti Raya yang boleh kita rancang dan kawal demi untuk menjaga alam sekitar. Contohnya penggunaan beg plastik sewaktu berbelanja Raya, mengawal suhu cuaca panas ketika Raya, dan lain² aktiviti lagi. Apa yang penting adalah kesedaran kita terhadap usaha mengurangkan pencemaran serta kerosakan alam sekitar dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan sewaktu musim Raya. Setiap aktiviti, pasti ada alternatif dan kaedah kawalan nya. Kenapa perlu menjaga alam sekitar? Sebab Bumi ini adalah tempat untuk kita tinggal, dan ianya perlu diwariskan kepada generasi akan datang. Sekian, wasalam.Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
29 Ramadhan 1445H