Alhamdulillah, baru-baru ni aku ada pengalaman yang cukup bermakna, dijemput jadi salah seorang qari/pembaca Al-Quran dalam Majlis Khatam Al-Quran peringkat fakulti! Serius, rasa macam dapat penghormatan gila bila dapat jadi antara 15 orang yang dipilih untuk baca Quran depan Dekan, staf, dan rakan-rakan. Majlis ni memang sederhana je, tapi aura dan maknanya besar sangat!


Sebelum hari khatam sebenarnya, aku dan team dari pejabat dah buat persiapan rajin-rajin. Aku jadi ketua group tadarus, dan dalam dua minggu, kami berjaya khatamkan tiga juzuk, dari Juzuk 10 sampai Juzuk 13. Setiap hari kami baca sikit-sikit, pastikan tajwid dan makhraj betul. Kadang-kadang lepas kerja, kami duduk dalam bilik meeting sambil tadarus, serius best bila dapat berkongsi ayat-ayat suci dengan rakan sekerja.
Hari majlis pun tiba! Tempatnya dekat Bilik Kuliah 1, Fakulti Komputeran. Aku datang awal sikit, pastikan semuanya ready. Rasa berdebu sikit sebab ramai yang datang, dalam 40 orang lebih, termasuk Dekan sendiri! Dekan bagi ucapan aluan, tapi bukan ucapan biasa-biasa, dia selitkan tazkirah pendek yang sangat bermakna. Lepas tu, ada juga ustaz jemputan dari Pusat Islam (aku lupa nama dia, tapi mesti orang penting lah!).


Majlis berjalan lancar, dalam sejam je, dari pukul 8:30 sampai 9:30 pagi. Aku dapat giliran baca, dan walaupun ada sikit gugup, Alhamdulillah boleh baca dengan tenang. Suasana khusyuk, semua dengar dengan penuh hormat. Bila selesai, rasa lega dan puas sebab dapat menyumbang dalam majlis yang mulia macam ni.

Yang paling best? Lepas majlis, semua peserta dapat bungkus makanan, pulut kuning dengan rendang! Aduhai, sedap gila! Aku makan kat pejabat sambil recall balik pengalaman pagi tadi. Rasa macam rezeki yang berkat, bukan sekadar makan biasa.
Pengalaman ni buat aku lebih bersyukur dan semangat nak terus istiqamah baca Quran. Walaupun majlisnya tak besar sangat, tapi nilai dan kenangannya tetap melekat kuat. Kalau ada rezeki tahun depan nak join lagi! đđ