Hari Merisik untuk Adikku Haziq: Kisah Santai Penuh Makan & Sambutan Hangat

Hari ni aku jadi “ketua rombongan” merisik untuk adik bongsu aku, Haziq. Sebagai anak lelaki pertama, rasa macam ada tanggungjawab besar nak pastikan semua berjalan lancar. Rombongan kami tak ramai. Aku, isteri, dua anak (Kaka dan Yana), mak, kakak sulung aku dengan anak dia (Amar), dan Haziq si calon pengantin. Total? Tiga kereta je bawak. Destinasi? Rumah keluarga Awin, bakal pengantin perempuan Haziq, kat Paya Jaras, Sungai Buluh, Selangor. Perjalanan dari Sijangkang (rumah mak) lebih kurang sejam, takde lah jauh sangat, tapi cukup lah buat anak-anak aku menggelabah kat belakang. Kami cuma bawak 3 set buah tangan jek, buah, kek secret recipe (sempena besday Awin semalam) dan cincin.

Sampai je depan rumah Awin , terus rasa debar-debar cemas. Famili Awin dah tunggu dengan senyuman. Ramai gila, dalam 20 orang kot! Macam majlis kenduri dah. Ayah Awin ajak kami masuk, dan mulalah sesi “kenal-kenal” santai. Rasa macam ziarah Raya, cuma kali ni mission spesifik: nak jodohkan adik aku! Famili Awin sporting gila, mereka mesra, gelak banyak, dan cerita pasal Awin yang anak bongsu dari tujuh beradik. Kakak dan abang dia semua dah berkeluarga, cuma ada sorang abang dia (28 tahun) yang masih bujang. Aku pun dalam hati, “Alah, mungkin dia next kot lepas Haziq.”

Yang bestnya, sesi perbincangan takdelah formal sangat. Mak aku direct usul, “Lepas merisik ni, terus nikah je. Tak payah bertunang lama-lama.” Aku pun terkejut sikit, tapi nampak dua-dua keluarga setuju. Rancang nak kawinkan mereka sebelum puasa tahun depan, cepat tapi praktikal. Duit majlis? Biar pengantin sendiri urus. Diskusi pun tak lama, setengah jam je, lepas tu… tahap seterusnya: MAKAN!

Fuh, makanan layan gila. Famili Awin hidang macam open house: soto, mihun sup, nasi impit, rendang, dua jenis kek (coklat & pandan), lodeh, kuah kacang, buah potong, lempeng, sambal, baru separuh je aku senaraikan! Aku rasa malu sikit sebab kami disambut meriah sangat. Tapi pepatah Melayu dah mengajar: “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.” Jadi, aku pun “berbahasa” dengan cara habiskan dua pinggan. Anak-anak aku lagi la ghairah. Yana sampai minta tambah kuah kacang!

Sesi makan ni lebih lama dari sesi berbincang dalam sejam lebih. Lepas kenyang, baru la kami mohon diri. Salam-salam semua orang, ucap terima kasih, dan balik masing-masing. Akak aku balik Pantai Dalam, mak dengan Haziq balik Sijangkang, aku pulak bawa family balik Seremban. Dalam kereta, isteri aku gelak cakap, “Seronoknya famili Awin, boleh tahan sporting!” Aku pun setuju. Haziq pun nampak tenang, tapi aku boleh agak dia nervous gak.

Secara jujur, hari ni memang penuh makna. Dari debar-debar sampai kenyang, semuanya berjalan lancar. Harap-harap, perjalanan Haziq dan Awin sampai ke nikah nanti dipermudahkan. Aku sebagai abang pun rasa lega, sebab misi merisik ni berjaya dengan cemerlang dan bonusnya, dapat makan free pulak!