Hari Ini Jumpa Cikgu Zamri SMKSPP – Sambung Projek Kitar Semula Tayar!

Hari ni aku berjalan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pulai Perdana (SMKSPP) jumpa Cikgu Zamri, guru yang pegang agenda kelestarian dekat sekolah tu. Aku datang sekali dengan Hafiz, Presiden Kelab Riverdale Kolej Rahman Putra (KRP). Sebenarnya, ini bukan kali pertama kami datang sini. Pada Disember 2023 dulu, aku pernah bawa Kelab Riverdale KRP buat program STEM kat sini, khususnya bengkel kitar semula tayar terpakai jadi pasu bunga. Serius, waktu tu sambutan memang meriah gila. Lebih kurang 30 orang pelajar join, dan hasilnya pun cantik.

Tapi, program tu sebenarnya belum cukup sempurna. Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTM, yang bagi dana untuk projek kami, hanya anugerahkan 3 bintang semasa penilaian impak lepas. So, mereka bagi tambahan RM2000 supaya kami boleh naik taraf program sampai dapat 5 bintang. Maknanya, kerja kami belum selesai lagi!

Meeting hari ni dua tujuan:

  1. Tengok hasil program dulu – Pastikan pasu bunga tayar tu masih elok dan dipakai.
  2. Rancang upgrade untuk program seterusnya – Nak tambah nilai supaya lebih impactful.

Apa yang bestnya sekolah ni? Diorang tak perlu keluarkan modal langsung. Semua bahan, dana, dan tenaga datang dari UTM & beberapa pemberi dana lain. Tugas aku? Kumpulkan sukarelawan, mohon dana, cari sekolah/penerima manfaat. Haha, macam broker projek je, tapi broker untuk benda baik!

Bila tengok hasil program dulu, aku kagum gila. Semua pasu bunga tayar tu masih kukuh, cantik, dan diurus elok. Pelajar & guru jaga dengan baik. Padu betul! Rasa puas hati sebab benda yang kami buat masih berguna, bukan hangat-hangat tahi ayam. Harap program akan datang nanti lebih sukses & sustain macam ni.

Apa plan seterusnya?

  • Nak tambah elemen STEM & kreativiti dalam projek kitar semula ni.
  • Mungkin buat workshop lebih interaktif, atau hasilkan produk lain selain pasu bunga.
  • Libatkan lebih ramai pelajar & guru supaya impact lebih besar.

Overall, hari ni memang produktif. Jumpa Cikgu Zamri, dapat feedback baik, tengok hasil kerja kami masih bertahan, dan yang paling penting, ada peluang untuk buat lebih baik lagi. Kalau korang ada idea untuk naik taraf projek kitar semula, boleh kongsi sini! Next stop: 5 bintang! 🚀🌿