Pagi tadi memang next level chaos tapi akhirnya seronok gila! Aku dgn teamdashboard ni, dengan penuh semangat nak ke SK Kangkar Pulai 2 untuk meeting lanjutan program Google Looker Studio. Tapi hidup ni kan, jarang jadi smooth macam dashboard yang kita bina. 😂


Aku ingatkan dah siap semua – laptop, iPad, nota, tapi alamak… tengah meeting tiba-tiba iPad aku flash notis “Bateri 1%”. Aduh! Rupa-rupanya masa nak bertolak tadi pun bateri tinggal 2% je. Aku tak sedar sebab asyik layan notification WhatsApp. Panik gila sebab semua bahan presentasi dalam iPad tu! Nasib baik Fae (team mate) ada bawa power bank. Tapi sedih lak, sbb charger dia pun slow-mo mode, 10 minit cas naik 7% je. Hahaha! Dalam meeting, aku terpaksa split screen antara presentasi dan icon bateri merah yang makin menyepi. Lesson learned: Esok kena check betul-betul gadget survival kit sebelum keluar
Kalu korang ingat cerita bateri tu dah dramatik, lagi epic bab sesat ni. Aku guna Waze, tapi entah kenapa dia bawa aku masuk SMK Kangkar Pulai pulak! Rupa-rupanya SKKP2 sebelah je. Nak pusing balik? Boleh… tapi waktu tu parent ambik anak pulak! Jalan macam scene zombie apocalypse lah.. kereta double park, motor potong kiri kanan, mak ayah dok hon sesama sendiri. Aku dalam kereta ni gelak sendiri, bayangkan kalau ada drone rakam dari atas, mesti aku nampak macam ant dalam maze. Lepas 10 minit U-turn mental, akhirnya jumpa pintu SKKP2 yang sebenar.


Dah la masuk lewat sikit, meeting dah start. Cikgu Izzati tengah explain pasal pain points dashboard sekolah. Aku terus join flow dengan modal iPad 7% tadi (sempat naik 12% lepas tu, alhamdulillah!). Seronok gila bila semua brainstorm idea dari user-friendly interface sampai cadangan guna dashboard SK Taman Seri Pulai sebagai model rujukan. UTM setuju bantu sediakan Google Form untuk kumpul feedback guru. Yang best, Cikgu Suhaila bagi contoh dashboard dia yang aesthetic gila, sampai aku terfikir: “Ni mesti hasil dark magic Excel + Looker Studio!”
Lepas meeting, kami dijamu dengan hidangan yang buat semua orang speechless. Nasi putih panas dengan ikan cencaru sambal pedas menggigit, telur dadar gebu fluffy macam awan, tumis sawi rangup, dan salad tomato yang fresh crunch! Aku yang biasanya overthink kalori pun give up. Dapat gelas oren lemon ais sekali, memang mood booster habis meeting stress. Sambil makan, kami gelakkan drama iPad lowbat tadi, sampai Dr. Siti cadangkan esok buat charger-sharing system untuk team.


Akhirnya, semua setuju bengkel diadakan pada 17 Jun nanti. Aku dah excited nak jumpa semua lagi. kali ni aku janji akan bawa fully charged gadgets! Untuk SKKP2, jangan lupa isi Google Form yang kami sediakan ya. Kalau boleh, sediakan juga story chaos korang masa bina dashboard nanti, biar kami gelak sama!
P/S: Kalau ada sesiapa nak donate power bank 20,000mAh untuk aku, sila DM. Aku serious. 😂🔋