Archives for May 10, 2025

Kereta Baru Tukar Enjin, Tapi Overheat & Gagal Road Trip – Rezeki Tak Sampai, Tapi Syukur Masih Ada!

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga rumah jam 7:30 malam. Hari ni memang penuh drama. Patutnya happy road trip ke Petaling Jaya hantar duit belanja untuk keluarga perempuan sebab anak buah nak kawin. Tapi… plot twist: kereta overheat dua kali! Sungguh, nasib tak menyebelahi.

Sebenarnya, kereta ni baru je tukar enjin. Baru keluar dari bengkel, belum running jauh lagi. So, aku pun rasa inilah masa terbaik untuk test drive sambil settlekan urusan keluarga. Tapi rupanya, kereta ni ngamuk kat tengah jalan. First stop: Sungai Besi. Tiba-tiba asap keluar, meter suhu naik mendadak. Aku pun terpaksa berenti tepi jalan, tunggu sejam lebih. Nasib baik jumpa pomen jalanan baik hati. Dia bypass wayar kipas radiator sementara, lepas tu kereta boleh jalan lagi. Lega sikit, terus cari surau rehat & makan lewat.

Tapi… balik ke Seremban, repeat masalah sama! Kipas radiator refuse nak function, suhu melambung lagi. Kali ni terdampar kat Tol Port Dickson. Lepak tepi jalan sejam lagi, sembang-sembang dengan dua orang lelaki yang baru balik memancing. Seronok juga dapat kenal orang baru, walaupun dalam situasi stuck macam ni. Tunggu enjin sejuk, topup air radiator, then slowly drive balik ke Seremban. Sepanjang jalan, aku terus messaging pomen tadi. Nasib baik bengkel dia dekat sini. Esok pagi kena pergi settle balik.

Yang sedihnya, semua ni berlaku waktu aku nak buat family trip! Plan asal lepas hantar duit kat PJ, nak ajak mak & adik naik Genting untuk celebrate result SPM anak aku, Atikah. Tapi… rezeki tak sampai. Maybe next time lah.

Aku geram gak dengan pomen yang tukar enjin ni. Dah la bayar mahal, lepas kereta keluar bengkel, layan pun ala-ala je. Aku dah ambik banyak gambar sebagai bukti, harap dia open heart nak repair balik. Kalau tak, poket koyak lagi lah!

Tapi, bila fikir balik, walaupun plan failed, aku masih selamat sampai rumah. Mak pun masih sihat boleh handle majlis kawin cucu dia. Atikah pun happy dengan result dia. Maybe ini semua ujian, atau mungkin juga sign supaya aku slow down sikit. Yang penting, syukur masih boleh share cerita ni. Life goes on. Next trip, maybe lebih smooth!

#KeretaOverheat #RezekiTakSampaiTapiSyukur #FamilyTripFailTapiHikmahAda