Archives for May 12, 2025

Kereta Naik Towing Sambil Jumpa Balik Si Kawan Lama

Hari ni Wesak Day, kebanyakan bengkel tutup, tapi nasib baik Faizal, mekanik lama aku buka juga bengkel dia. Memang rezeki! Pagi tadi, kul 7 tepat, aku dah call Etiqa Assist minta towing kereta sebab enjin aku overheat semalam time terjebak dalam traffic. Dah lah panas, tension pulak bila bayangkan repair cost. Tapi, alhamdulillah, towing dari insurans free, cuma kena sabar tunggu sampai kul 9 pagi baru lori sampai.

Dari rumah ke Taman Jujur, bengkel Faizal, lebih kurang kul 10. Sepanjang jalan naik tow truck, aku flashback cerita dulu-dulu. Faizal ni mekanik yang sejak zaman aku pakai kereta lama dulu lagi dia yang urus. Pernah sekali dia repair kereta aku malam-malam depan rumah, sampai subuh! Dah lama tak jumpa sejak dia pindah ke Sikamat, buka bengkel sendiri. Dulu kenal dia waktu bujang, sekarang dah ada 3 orang anak. Time catch up kat bengkel, dia cerita dua anak dia kena HFMD, bergilir masuk wad. Hmm, sian tapi dia still semangat kerja. Respect!

Lepas turun dari tow truck, terus dia check kereta. Aku explain simptom: enjin panas time traffic, tapi kalau laju highway okay je. Dia diagnose cepat jek.. kipas radiator aku jalan terbalik! Maknanya, time jem, udara tak sejuk, jadi overheat lah. Tapi nasib baik enjin masih “sedap” (kata Faizal), cuma kena betulkan wiring kipas, check thermostat, water pump, coolant, dan sensor-sensor lain.

Sambil tunggu dia repair, aku call used car dealer tempat beli kereta ni, harapnya nak mintak tolong sikit. Tapi jawapan dia buat aku sakit hati wei.. suruh ini itu macam aku tak tahu apa-apa. Aku call pun sekadar nak bagitahu kereta ada issue, bukan mintak free, tapi dia segan-segan nak tanggung jawab. Pedih gila, tapi dah lah… move on.

Aku tinggal kereta kat Faizal, mintak dia prioritize benda kritikal dulu sebab malam ni aku nak balik JB, esok kerja. Tapi sebelum tu, ada lagi plan nak jumpa orang tengok kebun petang ni, beli anak pokok. Aduh, schedule padat gila! Tapi berkat Faizal buka bengkel hari Wesak ni, masalah kereta selesai awal.

Kalau korang ada cerita kereta ngamuk time hari cuti, share la kat comment! Jom support mekanik-mekanik hardcore macam Faizal ni, dia orang ni hidden gem sebenarnya! �🔧

P/S: Kalau nak contact Faizal, PM aku! Bengkel dia *trusted* + harga berpatutan. 😉

Kisah Kebun Berbunga & Harapan Sebuah Rumah di KL

Lama betul aku tak ziarah kebun sendiri. Rasa bersalah jugak, tengah musim bunga ni, pokok-pokok dah mula tunjuk hasil, tapi aku sibuk je dengan urusan lain. Minggu lepas, Ustaz Dr. Amru call, ada potential buyer nak lawat kebun. Aku pun on kan je. Janji jam 9 pagi, tapi sampai pukul 8, masih takde confirmation. Aku gerak la buat kerja lain, fikir mungkin diorang postpone.

Eh, pukul 8:30 pagi, dapat pula message: “Client nak masuk pukul 12:30 tengahari.” Okey, relax je. Aku prepare balik, pastikan semua okay. Kebun ni memang nak dijual, sebab aku ada plan nak beli rumah di KL. Tukar-tukar properties lah, gaya hidup urban sikit.

Jam 12:30 tepat, aku sampai. Ustaz Dr. Amru dah ada kat situ dengan client, seorang suami isteri yang nampak serious. Tapi… alamak, semak dah tinggi sampai lutut! Aku gelak sendiri dalam hati. Last-minute, aku bakar mercun sikit untuk halau binatang tak diundang, spt monyet, ular, atau apa saja yang mungkin bersembunyi. Safety first, kan?

Pokok manggis dan rambutan tengah berputik lebat, tapi durian… haish, nasib tak baik. Banyak yang gugur sebab hujan lebat bulan lepas. Tapi takpe, rezeki mungkin datang dari rambutan dan manggis je tahun ni. Aku bisik dalam hati, “Yang tinggal ni pun cukup lah.”

Client tu nampak berminat. Dia jalan-jalan, pegang-pegang dahan, tanya macam-macam: “Tanah berapa ekar? Air ada masalah tak? Dah berapa tahun tanam?” Aku jawab jujur, Ustaz Dr. Amru pun tolong explain. Isteri dia asyik senyum je, mungkin dah bayang boleh buat ‘resort mini’ ke apa. Aku pun harap-harap dia terus jatuh hati.

Lepas survey, dia minta masa seminggu untuk fikir. Aku pass balik pada Ustaz Dr. Amru sebagai wakil, sebab aku jarang balik Seremban ni. Kalau deal, alhamdulillah. Kalau tak, rezeki ada di tangan Tuhan.

Diorang pun balik, aku pun balik. Dalam perjalanan, aku bayangkan rumah idaman kat KL, mungkin lebih kecil dari kebun, tapi impian tetap impian. Doa aku satu je: semoga pembeli ni terbuka hati. Kalau tak, aku kena cari jalan lain. Tapi yang penting, usaha dah dibuat. Selebihnya, biarlah takdir tentukan.