Archives for May 24, 2025

Derita & Debaran di Lebuhraya: Kisah Mingguan JB-Seremban

Setiap minggu, aku melalui rutin yang sama: travel dari JB ke Seremban. Sebabnya, kerja aku berada di Skudai, tapi hati dan keluarga masih berada di Seremban. Perjalanan ini seperti sebuah pengembaraan kecil yang penuh dengan cabaran dan cerita. Tak pernah bosan, tapi kadang-kadang memang memenatkan!

Hari ini, seperti biasa, lepas habis kerja, aku sibuk kemas-kemas rumah di JB. Basuh baju, sidai, pastikan semuanya bersih dan kemas sebelum bertolak. Sempat juga aku solat Maghrib dulu, baru lepas itu bersiap untuk memulakan perjalanan. Jam sudah menunjukkan lewat Maghrib, tapi aku tahu, waktu ini pun lebuhraya pasti masih sesak. Memang sudah menjadi lumrah. kalau gerak pukul 6 petang jem, lepas Maghrib pun jem, lepas Isyak pun tetap jem. Tiada beza!

Sebelum masuk highway, aku singgah isi minyak di Taman Seri Pulai Perdana. RM40 untuk minyak, dan top-up Touch ‘n Go sebanyak RM50 guna e-wallet. Sekurang-kurangnya, tak perlu beratur di kaunter. Semuanya dibuat secara digital, cepat dan mudah. Dah senang, terus boleh meneruskan perjalanan.

Sebaik saja masuk highway, kereta sudah berbaris panjang. Lampu belakang kereta berkelip-kelip di kejauhan, seperti perarakan kecil di malam hari. Aku hanya mampu mengeluh dalam hati. Dalam kesesakan ini, radio menjadi teman setia. Lagu-lagu dinyanyikan, tapi fikiranku melayang kepada keluarga yang sedang menanti.

Pukul 10 malam, perut mula berbunyi. Lapar! Tapi aku harus bertahan. Tak mahu singgah dulu, harap-harap trafik akan lancar tak lama lagi. Google Maps menunjukkan ETA pukul 2.10 pagi. Aku tersenyum sendiri. Pengalaman mengajar aku, anggaran itu selalunya tidak tepat bagi orang seperti aku yang sering berhadapan dengan kesesakan tidak menentu.

Dan benar saja, pukul 2.10 pagi, aku masih di jalan raya. Mata sudah mulai berat, badan pula lenguh-lenguh. Akhirnya, aku putuskan untuk singgah di R&R Pagoh. Rehat sebentar, solat, dan ambil wuduk. Segar sikit. Aku hanya berhasiat untuk duduk sepuluh minit, melepaskan penat. Tapi, tanpa sedar, aku tertidur. Lepas itu, ternyata aku sudah terlajak lena. lebih sejam lamanya! Terkejut sendiri bila terjaga. Haha, memang penat yang amat sangat.

Akhirnya, sampai juga di Seremban pukul 3.30 pagi. Rumah yang gelap tiba-tiba terasa sangat indah. Keluarga sedang tidur nyenyak, dan aku pun tidak mahu mengganggu. Langsung masuk bilik, sambung tidur semula. Esok adalah hari baru, dan minggu depan… cerita yang sama akan berulang.

Inilah rutin mingguanku. Kadang-kadang terasa berat, tapi bila teringat senyum anak-anak dan keluarga, semua penat ini menjadi bermakna. Kepada semua sahabat kenalan yang berjuang di jalan raya setiap hari, stay strong! Kita boleh hadapi ini bersama!