Kepentingan Lawatan Awal Ke Tapak Program

Apa tujuan lawatan tapak program dibuat? Apa yg kita tgk/ambil peduli sewaktu lawatan tapak?

Antara lain tujuan lawatan tapak program dijalankan adalah untuk mengenalpasti dan menilai :
1. keberkesanan kawasan @ komuniti program
2. kawasan kerja / projek yg hendak dijalankan
3. sumber bekalan air, elektrik,
4. ruang makan, ruang briefing teori
5. ruang bancuh simen, ruang simpan barang
6. majlis pembuka, penutup
7. kawasan teduh
8. dll yg difikirkan perlu

Kenapa??

Perkara² ini perlu dikenalpasti bagi menjamin kelancaran program yang akan dijalankan. Tentatif dan perancangan asal program masih boleh dipinda berdasarkan hasil dari lawatan tapak ini.

Apa persediaan yg perlu dibuat sebelum lawatan tapak?

1. surat permohonan lawatan tapak kpd wakil komuniti
2. tempahan kenderaan pelajar
3. pastikan nama program dan tentatif program telah ada utk di brief kan kpd wakil komuniti (sama spt kertas kerja)
5. anggaran produk dan bilangan simenfero yg ingin dibangunkan semasa program sebenar
6. anggaran peserta yg diperlukan
7. persediaan team multimedia spt kamera, video, dll
8. dll yg difikirkan perlu

Panduan Membangunkan Rekabentuk Poster Program

PANDUAN MEMBANGUNKAN REKABENTUK POSTER PROGRAM BERSAIZ A1 (594mm x 841mm)

  • Terdapat 2 bahagian yang perlu diberi fokus utama, iaitu:
    • content – Isi / butiran / kandungan poster
    • Design – Rekabentuk / susunan / saiz yang sesuai
  • Content
    • Nyatakan pengenalan / abstrak program.
    • Nyatakan butiran program dengan jelas. Maklumat seperti tajuk program, tarikh, masa, tempat, penganjur, rakan kerjasama, dll perlu dinyatakan dengan jelas.
    • Tajuk Program perlu di highligt kan dengan jelas kerana tajuk ini adalah keyword utama dalam menggambarkan keseluruhan poster. Gunakan saiz yang sesuai.
    • Nyatakan juga nama Pengarah Program, beserta gambar beliau.
    • Nyatakan contact detail yang sesuai bagi menghubungi urusetia Program (CCSL) untuk mejadi rujukan audience.
  • Design
    • Gunakan gambar asal program. Elak dari menggunakan gambar internet.
    • Gunakan logo-logo yang sesuai dan perlu ada. Pilih logo yang mempunyai resolusi yang tinggi.
    • Pilih gambar yang jelas, terang dan mempunyai resolusi yang tinggi.
    • Gunakan hanya gambar yang melibatkan peserta program, dan juga gambar-gambar yang mempunyai nilai dan impak yang baik untuk peserta program.
    • Sebaiknya, gunakan hanya gambar landskap sahaja bagi memudahkan susunan dan menjamin keseragaman.
    • Susun gambar mengikut saiz yang seragam dan sesuai dengan saiz tulisan.
    • Pastikan wujud aspek keseragaman bagi keseluruhan poster.
    • Pastikan tiada ruang-ruang kosong dalam poster.
    • Hasil poster perlu menggambarkan keseluruhan program.
    • Gunakan sedikit imaginasi dan kreativiti dalam menghasilkan poster yang baik.

Panduan Membangun Montage Program Simenfero

PANDUAN MEMBANGUN MONTAGE PROGRAM SIMENFERO

  1. Gunakan gambar / video sendiri shj. Elakan guna gambar / video dari internet.
  2. Pilih gambar dan video yang jelas, terang, dan sesuai.
  3. Gunakan gambar landskap sahaja.
  4. Tempoh masa maksima 3 minit.
  5. Susun gambar / video mengikut proses kerja simenfero / program.
  6. Gunakan gambar yang ada peserta program shj.
  7. 30:30:20:20 gambar:video:caption / penerangan program:pengenalan / penutup
  8. Antara caption / penerangan program yg perlu ada spt nama penganjur, rakan penganjur, bilangan dan latarbelakang peserta, kebaikan dan kelebihan program terhadap peserta, impak program, hasil / outcome program, dll.
  9. Gunakan non-copyright background music yang sesuai (tidak terlalu laju).
  10. Keseluruhan montage perlu lah menggambarkan keseluruhan program.
  11. Masukan video temuramah peserta (BONUS).
  12. Pastikan ada LOGO UTM di bahagian atas penjuru kanan montage.
  13. Rujuk contoh Montaj Penutup Program Simenfero 26-27 Jan 19