Kipas 8 Inci Butterfly: Kecil Tapi Padu, Sampai 3 Kali Beli!

Hai korang! Nak cerita pasal kipas angin 8 inci yang buat aku obsess sampai beli tiga bijik dalam masa singkat. Cerita ni start masa raya lepas, waktu aku balik kampung mak. Bilik tidur kat sana ada kipas dinding, tapi anginnya lemah macam semput, dah la dah basuh habuk, tukar bilah baru, tetap tak ada improvement. Aku pun spekulasi, motor dia dah nak kong kot.

Disebabkan tak tahan panas, aku ajak wife jenguk kedai elektrik cari kipas stand fan. Rupa-rupanya, pilihan kipas kat kedai tu variety gila. Setiap brand angin dia lain power. Ada yang slowmo, ada yang kencang macam ribut. Tapi yang buat aku dan wife terkesima? Kipas 8 inci Butterfly! Masa test angin, terkejut gila, small size tapi angin dia kuat gilerWife pun confirm, brand Butterfly ni legenda, kualiti zaman dulu memang top.

Masalahnya? Harga dia melambung! Tapi nasib baik, lepas survey kedai sebelah, yang literally beberapa pintu je, rupanya dia jual lebih murah 30-40 ringgit. Wife dengan aku pun test lagi kipas saiz 14 inci, tapi hati dah terpaut dengan si Butterfly 8 inci ni. Apa lagisambar je! Warranty setahun, balik kampung terus pasang, sejuk sampai tidur lena.

Plot Twist: Lepas raya, balik rumah sendiri, teringin-tingin kat kipas tu. Tak sanggup hidup tanpa dia, scroll Shopee laju-laju, order lagi satu! Harga online lagi murahjimat lagi 30-40 ringgit. Double win! Kipas pertama dah tinggal kat rumah mak, yang ni untuk home sweet home.

Tapi drama tak habis situ, dua minggu lagi, sepupu aku nak kawinStuck fikir nak bagi hadiah apa yang usefulTiba-tibaflashback kat kipas legend ni. Apa lagiclick Shopee lagi, order kali ketiga! Hadiah untuk dia punya new houseGila tak? same kipassame brandsame obsession!

Review Honest: Kipas 8 inci Butterfly ni memang worth itCompactringan, tapi angin laju macam jet. Sesuai untuk bilik kecil atau officeDurability? Setakat ni solidno issueHarga pun berpatutanlagi-lagi kalau beli online. Siap boleh compare harga kedai dulu.

Conclusion: Kalau korang cari kipas efficient dan powerfultry la ni. Aku sampai beli 3 kaliconfirm tak menyesal. Sekarang ni, duduk rumah pun feel macam kat resortangin padumood pun happy!

P.S.: Kalau korang beli lepas baca cerita ni, jangan lupa tag aku. Nak tau review korang sama gempak ke tak! 😆

Keputusan SPM Dah Keluar – Kisah Kaka & Perjalanan 10 Subjek yang Penuh Berdebar!

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba, keputusan SPM 2024 dah release! Kaka, anak aku, bergegas ke sekolah nak ambil result dia sendirian. Rasa berdebar-debar gila, sebab dah lama dia tunggu sejak exam dulu (Disember sampai Februari 2025, penat tau tak penat!). Lepas habis SPM aritu, dia rebah je kat rumah, tak kerja-kerja sebab nak fokus puasa & Raya. Kalau kerja nanti, susah pulak nak mintak cuti. Tapi takdelah dia buang masa, sambil-sambil tu, dia habiskan lesen kereta & motor. RM2,000 lebih habis! Mahal gila, tapi janji ada skill baru, kan?

SPM tahun ni Kaka ambil 10 subjek, wow, superhero betul! Tapi dia mengaku yang paling ngeri ialah Add Math. Aku pun dulu dapat gred 8 je, haha! Takpe, janji lulus. Setiap hari, dia grind tuition sampai malam. Sibuk, penat, tapi demi masa depan. Lepas SPM, dia reward diri dengan ikut cikgu sekolah jalan-jalan sampai ke Jakarta, Indonesia! Biarlah, lepas stress 10 subjek, deserve lah cuti sekejap. Tapi poket aku yang koyak sikit waktu tu… Haha, rela je!

Hari ni, masa ambil result, Kaka gi sorang-sorang. Ramai kawan-kawan dia pun ambil sendiri. Aku kat JB sibuk kerja, tak dapat teman. Tapi bila dia text result – 7A, 1B, 2C – Alhamdulillah, lega rasa! Tak sangka dengan Add Math yang killer tu, dia boleh score. Lepas ni dia nak sambung belajar dalam Computer Science. Aku doakan dia berjaya, semoga semua impiannya tercapai!

Refleksi & Harapan:
Kaka dah melalui fasa SPM yang intense, tapi dia tak give up. Dari lesen sampai travel, dia balance hidup dengan baik. Keputusan ni bukan pengakhir, tapi permulaan baru. Untuk semua student yang dapat result hari ni – tahniah! Tak kisah A atau C, yang penting usaha tak pernah bohong. Onward to the next chapter! 🚀

Wacana Intelektual Madani: AI, Digital & Etika – Seri Ketiga yang Memukau!

Aku baru je habis attend Wacana Intelektual Madani siri ketiga tahun ni, bertajuk “Kecerdasan Buatan (AI), Teknologi Digital: Cabaran, Peluang & Etika”. Kalau siri pertama dekat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, siri kedua kat Fakulti Kejuruteraan Elektrik, kali ni giliran Fakulti Komputeran (FC) jadi tuan rumah! Program ni anjuran FC kolaborasi dengan Majlis Profesor UTM, dan memang hype gila!

Awal-awal aku duduk live dalam Dewan Seminar Kejora, tapi last-last terpaksa relocate ke HyFlex Classroom sebab ada hal tak dapat dielakkan. Nasib baik teknologi hybrid UTM mantap, jadi tak miss langsung sesi panel. Lepas program, dapat sandwich dan air mineral free, bonus!

Dari Ucapan Aluan Sampai Hologram?!
Program kick-off dengan ucapan Dekan FC, Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir, kemudian dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNCHEPA), Prof. Ts. Dr. Mohd Ali Selamat. Moderator dia Prof. Madya Dr. Siti Zaiton Mohd Hashim, manakala dua ahli panel, Prof. Dr. Naomie Salim dan Prof. Dr. Mohd Shahrizal Sunar memang heavyweight dalam bidang AI. Tapi yang best, ada Dianahologram avatar ciptaan FC yang join panel secara maya! Future is here, guys!

Emcee program, Pn. Norzielawaty, dijemput khas dari Jabatan TNCHEPA memang professional bawak suasana! Turut hadir mantan NC UTM, Dato’ Prof. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, sebagai tetamu kehormat.

Behind the Scene: Kitorang Juga Yang Urus!
Sebenarnya, aku pun salah seorang jawatankuasa pelaksana, tugas aku layout dan susun atur keperluan teknikal. Persiapan dah start sejak awal Mac lagi, progres slow tapi steady. Urusetia semua team FC, tapi last-last, beberapa jabatan lain join geng sebab dikhabarkan NC UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, nak merasmikan. Tapi last minute, dia tak dapat hadir, mungkin ada event lain kot.

Sasaran 200 Orang, Tapi ‘Standby’ HyFlex!
Kita jemput semua dekan fakulti UTM, dan sediakan HyFlex Classroom sebagai backup kalau tetamu overflow. Tapi Alhamdulillah, Dewan Seminar Kejora cukup selesa untuk semua yang hadir, dan takde crowd control issue pun!

Overall? Worth It!
Program ni bukan sekadar sharing pasal AI, tapi juga bincang etika, peluang kerjaya, dan impak sosial sesuai sangat untuk era digital sekarang. Aku pun belajar banyak, terutama bila dengar debate antara panel dengan hologram Diana, next level betul UTM ni!

*PS: Kalau ada siri ke-4, aku on lagi!* 😎

Hari Ini Jumpa Cikgu Zamri SMKSPP – Sambung Projek Kitar Semula Tayar!

Hari ni aku berjalan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pulai Perdana (SMKSPP) jumpa Cikgu Zamri, guru yang pegang agenda kelestarian dekat sekolah tu. Aku datang sekali dengan Hafiz, Presiden Kelab Riverdale Kolej Rahman Putra (KRP). Sebenarnya, ini bukan kali pertama kami datang sini. Pada Disember 2023 dulu, aku pernah bawa Kelab Riverdale KRP buat program STEM kat sini, khususnya bengkel kitar semula tayar terpakai jadi pasu bunga. Serius, waktu tu sambutan memang meriah gila. Lebih kurang 30 orang pelajar join, dan hasilnya pun cantik.

Tapi, program tu sebenarnya belum cukup sempurna. Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTM, yang bagi dana untuk projek kami, hanya anugerahkan 3 bintang semasa penilaian impak lepas. So, mereka bagi tambahan RM2000 supaya kami boleh naik taraf program sampai dapat 5 bintang. Maknanya, kerja kami belum selesai lagi!

Meeting hari ni dua tujuan:

  1. Tengok hasil program dulu – Pastikan pasu bunga tayar tu masih elok dan dipakai.
  2. Rancang upgrade untuk program seterusnya – Nak tambah nilai supaya lebih impactful.

Apa yang bestnya sekolah ni? Diorang tak perlu keluarkan modal langsung. Semua bahan, dana, dan tenaga datang dari UTM & beberapa pemberi dana lain. Tugas aku? Kumpulkan sukarelawan, mohon dana, cari sekolah/penerima manfaat. Haha, macam broker projek je, tapi broker untuk benda baik!

Bila tengok hasil program dulu, aku kagum gila. Semua pasu bunga tayar tu masih kukuh, cantik, dan diurus elok. Pelajar & guru jaga dengan baik. Padu betul! Rasa puas hati sebab benda yang kami buat masih berguna, bukan hangat-hangat tahi ayam. Harap program akan datang nanti lebih sukses & sustain macam ni.

Apa plan seterusnya?

  • Nak tambah elemen STEM & kreativiti dalam projek kitar semula ni.
  • Mungkin buat workshop lebih interaktif, atau hasilkan produk lain selain pasu bunga.
  • Libatkan lebih ramai pelajar & guru supaya impact lebih besar.

Overall, hari ni memang produktif. Jumpa Cikgu Zamri, dapat feedback baik, tengok hasil kerja kami masih bertahan, dan yang paling penting, ada peluang untuk buat lebih baik lagi. Kalau korang ada idea untuk naik taraf projek kitar semula, boleh kongsi sini! Next stop: 5 bintang! 🚀🌿

Kisah Makan Durian Kat Paya Jaras – Puas Hati!

Hari ni memang hari yang best sebab akhirnya dapat jugak bawa keluarga makan durian kat Paya Jaras, Sungai Buluh. Dah lama teringin nak gi sana, tapi tak kesampaian. Tapi alhamdulillah, hari ni semua dapat join. Aku, isteri aku, dua orang anak (Kaka & Yana), mak aku, adik aku Haziq, akak aku, dan anak buah Amar. Gerombolan besar gila, tapi seronok sebab ramai-ramai. Tempat tu memang famous dengan durian, jadi memang ramai orang, tapi nasib baik dapat meja.

Kami pilih durian Udang Merah sebab harga dia boleh tahan. RM25 sekilo. Aku ambil lima biji, terus kopek kat sana. Staff dia tolong bukak, so kami tak payah susah-susah. Rasa durian tu padu gila, manis ada pahit sikit, memang kaw kaw. Ada cuba ambil Musang King sebijik, tapi malangnya, isi dia masih “mengkal” (keras lagi, tak cukup masak). Takpe lah, rezeki kami hari ni Udang Merah jek. Tapi puas jugak sebab durian tu segar, isi tebal, biji kecik.

Kat gerai tu, diorang bagi air mineral free, so jimat sikit. Tapi Kaka, anak aku tu, dia order cendol durian. Gabungan yang memang perfect! Gerai tu ada jual cendol juga, jadi dia topup dengan durian. Mak pun try, Haziq pun try, semua gelak-gelak puas makan. Ramai betul orang kat sana, ada yang beli bungkus, ada yang makan kat situ macam kami. Owner cakap durian dia dapat dari Johor & Thailand, so memang fresh dan variety pun banyak.

Sebenarnya, sebelum ni mak aku dah teringin nak makan durian. Masa tu aku bagi RM200 kat Haziq suruh beli, tapi malangnya, durian yang dia dapat tu dah rosak. Isi benyek macam tempoyak. Sedih gila mak aku masa tu, tak puas hati langsung. Sebab tu lah hari ni aku bawak dia gi makan durian fresh, bayar balik “hutang” durian yang last tu tak jadi.

Lepas semua kenyang, sebelum balik, aku beli sebijik durian extra untuk bungkus. Nak bagi adik aku sorang lagi kat rumah (dia tak join sebab kerja). Biar dia pun rasa jugak rezeki durian hari ni. Balik rumah sambil bau durian lagi melekat kat baju, tapi takpe, puas hati!

Hari Merisik untuk Adikku Haziq: Kisah Santai Penuh Makan & Sambutan Hangat

Hari ni aku jadi “ketua rombongan” merisik untuk adik bongsu aku, Haziq. Sebagai anak lelaki pertama, rasa macam ada tanggungjawab besar nak pastikan semua berjalan lancar. Rombongan kami tak ramai. Aku, isteri, dua anak (Kaka dan Yana), mak, kakak sulung aku dengan anak dia (Amar), dan Haziq si calon pengantin. Total? Tiga kereta je bawak. Destinasi? Rumah keluarga Awin, bakal pengantin perempuan Haziq, kat Paya Jaras, Sungai Buluh, Selangor. Perjalanan dari Sijangkang (rumah mak) lebih kurang sejam, takde lah jauh sangat, tapi cukup lah buat anak-anak aku menggelabah kat belakang. Kami cuma bawak 3 set buah tangan jek, buah, kek secret recipe (sempena besday Awin semalam) dan cincin.

Sampai je depan rumah Awin , terus rasa debar-debar cemas. Famili Awin dah tunggu dengan senyuman. Ramai gila, dalam 20 orang kot! Macam majlis kenduri dah. Ayah Awin ajak kami masuk, dan mulalah sesi “kenal-kenal” santai. Rasa macam ziarah Raya, cuma kali ni mission spesifik: nak jodohkan adik aku! Famili Awin sporting gila, mereka mesra, gelak banyak, dan cerita pasal Awin yang anak bongsu dari tujuh beradik. Kakak dan abang dia semua dah berkeluarga, cuma ada sorang abang dia (28 tahun) yang masih bujang. Aku pun dalam hati, “Alah, mungkin dia next kot lepas Haziq.”

Yang bestnya, sesi perbincangan takdelah formal sangat. Mak aku direct usul, “Lepas merisik ni, terus nikah je. Tak payah bertunang lama-lama.” Aku pun terkejut sikit, tapi nampak dua-dua keluarga setuju. Rancang nak kawinkan mereka sebelum puasa tahun depan, cepat tapi praktikal. Duit majlis? Biar pengantin sendiri urus. Diskusi pun tak lama, setengah jam je, lepas tu… tahap seterusnya: MAKAN!

Fuh, makanan layan gila. Famili Awin hidang macam open house: soto, mihun sup, nasi impit, rendang, dua jenis kek (coklat & pandan), lodeh, kuah kacang, buah potong, lempeng, sambal, baru separuh je aku senaraikan! Aku rasa malu sikit sebab kami disambut meriah sangat. Tapi pepatah Melayu dah mengajar: “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.” Jadi, aku pun “berbahasa” dengan cara habiskan dua pinggan. Anak-anak aku lagi la ghairah. Yana sampai minta tambah kuah kacang!

Sesi makan ni lebih lama dari sesi berbincang dalam sejam lebih. Lepas kenyang, baru la kami mohon diri. Salam-salam semua orang, ucap terima kasih, dan balik masing-masing. Akak aku balik Pantai Dalam, mak dengan Haziq balik Sijangkang, aku pulak bawa family balik Seremban. Dalam kereta, isteri aku gelak cakap, “Seronoknya famili Awin, boleh tahan sporting!” Aku pun setuju. Haziq pun nampak tenang, tapi aku boleh agak dia nervous gak.

Secara jujur, hari ni memang penuh makna. Dari debar-debar sampai kenyang, semuanya berjalan lancar. Harap-harap, perjalanan Haziq dan Awin sampai ke nikah nanti dipermudahkan. Aku sebagai abang pun rasa lega, sebab misi merisik ni berjaya dengan cemerlang dan bonusnya, dapat makan free pulak!

Rumahku Akhirnya Kena Repair Juga – Cerita ‘Survival’ Lawan Angin, Burung, & Tukang!

Dah lama sebenarnya rumah aku ni dalam keadaan “zombie mode” separuh hidup, separuh mati. Bumbung belah tepi dah banyak tercabut, siling pun pecah-pecah macam kertas yang kena remuk. Bukan aku je sebenarnya, seluruh taman ni rasanya kena nasib sama sebab lokasi kami dekat highway. Angin kuat gila, sampai kadang-kadang bunyi whoosh macam dalam movie Twister!

Masalah tambahan? Burung merpati! Diorang ni dah anggap siling rumah aku sebagai “resort 5 bintang”. Setiap malam, ada je bunyi kruk-kruk burung mengeram atas siling. Seram gak dengar, tapi dah jadi background music harian. Sampai satu hari, aku terpikir: Kalau tak repair sekarang, nanti bumbung aku jadi sarang burung sepenuhnya!

Aku dah survey harga repair berbulan-bulan. Ada yang quote RM6,000, gulp! Bajet aku waktu tu cukup-cupak untuk beli barang dapur, apatah lagi nak repair rumah. Tapi rezeki datang tak disangka: terjumpa tukang bernama Amirul dekat Facebook. Dia bagi harga RM3,000 je, termasuk repair bocor waktu hujan! “Alhamdulillah, finally ada yang berpatutan!”

Tapi, plot twist: waktu survey, Amirul minta deposit 50%. Dia datang bertiga, ketua nama Putera, orang Indonesia. Aku punya trust issues naik tahap maximum sebab banyak cerita scam tukang lari. Tapi, nasib baik, lepas bayar deposit, petang tu terus barang sampai. Staging 3 tingkat gitu! “Okay, nampak legit sikit lah ni,” bisik hati.

Aku takde rumah dua hari tu, so diorang kerja free style tanpa pengawasan. Lepas siap, Amirul call mintak baki duit. Aku suruh anak aku (Kaka) ambik gambar. Feedback dia: “Siap, tapi kemas sikit lah. Bumbung parkir kereta masih bocor, lampu dinding tercabut lagi.”

Aku complain pada Amirul, dia janji nak selesaikan. Tapi hati aku soft, terus bayar baki upah. “Yelah, dia dah usaha jugak,” berbisik suara hati yang mudah kena scam.

Esoknya, spoiler alert: orang lain yang datang kemas sisa kerja. Hasilnya? Meh. Tak seberapa kemas, dan bocor tu masih ada. Amirul kata nak datang selesaikan, tapi aku dah low expectations“Chances dia datang? 50:50 lah,” gelak aku dalam hati.

Walaupun ada minor defects, rumah dah nampak lebih selamat. Bumbung tak lagi jadi kelab burung merpati, siling dah tutup, dan angin tak boleh bully rumah aku sewenang-wenangnya. Next mission? Cat dinding yang dah comot macam papan graffiti!

Moral of the story:

  1. Kalau nak repair rumah, prepare bajet + mental (scam alert!).
  2. Burung merpati ni peramah, tapi jadi squatter kalau dibiarkan.
  3. Kadang-kadang, trusting people is a leap of faith, tapi tetap kena check kerja!

P/S: Kalau korang ada contact tukang trusted, boleh recommend? Aku nak cat ni! 😆

Hari Aku Jadi Mekanik “Last Minute” – Kisah Servis Sendiri Toyota Wish Demi Raya

Seremban, Selasa 15 April 25. Awal pagi tu, aku terbangun dengan tekad yang kuat: “Hari ni, aku kena servis kereta!” Sebenarnya, dah lama sangat kereta Hitam ni tak dibelai. Enjin dah mula bunyi macam nenek kebayan batuk waktu subuh, gear pulak sentap-sentap bila tukar “R” ke “D”. Dah la musim raya ni, jalan jauh ke kampung, balik-balik ziarah, tapi kereta masih setia membawa aku, walaupun mungkin sambil merajuk. “Alah, boleh la buat sendiri,” bisik aku, sambil teringat bengkel-bengkel yang asyik penuh setiap kali aku cuba booking. “Frust gila!”

Misi Beli Barang: Shopee Jadi Penyelamat
Aku ni jenis last minute, tapi semalam sempat juga order minyak enjin Petronas dan ATF Toyota original dekat Shopee. “Alhamdulillah, sampai awal!” Minyak enjin tu yang jenis 5W-30. Aku baca-baca forum, orang kata sesuai untuk Wish. ATF pulak, jenama Toyota ATF WS, spesifik untuk gearbox automatik. Bengkel biasa charge RM200-300 untuk servis ni, tapi beli online lebih murah skit, jimat separuh! Tapi, tu lah masalahnya… alat tak cukup.

Hydraulic Jack & Kucing “Supervisor” yang Tak Boleh Dipercayai
Aku pun keluarlah hydraulic jack lama yang beli waktu promo tahun lepas. “Besar juga jasa kau hari ni,” aku ucap pada jack tu siap-siap angkat kereta. SiTam, si kucing comel tapi useless, datang menjenguk. “Ha, kau nak tolong ke?” Aku bagi dia tengok, dia pun duduk sebentar, lalu zoom lari ke dapur, mesti nak makan lagi. “Kerja kau makan je la!”

Sepanjang dua jam tu, aku jadi mekanik part-time. Minyak hitam (engine oil) dulu. Buka bolt bawah enjin, minyak lama keluar warna hitam pekat “Dah memang perlu tukar ni!” Pasang oil filter baru pun drama gak sebab alat tak cukup. Allen key saiz 10 hilang entah ke mana. “Hah?! Mana pergi?!” Aku terpaksa lari ke kedai hardware beli satu set—RM18. “Boleh la, invest untuk future project,” aku cuba positifkan diri.

Gearbox Pun Nak Bebel Pulak
Lepas minyak enjin selesai, giliran ATF gearbox. Aku baca YouTube, kata kena panaskan enjin dulu supaya minyak lama mudah keluar. Aku start kereta, biar lima minit. Buka bolt gearbox—whoosh!—ATF lama warna merah gelap mengalir laju. “Patut la gear sentap, dah macam kopi O!” Aku isi balik ATF baru guna funnel, tapi separuh tertumpah sebab tangan aku shaky“Alah, bodo lah!”

SiTam & Jam 5 Petang yang Lega
Dari jam 3 sampai 5 petang, aku sibuk check level minyak, test drive, pastikan tak ada leak. SiTam muncul balik, kali ni baring-baring bawah kereta sambil pandang aku macam “Dah siap ke?” Aku gelak. “Kau ni supervisor paling teruk!” Tapi puas hati juga, kereta dah senyap, gear dah smooth sikit.

Refleksi Seorang “Mekanik Hari Ahad”
Servis sendiri ni sebenarnya stress gak—kotor, penat, kadang-kadang tak pasti benda yang dibuat betul ke tak. Tapi, ada kepuasan bila dapat jimat duit dan belajar skill baru. Aku pun google banyak pasal torque setting, jenis minyak, dan cara nak buang minyak lama properly. Bengkel mungkin lebih cepat, tapi buat sendiri buatkan aku lebih appreciate kereta ni.

“Next time, mungkin aku try tukar brake pad pulak,” bisik aku, sambil SiTam meow macam setuju, atau mungkin dia cuma lapar lagi. “Dah la, aku beli makan untuk kau gak. Hari ni kau pun ada contribution sikit.”

Dan begitulah ceritanya, seorang geng last minute, satu hydraulic jack, dan seekor kucing yang zero help, berjaya survive satu hari jadi mekanik emergency demi keselamatan musim raya. “Kalau ada masalah lagi, aku cakap sama kau ya, SiTam!” Dia pun blink slow-slow, lalu lari lagi. Typical. 😸

26 Batang Lemang: Dari Pagi Sampai Petang, Penat Tapi Puas

Seremban, Ahad 13 April 25, Pukul 8 pagi, aku dah mula bergerak. Cuaca pagi tu sejuk sikit, angin pun sepoi-sepoi bahasa. Aku ambil parang, jalan ke seberang jalan depan rumah tempat pokok pisang aku hidup dengan subur. “Hari ni kena buat 26 batang lemang guna drum gas,” bisik aku sambil pilih-pilih daun pisang yang cantik. Daun yang lebar-lebar dan hijau tu yang aku cari, sebab nak jadik alas dalam buluh nanti.

Potong daun satu persatu, lap dengan kain basah, pastikan takde debu atau kotoran. “Kalau ada tanah nanti lemang rasa macam makan dengan pasir pulak,” gelak aku sorang-sorang. Lepas tu, potong daun ikut saiz buluh. Benda ni kena sabar, kalau tak, nanti tak cukup nak balut pulut.

Bila dah siap dengan daun, aku ambil buluh-buluh yang aku beli semalam. Sebatang RM1.60 jek. Mahal kan? kalau murah, 60sen jek. haha. Ku basuh sampai bersih, dalam luar, pastikan takde labah-labah atau serangga yang masih ‘tinggal’ dalam tu. Layor daun pisang dengan api.. supaya lembut sikit waktu menggulug nanti. Gulung daun pisang kemas-kemas, masuk dalam buluh, jolok kasi kemas lah. “Kalau tak kemas, nanti santan bocor, habis lemang jadi kering,” ingatkan aku pada diri sendiri.

Pulut yang dah direndam sejam tu ditoskan. Santan segar diperah, campur garam secukup rasa. “Jangan kurang garam, nanti rasa bland macam bubur,” aku berpesan pada diri sambil kacau santan tu. Satu persatu buluh diisi – pulut dulu, kemudian santan sampai ¾ penuh. “Alahai, tangan dah lenguh tapi baru 10 batang je ni,” rintih aku sambil pandang bakul yang masih kosong separuh.

Jam dah menunjukkan pukul 11:30 pagi bila akhirnya semua 26 batang siap diisi. “Alhamdulillah, separuh perjalanan dah selesai,” aku mengeluh lega sambil gosok-gosok belakang yang dah mula rasa lenguh.

Tengah hari tepat, perang dengan api pun bermula. Tong drum gas yang dah dimodifikasi dengan batu bata penyangga tu dah sedia menunggu. Aku nyalakan api besar dulu untuk ‘kejutan panas’ awal. Bunyi whooosh pembakar gas tu buat anak-anak aku yang datang membantu terkejut lompat. “Jangan takut, ni normal je,” aku tenangkan mereka sambil senyum.

Dua jam pertama tu paling kritikal. Aku pusing buluh setiap 30 minit, pastikan yang di tepi tukar ke tengah, yang di tengah ke tepi. “Kena adil, semua mesti dapat panas yang sama,” bisik aku sambil hidung menghidu bau wangi santan yang mula memenuhi udara. Orang rumah aku asyik bertanya. “Lama lagi ke? Lapar ni!” Aku cuma boleh geleng kepala, “Sabarlah, benda baik kena tunggu.”

Pukul 2 petang, aku turunkan api ke sederhana. Beberapa batang lemang di tengah masih keras. “Degil betul ni,” geram aku sambil tambah sikit air panas dekat dasar drum untuk bagi stim tambahan. Peluh dah mula mengalir deras, tapi aku tetap bertahan.

Pukul 3:45 petang, ujian pertama dibuat. Bila buluh pertama dibelah, hati aku berbunga-bunga nampak pulut keemasan yang berkilat tu. “Alhamdulillah, sempurna! kepala lemang berbau harum.. manishh” jerit aku gembira. Satu persatu lemang dikeluarkan. Semua cantek. masak sekata. puas hati. Rasa yang lembut macam kapas di dalam.

Petang tu, bila semua dah siap, aku duduk lesu dekat bangku. Tangan rasa panas, punggung lenguh, tapi puas hati tengok hasil kerja seharian. Anak sulung aku gigit lemang sambil senyum puas, “Ayah, lain kali buat 50 batang boleh? Nak jual depan rumah!” Aku tergelak, “Janganlah, 26 batang ni dah cukup buat ayah nak tidur lena dua hari!”

Yang penting, semua penat lelah tu berbaloi bila tengok keluarga makan dengan selera. Kebetulan, kawan-kawan anak aku datang beraya petang tu. Ramai jugak la. “Memang tak sama dengan yang dijual luar,” kata tetamu aku sambil ambil ulas ketiga. Aku cuma senyum, sambil ingat pesan mak dulu – buat lemang ni bukan sekadar masak, tapi ujian kesabaran dan ketelitian.

Kemudian, hulur la 2 batang ke setiap jiran kiri kanan depan dan blakang umah aku ni. “Masak sendiri ka?” tanya mereka. Aku senyum jek la. haha.

Dan yang paling best? Semua lemang masak sekata, dan abes dimakan. padu!.

#LemangDrumGas #PenatTapiPuas #ResepiTurunTemurun

Pengalaman Menjadi Qari di Majlis Khatam Al-Quran Fakulti

Alhamdulillah, baru-baru ni aku ada pengalaman yang cukup bermakna, dijemput jadi salah seorang qari/pembaca Al-Quran dalam Majlis Khatam Al-Quran peringkat fakulti! Serius, rasa macam dapat penghormatan gila bila dapat jadi antara 15 orang yang dipilih untuk baca Quran depan Dekan, staf, dan rakan-rakan. Majlis ni memang sederhana je, tapi aura dan maknanya besar sangat!

Sebelum hari khatam sebenarnya, aku dan team dari pejabat dah buat persiapan rajin-rajin. Aku jadi ketua group tadarus, dan dalam dua minggu, kami berjaya khatamkan tiga juzuk, dari Juzuk 10 sampai Juzuk 13. Setiap hari kami baca sikit-sikit, pastikan tajwid dan makhraj betul. Kadang-kadang lepas kerja, kami duduk dalam bilik meeting sambil tadarus, serius best bila dapat berkongsi ayat-ayat suci dengan rakan sekerja.

Hari majlis pun tiba! Tempatnya dekat Bilik Kuliah 1, Fakulti Komputeran. Aku datang awal sikit, pastikan semuanya ready. Rasa berdebu sikit sebab ramai yang datang, dalam 40 orang lebih, termasuk Dekan sendiri! Dekan bagi ucapan aluan, tapi bukan ucapan biasa-biasa, dia selitkan tazkirah pendek yang sangat bermakna. Lepas tu, ada juga ustaz jemputan dari Pusat Islam (aku lupa nama dia, tapi mesti orang penting lah!).

Majlis berjalan lancar, dalam sejam je, dari pukul 8:30 sampai 9:30 pagi. Aku dapat giliran baca, dan walaupun ada sikit gugup, Alhamdulillah boleh baca dengan tenang. Suasana khusyuk, semua dengar dengan penuh hormat. Bila selesai, rasa lega dan puas sebab dapat menyumbang dalam majlis yang mulia macam ni.

Yang paling best? Lepas majlis, semua peserta dapat bungkus makanan, pulut kuning dengan rendang! Aduhai, sedap gila! Aku makan kat pejabat sambil recall balik pengalaman pagi tadi. Rasa macam rezeki yang berkat, bukan sekadar makan biasa.

Pengalaman ni buat aku lebih bersyukur dan semangat nak terus istiqamah baca Quran. Walaupun majlisnya tak besar sangat, tapi nilai dan kenangannya tetap melekat kuat. Kalau ada rezeki tahun depan nak join lagi! 😊📖