Hari yang Berbaloi dengan Kerepek Pisang Homemade

Seremban, Ahad 23 Mac 25. Petang itu, matahari agak garang, tapi semangat saya untuk buat kerepek pisang tak goyah-goyah juga. Sebabnya, setandan pisang serendah di belakang rumah dah minta untuk dituai. Kalau lambat sikit, risau pula ada “tangan-tangan ghaib” yang tiba-tiba jadi peminat pisang pula. Jadi, pukul dua petang, dengan semangat “today is productivity day,” saya pun mulalah misi mengubah pisang jadi emas rangup.

Pertama sekali, ptong dan tebang pokok pisang tu. Kemas siap2, pastu mula la misi mengupas. Pisang serendah ni kulitnya tebal dan bergetah sikit, jadi kena lebih sabar. Tapi, sebab dah biasa kononnya, tak sampai setengah jam, semua pisang dah bersih dan siap untuk dihiris. Tapi, masalah timbul bila saya sedar yang penyagat pisang kat rumah entah ke mana. Alahai, memang tak boleh lah guna pisau je. Nanti tak sama ketebalannya, nanti ade yang jadi kerepek, ade yang jadi “kentang goreng.” Jadi, dengan tekad yang kukuh, saya pun terjah Family Mart dekat kedai runcit sebelah rumah. Tak sebelah sangat la. Boleh tahan jugak dalam 2 km jauhnya. Nasib baik, ada satu penyagat pisang jenis lama old school. Yang plastic ropol-ropol dengan mata pisau besi tu. Jenis yang zaman sekolah dulu mak saya pakai. Harganya pun berpatutan, tak sampai pecah duit simpanan.

Balik rumah, terus launch operasi menghiris. Slice, slice, slice. Bunyi penyagat tu macam ada rhythm sendiri. Hirisan pisang jatuh ke dalam besen berisi air garam, direndam sementara menunggu sesi gorengan. Saya letak garam bukan sebab nak ikut resepi viral, tapi sebab nak bagi ada hint of masin time makan nanti. Tak payah lah tabur garam lebat-lebat lepas goreng, kan?

Pukul empat petang, minyak dah panas, dan sesi gorengan pun bermula. Goreng kerepek pisang ni kena saba. Kalau minyak terlalu panas, luar dah hangus, dalam lagi lembut. Jadi, api sederhana je, biar dia rangup perlahan-lahan. Sambil goreng, teringat pula zaman sekolah dulu, mak selalu buat kerepek pisang lepas petang, lalu saya pun tersenyum sorang-sorang. Rupanya, aktiviti simple macam ni pun boleh jadi nostalgia yang manis.

Dua jam berlalu, dan akhirnya, semua hirisan pisang dah bertukar jadi kerepek emas rangup. Hasilnya? Dua bekas tupperware penuh, lebih kurang dua kilogram! Boleh tahan juga, sebab setandan pisang tu takde lah besar sangat. Saya pun cuba satu keping… Crunch! Dah macam yang dijual di kedai, tapi lebih puas hati sebab buat sendiri.

Sebelum simpan, pastikan kerepek tu betul-betul sejuk dulu. Kalau tak, nanti berpeluh dalam bekas, jadi lembik. Saya letak dalam bekas plastik kedap udara, simpan satu untuk family, satu lagi boleh lah bagi jiran-jiran, buat modal baik hati sikit.Ada lebih, bole bawak opis sikit. haha..

Aktiviti petang ini memang berbaloi. Takde yang istimewa sangat, tapi ada kepuasan bila boleh hasilkan sesuatu dengan tangan sendiri. Lepas ni, kalau ada pisang lagi, mungkin boleh cuba buat versi pedas atau manis. Tapi, yang penting—jangan lupa sembunyikan penyagat tu elok-elok. Takut nanti hilang lagi!

Photoshoot Pre-Raya Fakulti Komputeran: 1 Jam, 4 Kumpulan, Segalanya Warna-Warni!

Fakulti Komputeran, Jumaat 21 Mac 25. Hari tu, fakulti kami (Fakulti Komputeran) buat photoshoot pre-Raya sekali! Biasanya dengar orang buat photoshoot keluarga atau couple, tapi kali ni, kami buat versi “staff edition”. Seronok gila, walaupun masa dia cuma sejam je, dari pukul 9 sampai 10 pagi. Tapi dalam tempoh tu, sempat jugak saya habiskan 4 “round” gambar (sebab sy ada 4 geng jek), iaitu geng jawatankuasa pengurusan, geng pejabat pentadbiran, geng staf teknikal, dan sekali dengan semua staff fakulti. Bayangkan, dalam sejam tu, kami kena tukar formasi macam ahli koir yang sedang berlatih, tapi sebenarnya sedang bergaya depan kamera!

Awal-awal lagi, semua dah datang lengkap dengan baju Raya. Ada yang pakai baju kurung moden, baju Melayu songket, kebaya labuh, bahkan ada yang pakai kaftan glamor. Warna-warni lah—macam pelangi jatuh dekat fakulti komputeran nih. Yang lelaki pun tak kurang hebat, ada yang pakai samping matching, ada yang style minimalis tapi tetap nampak elegant. Memang nampak sangat “vibe Raya” dah start walaupun masih belum puasa pun habis lagi.

Round pertama: Geng Jawatankuasa Pentadbiran. Ni lah “the decision-makers” fakulti kami. Gambar diambil dekat depan bangunan utama fakulti. Background dia lawa, sikit-sikit nampak “academic vibe”. Pose pun formal sikit, tapi ada juga yang buat gaya “hands-in-pocket” bagi nampak chill.

Round kedua: Geng Pejabat Pentadbiran. Team ni yang selalu bagi support dekat semua urusan harian. Gambar diambil dekat staf lounge dan jembatan tepi fakulti, dengan pose lebih santai dan senyuman lebih lebar—sebab diorang ni yang selalu bagi semangat kalau kami stress dengan meeting last-minute!

Lepas tu, Geng Staf Teknikal pulak. Team ni memang “unsung heroes” fakulti—kalau projector rosak, komputer hang, dioranglah penyelamat. Gambar diambil dekat student lounge dan corridor staf lounge aras 3, dengan konsep “hepi Raya”. Gaya berbaris, tapi santai. masih mengekalkan budaya etimuran masyarakat Melayu. ewahh.. masih berbaju berkurug dan berbaju Melayu. Kreatif gila lah!

Last sekali, gambar seluruh fakulti. Ni lah moment paling chaotic tapi best. Semua kumpul dekat dataran fakulti, ada yang duduk depan, berduduk belakang, yang tinggi tegak belakang, yang rendah depan. Fotografer pun pening suruh adjust formasi, tapi akhirnya dapat juga gambar yang kemas. Ada yang terkeluar “Eh, saya nampak ke tidak?” sambil ketawa, ada yang last-minute adjust tudung atau sampin. Tapi bila gambar siap, memang semuanya nampak happy dan kompak.

Walaupun cuma sejam, aktiviti ni buat kami rasa lebih dekat sebagai satu “work family”. Lepas photoshoot, ada yang terus balik ke meeting, ada yang sibuk tengok preview gambar sambil gelak-gelak. Yang pasti, gambar-gambar ni nanti bukan sekadar kenangan, tapi juga bukti yang walaupun kami kerja dekat fakulti yang penuh dengan coding dan server, kami tetap boleh bergaya dan meriahkan Raya!

Kalau korang pun ada photoshoot pre-Raya dekat tempat kerja, cerita sikit—seronok tak? 😄🎉

Cerita Santai: Mohon Dana MSNtaja untuk Program STEM Pelajar OKU di Kulai

KRP, Khamis 20 Mac 25. Hai, korang! Lama betul aku tak apply geran komuniti ni. Rasa macam dah ‘out of loop’ sikit. Biasanya dulu dok main dengan geran UNESCO atau RHB, tapi sejak masuk UTM, lebih fokus pada projek dalam kampus. Tapi kali ni, terpaksa juga aku keluar dari comfort zone sebab nak tolong Kelab Riverdale dan Kolej Rahman Putra buat program STEM untuk pelajar Pendidikan Khas (PPKI) di Kulai.

Aku dapat tahu pasal inisiatif baru UTM ni – 1 Kolej 1 Daerah. Basically, setiap kolej kediaman kena buat program komuniti dalam satu daerah. So, Kelab Riverdale (dari Kolej Rahman Putra) pilih Kulai, dan aku pun join lah sebab minat dengan projek STEM. Tapi masalahnya… duit la, bro. Hah lama tak apply funding luar, rasa macam rusty sikit. Tapi, no choice, nak buat baik kan kena usaha.

Jumpa Peluang: Dana MSNtaja dari MOSTI
Aku ternampak peluang ni kat website Pusat Sains Negara. Mereka buka permohonan dana MSNtaja (Minggu Sains Negara) dari 1 hingga 20 Mac 2025. Dana ni diberi oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), khusus untuk program STEM. Aku pun submit proposal untuk program STEM bagi pelajar OKU di Kulai. Sasaran dalam 200 orang je, tapi kalau ikut budget biasa, RM13K tu sebenarnya tak cukup. Tapi, better than nothing, kan?

Kalau korang nak tahu, pelajar OKU ni biasanya kurang dapat exposure aktiviti STEM. Kebanyakan program STEM lebih fokus pada pelajar mainstream. So, kali ni kita nak buat sesuatu yang fun dan hands-on untuk mereka. Aktiviti yang kami plan? Guna tayar terbuang buat pasu bunga! Simple je, tapi ada elemen kitar semula, inovasi, dan geometri.

Backup Plan: Mohon Lagi Dana dari CCIN UTM
RM13K tu kalau ikut standard 200 orang, memang tak cukup. Jadi, aku pun apply lagi dengan Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN) UTM untuk top-up. Harap-harap dapat lah. Kalau tak, kena adjust aktiviti atau cari sponsor lain. Tapi, positive thinking jela.

Yang bestnya, Kelab Riverdale dah set hantar 20 orang sukarelawan untuk program ni. Mereka ni dah ada pengalaman buat program STEM sebelum ni, cuma kali ni audience berbeza—fokus pada pelajar yang ada masalah pembelajaran. So, kita tak perlu reinvent the wheel, just replicate program yang sama dengan approach yang lebih inclusive.

Kenapa Program Ni Penting?
Sebenarnya, aku sendiri baru realize betapa kurangnya peluang untuk pelajar OKU dalam bidang STEM. Bila buat research, ramai yang sebenarnya capable, cuma mungkin cara penyampaian kena adjust. Contohnya, guna lebih banyak aktiviti outdoor, hands-on, dan visual.

Program 2 hari ni bukan setakat nak ajar STEM, tapi juga nak bagi mereka rasa “Hey, aku pun boleh buat ni!”. Kadang-kadang, benda yang simple macam kitar semula tayar jadi pasu bunga pun boleh spark minat diorang pada sains dan kreativiti.

Harapan & Cabaran
Aku harap sangat permohonan dana ni diluluskan. Sebab kalau tak, kena cari alternatif lain, mungkin crowdfunding atau cut cost gila-gila. Tapi, insyaAllah semua akan berjalan lancar.

Yang penting, program ni bukan sekadar one-off event. Kalau berjaya, mungkin boleh jadi annual project untuk kolej-kolej lain under inisiatif 1 Kolej 1 Daerah. Siapa tahu, lepas ni ada lagi pihak yang nak join atau sponsor.

Jadi, doakan lah semoga program STEM untuk pelajar OKU Kulai ni jadi! Kalau ada yang nak contribute idea atau bantuan, boleh je reach out. Kita sama-sama buat perubahan, walaupun kecil. Slow progress is still progress, kan? 😊

(Meh sambung sembang kat komen kalau korang ada pengalaman buat program komuniti juga!)

Woodball? Baru Dengar, Tapi Boleh La!

Harini ada game woodball. Tiba-tiba je pengetua kolej panggil, “Korang berdua, wakil kolej ya untuk pertandingan woodball anjuran PFKK nanti.” Aku dengan Shahrul pun terpinga-pinga. Woodball? Apa tu? Game kayu ke? Bola main dalam hutan ke? Tak tahu pun sebelum ni. Tapi sebab takde orang lain nak volunteer, terpaksa la aku dengan Shahrul jadi mangsa. Hahaha!

Jadi, kami terus join acara regu. Pagi-pagi briefing, terus latihan sikit, lepas tu terus bertanding. Bayangkan, first time pegang kayu woodball, first time pukul bola, undang-undang permainan pun baru tahu pagi tu jugak! Macam mana nak menang ni? Tapi dalam hati cakap, “Alah, main je la, enjoy saja. Yang penting jangan dapat tempat akhir!”

Dengan semangat “last-minute training is better than no training,” kami pun mula la belajar teknik asas. Kayu woodball ni macam golf tapi lebih simple, kot. Ada bola kecil, kena pukul masuk gate dalam least stroke. Tapi sebab kami ni newbie, kadang-kadang pukul kuat sangat, bola terbang jauh. Kadang pukul tak kena, bola bergolek dua centimeter je. Geram gila! Tapi yang best, semua pasukan lain pun nampak macam baru belajar jugak. Ada yang pukul bola sampai masuk longkang, ada yang terpaksa lari kejar bola sebab terlebih kuat. Kelakar gila tengok!

Pasukan kami? Alhamdulillah, walaupun zero pengalaman, dapat juga tempat ke-4 dari 12 pasukan! Tak sangka pun boleh perform macam tu. Kalau ada training 2-3 hari sebelum ni, confirm boleh la juara. Tapi nasib baik la, skill last-minute kami agak power sikit. Hahaha!

Yang bestnya, walaupun takde persiapan, team kami solid gila. Support antara satu sama lain, ketawa sama-sama bila buat salah, dan sorak kuat-kuat bila dapat pukulan yang bagus. Rasa macam dah kenal lama, padahal baru jumpa pagi tu. Kawan-kawan dari kolej lain pun ramai yang friendly, ada yang ajar tips last-minute, ada yang gelakan sama-sama bila buat silap. Memang aura positif sepanjang pertandingan!

Lepas dapat tempat ke-4, rasa macam “Wow, kami ni terror jugak rupanya!” Padahal semalam tak tahu langsung apa itu woodball. Pengetua kolej pun senyum puas, “Baguslah, tak sangka korang boleh perform baik!” Aku dengan Shahrul pun gelak je, “Skill semula jadi, sir!” Padahal dalam hati cakap, “Untung la hari ni bertuah!”

Kalau ada peluang lagi, memang aku nak join balik. Tapi next kali, kena la latih sikit sebelum main. Takkan nak harapkan nasib je kan? Hahaha! Tapi yang penting, pengalaman pertama main woodball ni memang best, takde pressure, semua happy, dapat belajar benda baru, dan yang paling penting, tak jadi tempat akhir!

Kesimpulan? Kadang-kadang, benda yang kita tak plan pun boleh jadi pengalaman paling seru dalam hidup. Yang penting, buat je dulu, enjoy proses, dan siapa tahu, mungkin ada bakat tersembunyi yang kita sendiri tak sedar! 😆

Pengalaman Seronok (Dan Sedikit Stress) Tanam Cili Fertigasi di Kolej Rahman Putra

KRP, Isnin 11 Nov 25. Alamak, kalau nak cerita pasal projek fertigasi cili besar ni, memang ada macam-macam cerita lawak dan stress yang jadi! 😆 Awal-awal lagi, idea nak tanam cili besar guna kaedah fertigasi ni sebenarnya projek individu je. Tapi, last-last jadi projek kumpulan sebab pengetua Kolej Rahman Putra (KRP) mintak tolong. Rupanya dia sibuk nak jaga anak yang sakit, jadi terpaksalah aku dan beberapa orang felo kolej tampil bantu. Tujuan projek ni pun simple je. Nak hasilkan cili besar yang boleh dijual, duitnya masuk tabung majlis felo. Tapi, yang tak disangka, proses buatnya penuh dengan unexpected problems!

Cerita pasal tersalah kira anak benih. Asalnya 120 pokok tapi jadi 300 pokok pulak! Awal-awal beli anak benih cili besar jenis Sakata 461 (ada juga yang kata ia sama je dengan cili Kulai). Aku ingat nak tanam 120 pokok, jadi beli 3 tray anak benih sebab penjual cakap 1 tray ada 50 pokok. Tapi, bila da bawak balik… surprise! 1 tray sebenarnya ada 104 pokok! Terkejut gila, sebab dah bayar RM50 sekotak (murah sebenarnya), tapi sekarang dah lebih 300 anak pokok. Nak buat macam mana? Tanam je lah lebih-lebih ni, kan? Tapi, sebab tak jaga betul-betul, separuh mati layu sendiri. Nasib baik harga per tray anak benih murah, kalau mahal memang meroyan!

Nak dijadikan cerita, peralatan paip asyik la terkurang masa nak pasang. Asyik Balik Kedai. Ni yang paling penat. Setiap kali pasang sistem paip fertigasi, asyik ada je yang tak cukup. Aku dah kira punya, tapi entah macam mana, setiap kali nak siapkan, pasti ada paip, connector, atau elbow yang tertinggal. Dah la kedai hardware jauh sikit, jadi kena berulang-ulang pergi beli. Stress gila! Tapi, lepas beberapa kali trial and error, akhirnya sistem paip pun siap juga.

Motor pam air ni pon satu hal jugak. maklum la, beli kat Shopee. Rupanya salah pasang,. pastu nak salahkan seller plak. Aku beli motor pam air dekat Shopee sebab harga lebih murah daripada kedai hardware. Lepas sampai, terus pasang. Tapi, tetiba motor pam tu tak sedut air langsung. Aku pun mula la rant dalam hati, “Alah, Shopee ni jual barang tak berkualiti lah!” Tapi, rupanya… kawan aku yang salah pasang wayar. Hahaha! Lepas betulkan, barulah pam tu berfungsi dengan elok. Nasib baik tak sempat tulis bad review dekat Shopee, kalau tak malu la pulak.

Untuk tanki air pulak, aku beli dua kali sebab yang pertama terlalu kecil. Aku beli tangki air 70 liter, ingatkan cukup untuk sistem fertigasi 120 pokok cili. Tapi, rupanya dalam 3-4 hari je dah habis air. Jadi, terpaksa la beli tangki baru yang lebih besar, 400 liter. Sekarang ni, boleh tahan untuk seminggu tanpa kena top-up selalu. Lega sikit, tak payah nak check setiap hari.

Baja AB pon ada ceritanya. Dari jenis botol kpd jenis pati besar (jimat kos). Mula-mula beli baja fertigasi dalam botol kecil. Tapi, bila kira kos, ternyata mahal gila kalau nak guna untuk 120 pokok dalam jangka panjang. Jadi, aku cari alternatif dan jumpa kedai pati baja murah dekat Seremban. Beli dalam bekas besar, lebih jimat dan tahan lama.

Sistem ni guna siraman automatik, guna timer. 5 kali sehari. Aku set kan sistem siraman guna timer automatik—5 kali sehari (pagi, tengah hari, petang, lewat petang, dan malam). Ni penting untuk pastikan pokok cili dapat air dan nutrien secukupnya tanpa kering atau terlebih air.

Antara cabaran lain macam paip bocor la, air baja habis la, dan masalah last-minute. Walaupun dah plan elok-elok, tetap je ada masalah yang tak diduga. Contoh:

  • Paip bocor tiba-tiba, jadi kena buat emergency repair.
  • Air dalam tangki habis tanpa sempat isi, jadi pokok cili stress sekejap.
  • Anak pokok mati sebab tak sempat jaga betul-betul.

Tapi, semua ni jadi pengalaman berharga. Setup dari mula sampai siap ambil 2 minggu, lebih lama dari yang dirancang sebab banyak hal unexpected.

So, untuk masa depan, aku plan nak upgrade ke Sistem IoT sepenuhnya. Sekarang ni, aku dan team KRP ada plan nak upgrade sistem fertigasi ke IoT (Internet of Things). Maksudnya, semua sistem siraman, baja, dan kawalan persekitaran boleh dikawal melalui telefon. Kalau jadi, projek ni akan jadi lebih high-tech dan jimat tenaga!

Kesimpulannya, projek ni stress, tapi seronok! Walaupun banyak masalah, projek fertigasi cili besar ni tetap best. Dapat belajar banyak benda baru, kerja team dengan felo KRP, dan yang penting—hasil cili boleh dijual untuk tabung kolej. Kalau ada rezeki, mungkin akan buat lagi projek macam ni dengan improvement yang lebih baik!

Lestarikan Lebaran Anda

Hari Raya Aidilfitri disambut setahun sekali pada 1 Syawal oleh sekalian umat Islam di dunia. Ianya diraikan umat Islam menjalani ibadah Puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. Perayaan ini adalah suatu yang ditunggu² oleh umat Islam sedunia kerana di Malaysia lazimnya, Hari Lebaran ini akan disambut bersama keluarga tersayang dengan disusuli budaya dan tradisi masyarakat Melayu zaman berzaman. Namun begitu, pembudayaan semangat dan jiwa Lestari seolah² dilupakan seketika akibat keterujaan dalam menyambut raya. Jangan kita lupa kesan pembebasan gas karbon yang tidak terkawal, dan pencemaran alam sekitar oleh manusia akan merosakan Bumi yang kita sayangi ini. Mari kita renung kembali, sedikit sebanyak aktiviti Raya yang mampu kita lakukan, dalam masa yang sama ianya membantu dan menyumbang kepada kelestarian alam.

  1. Berjimat Dalam Perbelanjaan

Dalam keghairahan menyambut Syawal yang bakal menjelma, pastinya ramai antara kita yang teruja dalam mempersiap kelengkapan dan persediaan raya. Antaranya adalah pakaian baru, langsir baru, karpet baru, cat rumah baru, perabot baru, hingga ada yg sehingga membeli kenderaan baru semata-mata bagi menyambut Syawal dengan gembira. Membeli itu tidak salah, tapi jangan sampai dilupa antara keperluan dan kemahuan. Kita perlu bijak untuk mengatur perbelanjaan bagi menjamin kelestarian kewangan hidup kita. Tidak perlu mengikut nafsu dengan memenuhi sehala kemahuan diri. Cukup lah sekadar membeli keperluan diri dan keluarga. Sebaiknya, bersederhanalah dalam menyambut Lebaran yang bakal menjelang tiba. Kelengkapan lama yang masih baik lagi, boleh diguna semula. Tidak perlu mengganti semuanya, malah boleh juga diberi kepada mereka yang kurang berkemampuan supaya nikmat Raya dapat dikongsi bersama.

2. Elakkan Pembaziran Makanan

Pagi Raya akan serba tak kena sekiranya Juadah Raya tidak dihidang bersama. Ketupat, rendang, lemang, dodol, antara juadah warisan zaman berzaman yang masih relevan sehingga ke hari ini. Namun begitu, berpada-pada lah dalam menyediakan juadah raya. Elakan menyediakan terlalu banyak menu atau terlalu banyak makanan dalam satu² masa.Pembaziran harus dielakkan, dengan merancang jumlah juadah yang ingin disediakan. Imbangi dan gilirkan lah menu dengan baik, supaya juadah masih boleh disediakan dan dirasai tanpa perlu ada pembaziran akibat tidak habis dimakan. Raya kan sebulan?Sekiranya mengambil makanan pula, ambil lah dengan kuantiti yang sedikit dahulu. Ini bagi mengelakan makanan yang diambil itu tidak habis dimakan. Dalam masa yang sama, boleh beri peluang untuk lebih ramai orang lain menjamah menu yang sama. Sekiranya tidak cukup, maka ambil lah lagi. Ingat, elakan pembaziran.

3. Penggunaan Tenaga Elektrik

Pastinya ramai sanak saudara yang akan berkumpul di kampung. Riuh rendah lah suasana rumah ibu dan ayah kita pada waktu ini dengan pulangnya anak cucu ke kampung halaman, dalam meraikan Lebaran bersama keluarga. Namun jangam dilupa budaya penjimatan elektrik. Selalu matikan perlatan elektrik sekiranya tidak digunakan. Amalkan membasuh pakaian secara maksima untuk setiap kali basuhan. ini dapat menjimatkan penggunaan air dan tenaga elektrik. Dalam menghidupkan suasana malam pada hari Syawal pula, tidak salah untuk menghias rumah dengan lampu warna warni. Namun begitu, sebaiknya hadkan lah masa penggunaan lampu tersebut sehingga tengah malam. Ini sudah memadai berbanding menghidupkan lampu tersebut sepanjang malam. Pertimbangkan juga untuk menggunakan lampu solar yang kini amat mudah didapati dipasaran. Lampu solar ini banyak kelebihannya. Selain ianya menjimatkan elektrik, ianya juga menyokong kepada aktiviti mengurangkan pelepasan gas karbon di udara, dan ini menjamin kepada kelestarian alam sekitar. Zaman dulu², kita cuma pakai pelita minyak tanah sahaja untuk menghiasai suasana malam Raya. Mungkin ianya seronok kalau budaya ini dihidupkn semula. Namun bergantung juga kepada tempat dan keadaan.

4. Pelepasan Tenaga Dari Kenderaan

Budaya ziarah dan mengunjungi antara satu sama lain sememangnya adalah budaya yang diamalkan dari dulu. Hubungan silaturrahim perlu sentiasa dijaga dan dieratkan kembali. Maklumlah, dalam kesibukan kerja sehari², maka pada Hari Raya lah kita dapat meluangkan masa untuk aktiviti ini agar ukhuwah yang ada dapat dikekalkan sepanjang zaman. sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan dan taulan, kalau boleh, semuanya hendak diziarah dan dikunjungi. Rancanglah perjalanan dengan sebaik mungkin. Kurangkan perjalanan yang berulang dan tidak perlu. penggunaan kemderaan yang lebih lama akan melepaskan tenaga dan gas karjon yang lebih banyak, dan ini jelas tidak baik untuk alam sekitar. Ianya juga hanya akan menyebabkan pembaziran menggunaan minyak dan kenderaan sahaja. Sebaliknya, jika perjalanan dirancang dengan baik, ianya juga akan menjimatkan kos, masa, dan tenaga. Sekiranya aktiviti ziarah dibuat secara berkumpulan, maka amat bagus untuk berkongsi kenderaan. Kurangkan juga berkenderaan untuk perjalanan yang dekat², contohnya ziarah rumah jiran tetangga.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti Raya yang boleh kita rancang dan kawal demi untuk menjaga alam sekitar. Contohnya penggunaan beg plastik sewaktu berbelanja Raya, mengawal suhu cuaca panas ketika Raya, dan lain² aktiviti lagi. Apa yang penting adalah kesedaran kita terhadap usaha mengurangkan pencemaran serta kerosakan alam sekitar dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan sewaktu musim Raya. Setiap aktiviti, pasti ada alternatif dan kaedah kawalan nya. Kenapa perlu menjaga alam sekitar? Sebab Bumi ini adalah tempat untuk kita tinggal, dan ianya perlu diwariskan kepada generasi akan datang. Sekian, wasalam.Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

29 Ramadhan 1445H

Satu Lagi Tanggungjawab : Biro Pembangunan & Pembudayaan Ilmu

Persatuan Felo Kolej Kediaman (PFKK) atau dulunya dikenali sebagai Institusi Pembangunan Felo (IPF) adalah sebuah persatuan yang baru sahaja dijenamakan semula bagi memberi nafas baru, sesuai dengan fungsi serta matlamat asal penubuhannya. PFKK melalui Mesyuarat Agung pada 6 Mac 2023 bertempat di Dewan Seri Meranti, Kolej Rahman Putera (KRP) telah melihat perlantikan Majlis Tertinggi baru, serta barisan Ketua Biro yang baru bagi melaksanakan agenda PFKK sepanjang 2024 dan 2025.

Sebanyak 5 jawatan utama iaitu Pengerusi, Timb. Pengerusi, Setiausaha, Timbalan Setiausaha dan Bendahari telah dipertandingkan. Manakala sebanyak 5 lagi jawatan Ketua Biro iaitu Biro Pembangunan & Pembudayaan Ilmu, Biro Komunikasi & Multimedia, Biro Kebajikan, Biro Kerohanian, dan Biro Sukan & Rekreasi juga telah dipertandingkan melalui mesyuarat tahunan tersebut.

Makanya, dengan tidak semena², nama Mohd Hazri telah diundi dan dipertanggungjawabkan utk menerajui Biro Pembangunan & Pembudayaan Ilmu. Tambahan satu lagi tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul dalam memastikan aktiviti pembangunan pelajar dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Fungsi Biro Pembangunan & Pembudayaan Ilmu ini sebenarnya adalah untuk memastikan Felow² yang ada di UTM ini, sentiasa kompeten dan memenuhi kriteria, serta mempunyai cukup kemahiran dan pengetahuan dalam menjalankan fungsi sebagai Felow, dalam usaha membangunkan pelajar di kolej kediaman masing².

Oleh yang demikian, sebelum mengorak langkah dan bergerak lebih jauh, mari kita lihat apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan aktiviti atau agenda pembangunan pelajar itu.

Jadinya, pembangunan pelajar itu termasuklah aktiviti membangunkan kemahiran pelajar dalam aspek seperti yang berikut;

  1. kemahiran kepimpinan
  2. kemahiran komunikasi
  3. kemahiran merancang
  4. kemahiran melaksana program
  5. kemahiran dokumentasi
  6. pembangunan karisma
  7. pembangunan integriti
  8. pembangunan nilai murni, etc.

Maka yg demikian, secara umumnya, semua Felow hendaklah;

  1. sentiasa bertingkahlaku baik, berpakaian kemas, menepati masa, berdaya pimpin,
  2. berpengalaman dalam melaksanakan program, mempunyai asas kemahiran teknikal, mempunyai daya inovasi dan kreativti yang baik
  3. berkarisma, bersikap mengambil berat, penyayang, sopan, menyelesai masalah, aktif, kekal tenang,
  4. cekap mengatur kerja, memahami prosedur dan aturan² mesyuarat
  5. mahir dengan dokumentasi, simpanan data, kertas kerja, laporan, minit mesyuarat,
  6. peka dengan perubahan, berfikiran terbuka, cakna dengan keperluan semasa, menghormati kepelbagaian kaum dan agama,
  7. sentiasa bertanggungjawab kepada stakeholder, fokus,

Setelah dikenalpasti matlamat serta keperluan, maka baru lah Biro Pembangunan & Pembudayaan Ilmu ini mudah untuk bergerak. Perancangan aktiviti perlu dibuat dengan baik demi memastikan kemahiran Felow diperkasa. Dalam masa yang sama juga, pemerkasaan kemahiran ini juga sepatutnya mampu memberi impak kerjaya yang lebih baik kepada Felow itu sendiri.

Cabaran seterusnya adalah menubuhkan jawatankuasa kerja, membuat survey berkenaan keperluan semasa Felow, merangka takwim program selama 2 tahun, melaksana program yang telah dirancang, penilaian impak terhadap program² yang telah dijalankan, dan bermacam lagi.

Selamat berjaya wahai Mohd Hazri..

Keliru Dengan Panggilan Salutasi Kelayakan Profesional?

Salutasi, atau kata panggilan hormat yang disebut mengiringi nama VIP dalam sesebuah majlis rasmi, adalah antara perkara penting yang perlu diambilberat oleh MC dalam mengacarakan sesebuah majlis. Kesalahan menulis, menaip, serta menyebut nama VIP dalam sebuah majlis boleh dianggap sebagai kesalahan besar yang boleh menjejaskan kesempurnaan majlis tersebut. Mungkin ada di antara para jemputan yang tidak berapa kisah sekiranya nama mereka dibaca dengan salah sewaktu majlis, lebih² lagi kepada mereka yang mempunyai nama yg susah dibaca, namun kebanyakan orang akan rasa canggung dan tidak selesa apabila nama mereka tidak disebut dengan tidak betul dalam majlis rasmi. Ini selaras dengan fitrah semulajadi manusia yang mana inginkan kesempurnaan dalam kehidupan mereka.

Disertakan singkatan salutasi bagi kelayakan profesional, serta sebutan yang betul untuk salutasi tersebut. Salutasi bagi kelayakan profesional ini seharusnya TIDAK lagi disusuli dengan perkataan Encik, Puan, Cik.

Ir – Engineer

Sr – Surveyor

Ar – Architect

Ts – Technologist

Gs – Geospatialist

Apa akan berlaku sekiranya nama VIP tidak disebut dengan tidak betul sewaktu majlis rasmi?

  1. wujud suasana canggung (awkward) sepnjg majlis,
  2. MC akan kurang fokus utk bacaan text seterusnya,
  3. VIP akan rasa tidak selesa, dan akan memgganggu emosi spnjg majlis,
  4. sign of disrespect kepada jemputan tersebut,
  5. kebarangkalian untuk wujud lagi kesilapan² lain dalam majlis yg sama adalah tinggi.

Bagaimana caranya untuk mengelakkan kesalahan ini dari berlaku?

  1. text ucapan perlu disemak dahulu sblm program,
  2. MC perlu membaca text ucapan beberapa kali sblm program,
  3. sesi rehearsel,
  4. tentusahkan (double confirm) nama dan salutasi dengan pihak yang berkaitan,
  5. MC melakukan sedikit home study sblm majlis.

Nak Design Sistem Solar DIY?

Ramai tak yang berminat nak buat sistem solar DIY? sistem solar ni byk gunanya tau.. bole jadikan projek isi masa lapang untuk aktiviti luar rumah.. contohnya spt aktiviti berkebun, camping, lampu limpah kawasan tepi rumah, reban ayam, kolam ikan, dan lain-lain. Mungkin ramai yang kata sistem solar ni susah, tapi sebenarnya xd la susah mana nak design kan dia.

Di zaman IT sekarang ni, semua maklumat di hujung jari. Mudah jek kita nak cari ilmu sebenarnya. Lepas da pandai design, mudah juga nak beli dan cari barang-barang solar. Sekarang ni, smua orang beli barang online jek. Disini sy share sedikit ilmu ttg sistem solar yg sy da buat utk tujuan berkebun. Tapi utk jadikan ia lebih mudah, pengiraannya sy tukar sikit kpd sist solar utk tujuan camping la ya..

Langkah 1 : Kenal pasti tujuan projek solar yang hendak direkabentuk

Setiap aplikasi solar yg hendak direkabentuk, pastinya akan mempunyai sistem yg berbeza. Ini disebabkan kerana load atau beban yang nak digunakan itu juga adalah berbeza. Peralatan elektrik yang biasa digunakan untuk sistem solar adalah seperti pam air, lampu, kipas, solenoid valve, sensor, motor, dan lain-lain. Ianya juga bergantung kepada jenis aplikasi penggunaan sistem ini samada ianya nak digunakan dalam bidang pertanian, ternakan, camping, dan lain-lain. Namun, dari segi asas pengiraan dalam merekabentuk sistem ini adalah sama.

Langkah 2 : Mengira jumlah beban maksima

Bagi mengira jumlah beban maksima, peralatan elektrik yg hendak digunakan dalam sistem tersebut hendaklah dikenalpasti terlebih dahulu. Ianya bagi menentukan jumlah kuasa (watt) yang akan digunakan nanti. Asas pengiraannya adalah seperti berikut:

kuasa (W) untuk 1 load x jumlah load x anggaran tempoh penggunaan sehari x anggaran tempoh hari boleh bertahan tanpa cas semula = Total Load (jumlah beban)

Contoh pengiraan bagi penggunaan 4 biji lampu LED yang berkuasa 10W setiap satu, penggunaan sepanjang malam bermula jam 7.00 petang hingga jam 7.00 pagi, dan boleh bertahan selama 3 hari tanpa cas semula. Sistem ini adalah bagi tujuan aktiviti camping. Maka pengiraannya adalah:

10W x 4 unit x 12 jam x 3 hari = 1,440W

Oleh yang demikian, jumlah beban maksima untuk sistem ini adalah 1,440W.

Langkah 3: Mengira anggaran saiz bateri yang sesuai

Teknik mengira anggaran saiz bateri yang sesuai pula adalah seperti berikut:

Total load ÷ saiz Volt bateri yang ingin digunakan = Ah bateri + 20% = Anggaran Ah bateri yang sesuai

Tambahan 20% adalah kerana mengambilkira bahawa tahap kecekapan bateri hanya sekitar 80% sahaja dari spesifikasi yang dinyatakan oleh pembekal.

Sekiranya mengambil contoh beban maksima dari rekabentuk sistem solar untuk tujuan aktiviti camping tadi, maka pengiraan anggaran saiz bateri yang sesuai untuk digunakan adalah seperti berikut:

1,440W ÷ 12V = 120Ah + 20% = 144Ah

Maka yang demikian, saiz anggaran bateri yang sesuai digunakan bagi sistem ini adalah bateri yang bersaiz minima 144Ah. Walaubagaimanapun, saiz bateri terhampir yang berada di pasaran adalah bersaiz 150Ah.

Langkah 4: mengira anggaran saiz panel solar yang sesuai

Akhir sekali, adalah macam mana nak tentukan saiz panel solar yang sesuai. Caranya mudah sahaja.

Saiz Volt bateri yang digunakan x saiz bateri yang digunakan ÷ tempoh cas bateri (optimum sun hour).

Dengan mengambilkira saiz Volt bateri adalah 12V dan purata tempoh mengecas setiap hari (optimum sun hour) sekitar 4 jam, maka pengiraan nya adalah seperti berikut.

12V x 150Ah ÷ 4 jam (optimum sun hour) ÷ 3 hari (tempoh bateri bertahan tanpa cas)

1,800Wh ÷ 4jam ÷ 3 hari = 150W

Kesimpulannya, untuk sistem ini, penggunaan 4 unit lampu LED berkuasa 10W setiap satu, digunakan 12 jam setiap hari dan mampu bertahan selama 3 hari tanpa cas, memerlukan bateri bersaiz 12VDC, 150Ah dan panel PV minimum 150W.

Maka, selesai lah sudah aktiviti merekabentuk sebuah sistem solar yang mudah. Pengiraan ini sesuai untuk sistem-sistem yg mudah sahaja, sbb ia tak mengambilkira beberapa faktor yang lain spt tahap kecekapan peralatan, spesifikasi sebenar bateri dan solar panel, beban lain yang tersembunyi seperti rintangan kabel, BMS, penggunaan Inverter dan lain-lain lagi.

Bila da design, lepas ni tinggal beli jek peralatan tu kat online. mudah kan..? Selamat mencuba!!

Suka bertangguh dan berlengah dalam kerja??

Siapa tahu, apa maksud PROCRASTINATION?? ha.. saspen kan.. oke, korang baca dulu apa yg aku nak tulis ni..

Harini aku nak sembang pasal satu sikap negatif yang perlu kita semua elak dalam rutin kerja seharian. sikap negatif ni adalah sikap suka bertangguh dan berlengah-lengah dalam melaksanakan suatu task atau tugasan kerja yang diamanahkan kepada kita. Sebenarnya, sikap ni mmg ada dalam setiap diri manusia, termasuk la aku sendiri. Cumanya, kita perlu kawal la sikap ni, suoaya ia x memakan diri. Fitrah manusia, sukakan kebaikan dan sifat-sifat mahmudah.. tapi fitrah manusia juga utk suka menangguh dan berlengah dalam melakukan kerja dan tugasan yang tak menepati dengan selera kita.. haa.. kan da dapat satu sebab, kenapa orang suka bertangguh.. kan? nnt aku cerita lagi, apa antara faktor manusia suka bertangguh-tangguh dalam kerja..

Sikap suka bertangguh ni sebenarnya memberi kesan buruk bukan kepada diri sndiri jek, tapi juga kepada ramai orang sekeliling kita. Kita cuba banyangkan kesan terhadap diri kita dulu ya.. bila kita bertangguh, ada kebarangkalian kerja yang kita perlu buat tu tidak akan selesai akhirnya nnt. bila kerja xselesai, hati xtenang.. asik kena tnya dalam meeting nnt.. apa progress..? kan da susah nak jawab.. pastu, diberi plak lain tugasan.. bertangguh lagi.. xsiap lagi.. apa jadi.. kerja berlambak xsiap.. akhirnya, terus malas nak buat.. sbb stress byk sgt kerja xsiap.. bukan xbole atau xmampu nak buat sbnrnya.. tapi sbb sikap yg suka bertangguh dan berlengah2..

Bos kita plak, akan pandang rendah la kat kita.. sbb bila diberi tugasan jek, xsiap.. bos plak pening nak pikir apa nak buat.. tugasan yang diberi, semakin lama semakin kurang dan mudah.. kalau da sampi tahap mcm ni, masih bertangguh lagi, hurm.. susah la nak cakap apa.. kena g kaunseling agaknya.. bila sampai tahap bos bg kerja yg mudah dan kurang, maka kita sptnya tahu yg peluang utk kemajuan carrier path kita pon da semakin kurang.. sbb persepsi majikan terhadap mutu kerja kita da semakin berkurang.. bos akan fokus kpd kwn lain yg lebih komited berbanding kita..

kesan terhadap rakan sekerja plak.. rakan akan bengang la dengan kita.. sbb tugasan yg kita tangguhkan itu, sebenarnya akan terkait dengan tugasan mereka jgak.. sebab apa? sebab kita ni bekerja dalam organisasi.. setipa orang punya peranan masing-masing… macam kita main bola, sorang kena red card, maka yg lain kena struggle lebih sikit.. utk tampung manpower yang kurang tu.. lebih teruk lagi bila tugasan yg kita xbuat tu, dipindahkan plak ke bahu kawan sekerja yang lain.. lagi la diorang menyirap jek tgk kita nnt..

siapa lagi yg terkesan dengan sikap berlengah-lengah ni..? stakeholder.. klu kita kerja bahagian admin, proses gaji orang, maka sikap yg bertangguh ni silap2 haribulan, ada kawan kita yg xdapat gaji nanti.. sangat parah la klu jadi smpi mcm ni.. klu stakeholder kita pelajar, maka grade pelajar akan menurun.. kesejahteraan pelajar akan terjejas.. keseronokan pelajar dalam mencari ilmu akan berkurang.. dan bermacam lagi la..

maknanya, tengok siapa audience kita la… lain audience, maka lain kesannya.. tapi yang pasti, audience atau stakeholder kita pasti akan terkesan teruk akibat sikap berlengah dan bertangguh dalam melakukan rutin kerja harian..

Oke, seterusnya kita tgk pula 2,3 faktor yg menyebabkan seseorang tu suka bertangguh dalam kerja harian mereka.. yang pertama adalah mungkin disebabkan tugasan yang diberi itu, bukan bidang dan tidak digemari oleh kita.. memang susah sbnarnya kita nk buat benda yg kita xsuka dan xtahu.. kita bidang IT, disuruh plak repair kereta.. kan..? jadi mungkin sebab tu la kerja tu tertangguh dan akhirnya xsiap. tapi ini mmg lumrah dalam persekitaran kerja sebenar. semua orang dianggap multi skill.. jadi, nak xnak, kena la siapkan diri juga dengan sikit ilmu dari bidang berlainan. kalu xtahu langsung, susah juga nk survive nnt.

seterusnya mungkin disebabkan oleh matlamat arahan yang tidak jelas. bos kena brief detail apa yng perlu dibuat oleh staf ni. memang ada orang-orang yang perlu diberi penjelasan terperinci dalam nak menjalankan tugas. dah la bagi arahan xjelas, staf pulak jenis introvert.. maka tertangguh2 la kerja yang disuruh buat tu.. akhirnya xsiap.. si staf plak malu dan xmampu nak bertanya2 pada kwn2 sebelah.. klu tanya, mungkin boleh dapat jawapan mcm mana nak buat tugasan yg disuruh tu.. ni pon masalah negara jgak.. introvert.. huhu..

lagi, mungkin sikap bertangguh dan berlengah ni disebabkan oleh perasaan takut gagal dan takutkan perubahan.. maknanya ada kalangan kita yg memang suka berada dalam zon selesa, dan tak suka cabaran. takut gagal akan menyebabkan reputasi kita tercalar.. yela, selalu perform jek dalam kerja, ttba bila dibagi tugasan yg mencabar sikit, terus xbuat.. sbb takut gagal.. klu berjaya pulak, nnt bos asik suruh kita jek buat tugasan yg macam tu.. terus bertukar plak lifestyle kkerja harian nnt.. xbest la katanya.. sbb mmg suka dan dah terbiasa duduk dalam zon selsesa..

orait.. banyak dah tu sembang.. aku da cerita sikit pasal kesan dan siapa yang terlibat kalau kita suka bertangguh.. dan aku da cerita sikit pasal faktor yg menyebabkan seseorang tu suka bertangguh.. cuma aku xcerita pasal, apa tips2 yang perlu kita buat utk elakan perasaan suka bertangguh tu hadir dalam diri kita.. yg tu korang pandai2 la cari sendiri ya.. tak pon nnt aku tulis lagi dalam cerita yang akan datang..

smoga tulisan kali ni ada menfaatnya buat semua.. jgn sampai sikap ni ada dalam diri kita.. sebab ini adalah sikap mazmumah, dan xdisukai oleh orang lain.. tq semua, jumpa lagi!! bai..