Program Bicara Belia Tentang Simenfero

Projek pemindahan ilmu yang berteraskan kepada teknologi simenfero ini telah dilaksanakan pada 26 Ogos dan 2 September 2020 yang lalu. Namun apa yang menjadikan program kali ini lebih unik dan istimewa adalah, ianya dilakukan secara atas talian menggunakan konsep webinar. Ini berikutan krisis Pandemik Covid-19 yang mana telah membataskan pergerakan masyarakat umum.

Komuniti sasaran adalah peserta atas talian. Program dilaksanakan menggunakan platform Facebook dan aplikasi Streamyard. Oleh itu, program ini sekaligus dapat memberi pengalaman yang mendalam kepada pengendali program dalam melaksanakan program atas talian, serta isi kandungan dan pendekatan program yang perlu disesuaikan mengikut keadaan.

Program dikendalikan oleh seorang pensyarah dan seorang pengajar. Malah turut dibantu dengan penglibatan 29 orang pelajar Diploma UTM KL dari pelbagai bidang dan latar belakang.

Program dilaksanakan dalam dua sesi. Sesi pertama dilaksanakan pada Rabu, 26 Ogos 20 dan tema untuk sesi pertama ini adalah Produk Simenfero Berasaskan Landskap. Seramai lima orang penyampai dan seorang moderator telah berhadapan dengan peserta secara live. Tajuk yang telah dibentangkan adalah Laluan Pejalan Kaki, Rak Pasu Bunga, Pasu Bunga, Cendawan Hiasan, dan Kerusi Taman.

Manakala sesi yang kedua pula dilaksanakan pada Rabu, 2 September 2020. Tema untuk sesi kedua ini pula adalah Produk Simenfero Yang Berlandaskan Bukan Landskap. Seramai empat orang penyampai dan seorang moderator telah berhadapan dengan peserta secara live. Tajuk yang telah dibentangkan pula adalah Rak Kasut, Tab Mandi Burung, Meja Kopi, dan Tempat Abu Rokok.

Program sesi pertama telah menarik peserta seramai 150 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat manakala untuk sesi kedua pula, hanya mampu menarik seramaii 30 orang peserta sahaja.

Kedua-dua sesi berlangsung selama satu jam sahaja, tidak termasuk sesi QNA dari pada peserta program. Semua peserta diberikan e-sijil secara otomatik melalui sistem pendaftaran yang telah dibangunkan oleh pelajar.

Rakaman Program Bicara Belia Tentang Simenfero (Siri 2)

SESI FB LIVE (E-FORUM) BERTAJUK : BICARA BELIA TENTANG SIMENFERO (SIRI 2)
TARIKH : 2/9/2020 (RABU)
MASA : 2:30 – 3:30 PETANG

Rakaman Program Bicara Belia Tentang Simenfero (Siri 1)

SESI FB LIVE (E-FORUM) BERTAJUK : BICARA BELIA TENTANG SIMENFERO
TARIKH : 26/8/2020 (RABU)
MASA : 2:30 – 3:30 PETANG

Program Landskap Simenfero Bersama Komuniti

Projek pemindahan ilmu yang berteraskan kepada teknologi simenfero ini telah dilaksanakan pada 15 dan 16 Februari 2020 bertempat di Dewan Komuniti Taman Desa Segambut Kuala Lumpur. Program dibantu dengan penglibatan 22 orang pelajar Diploma UTM KL dari pelbagai bidang dan latar belakang. Peserta program seramai 20 orang adalah terdiri dari golongan B40 serta komuniti sekitar Segambut.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Antara lain yang turut hadir ialah Dr. Abdul Basir Bin Kunhimohamed, selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 5, Ir. Dr. Pauziah Binti Muhamad, selaku Pengarah Hal Ehwal Mahasiswa UTM Kuala Lumpur, Profesor Dr. Mohd Shafry Bin Mohd Rahim, selaku Pengerusi Pejabat Pengajian Prasiswazah UTM Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr. Aznah Binti Nor Anuar, selaku Timbalan Pengarah Pusat Jaringan Komuniti & Industri UTM Kuala Lumpur, Profesor Madya Zainudin Bin Abdul Razak, Penyelaras Program Kursus Kokurikulum Diploma Pusat Kursus Dan Pembelajaran Servis UTM Kuala Lumpur dan Puan Nik Maria Binti Nik Mahamood, Pengurus Besar PPD SPACE, UTM.

Rakan kerjasama yang terlibat dalam program ini adalah pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jawatankuasa Surau Taman Desa Segambut, Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 5, Segambut serta Pejabat Parlimen Segambut

Program Simenfero Jambatan Ukhuwah Masyarakat

Hulu Langat 7 & 8 September 2019 – Selaras dengan usaha membudayakan semangat kesukarelawan berasaskan ilmu serta menggalakkan libatsama komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran, Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) sekali lagi bergerak aktif untuk menganjurkan program ‘UTM Community Engagement’ – Pembelajaran Servis Simenfero. Kali ini CCSL telah berkerjasama dengan Komuniti Dusun Tua bagi menjayakan program tersebut. Ianya dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukuhkan budaya kesukarelawan berasaskan ilmu serta usaha libatsama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komuniti.

Program perkongsian ilmu ini diketuai oleh Profesor Madya Zainudin bin Abdul Razak, Penyelaras Pembelajaran Servis Kursus Kokurikulum (CCSL) dan Ts. Mohd Hazri Bin Ishak, Penolong Pensyarah selaku penasihat program dibantu oleh 2 orang staf dan 30 orang pelajar diploma UTMKL selaku fasilitator. Mereka telah mengajar dan membantu peserta dalam menghasilkan 4 set meja dan bangku simenfero untuk kegunaan Kompleks Penghulu Batu 14, dimana program tersebut dilaksanakan. Program ini telah disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pesara kerajaan, suri rumah, serta orang awam.

Di akhir program ini, majlis penutupan telah dirasmikan oleh En Amran bin Ahmad, selaku Ketua Kampung Sungai Tekali dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta yang menghadiri program ini dengan jayanya.

Montaj Program Simenfero Inovasi 2020

Program Simenfero ‘Inovasi 2020’ ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar dari kursus Simenfero UKQA 2032 Semester 2 Sesi 2018/2019 dengan kerjasama JKKK Dusun Tua, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1.

Program ini telah dilaksanakan pada 26 dan 27 Januari 2019 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tempat program dilaksanakan ialah di Balai Raya Batu 15 Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

Peserta program seramai 40 orng terdiri daripada masyarakat serta penduduk kampung Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

Montaj Program Teknologi Yang Terpendam

Hulu Langat 15 & 16 September 2018 – Selaras dengan usaha membudayakan semangat kesukarelawan berasaskan ilmu serta menggalakkan libatsama komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran, Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) sekali lagi bergerak aktif untuk menganjurkan program ‘UTM Community Engagement’ – Pembelajaran Servis Simenfero. Kali ini CCSL telah berkerjasama dengan Komuniti Dusun Tua bagi menjayakan program tersebut. Ianya dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukuhkan budaya kesukarelawan berasaskan ilmu serta usaha libatsama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komuniti.

Program perkongsian ilmu ini diketuai oleh Encik Aminudin bin Ali, Penyelaras Pembelajaran Servis Kursus Kokurikulum (CCSL) dan Encik Mohd Hazri Bin Ishak, Penolong Pensyarah selaku penasihat program dibantu oleh 6 orang staf dan 24 orang pelajar diploma UTMKL selaku fasilitator. Mereka telah mengajar dan membantu peserta dalam menghasilkan 4 set meja dan bangku simenfero, 5 buah planter box serta sebuah papan tanda untuk kegunaan Balai Raya, lokasi program tersebut. Program ini telah disertai oleh 52 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Antaranya, ada dari kalangan staf Malaysian Integrated Business Collage (MIB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pelajar dari PERKID, pesara kerajaan, serta orang awam.

Di akhir program ini, majlis penutupan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, YB Tuan Edry Faizal bin Eddy Yusof di Balai Raya Batu 16, Kg. Dusun Tua. Sebelum itu, YB Dusun Tua juga turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta yang menghadiri program ini dengan jayanya.

Montaj Program Rekabentuk Laman Landskap, Pameran, dan Demonstrasi Teknologi Berasaskan Simenfero

Program Pembelajaran Servis yang bertajuk Pameran dan Demonstrasi Teknologi Simenfero ini telah dilaksanakan pada 16 Disember 2017 bertempat di Padang UTM KL dan program kedua bertajuk Rekabentuk Laman Landskap Berasaskan Teknologi Simenfero telah dilaksanakan pada 27 Januari 2018, bertempat di SK Sentul (1), Kuala Lumpur anjuran mahasiswa dan mahasiswi UKQA 2032 Simenfero.