Noteworthy Projects

Program STEM – SK Batu Muda pada 1 Ogos, 2018 @ 2pm – 5pm

RG HuCKM telah dijemput untuk mengendalikan satu slot Program STEM di Sekolah Kebangsaan Batu Muda pada 1 Ogos 2018. Peserta yang terlibat ialah pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 seramai 300 orang.

Program dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Maslin Masrom yang bertajuk ‘Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Gunakan secara sihat dan selamat’ dan disusuli dengan aktiviti bersama pelajar.

Objektif program ini adalah untuk berkongsi maklumat dan memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan alatan teknologi dan juga teknologi maklumat dengan cara sihat dan selamat.

PROGRAM BORDERLESS THINKING 

Program Borderless Thinking adalah program libatsama komuniti yang dianjurkan oleh kumpulan penyelidikan Human Capital and Knowledge Management (HuCKM), UTM dengan kerjasama Kolej Vokasional Gombak (KVG). Ia merupakan projek untuk tempoh setahun dibiayai melalui Geran Penyelidikan Tier 2. Peserta program adalah pensyarah-pensyarah KVG.

Program ini diadakan dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran ahli HuCKM dalam membina  modal insan yang kreatif dan berkeupayaan untuk berinovasi bagi meningkatkan prestasi organisasi.

PROGRAM BORDERLESS THINKING : BENGKEL INTERVENSI 

Di peringkat kedua, satu bengkel intervensi telah diadakan pada 9 Ogos 2017, di UTM Kuala Lumpur. Semasa bengkel ini wakil dari setiap kumpulan telah membincang dan membentangkan kemajuan, halangan dan kaedah penambahbaikan projek bersama-sama ahli HuCKM.

Taklimat Bengkel

Bengkel Intervensi

Pembentangan