Human Capital and Knowledge Management Research Group (HuCKM) aims to investigate the role and strategy of effective human capital development in developing knowledge workers. Studies will involve both public and industry sectors using both qualitative and quantitative research methodology. The findings of study may contribute to the body of knowledge (i.e. human capital and knowledge management) as well as to the human resource practitioners and organization as a whole.
HUcKM Activities
ACTIVITIES : 2018
Hands-on Workshop: Mediation, Moderation and Multi-group Analysis using Smart PLS
Satu bengkel ‘Hands-on Workshop: Mediation, Moderation and Multi-group Analysis using Smart PLS’ telah diadakan pada 11 Disember 2018.
Bengkel diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan, menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran pelajar, pensyarah dan penyelidik berkenaan mediation, moderation, and multi-group analysis menggunakan Smart PLS yang boleh digunakan dalam penyelidikan dan penerbitan jurnal berindeks.
Penceramah adalah Dr Abdelsalam Busalim.
Task force Pertandingan Poster sempena Razak Faculty Research Week 2018
Kumpulan penyelidikan HuCKM telah dilantik sebagai task force mengendalikan Pertandingan Poster sempena Razak Faculty Research Week 2018.
Pertandingan terbuka kepada pelajar-pelajar pasca siswazah Fakulti Razak dan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu penyelidikan peringkat PhD dan penyelidikan peringkat Sarjana.
Seramai 38 pelajar telah mengambil bahagian. Pertandingan diadili oleh staf akademik Fakulti Razak.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Pembentangan Cadangan Penyelidikan Geran TDR
Satu cadangan penyelidikan bagi memohon Geran TDR, kolaborasi antara HuCKM dan M-Protech, telah dibentangkan oleh PM Dr Nik Hasnaa mewakili HuCKM dan Dr Nurazean dari M-Protech pada 20 September 2018.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Pembentangan Cadangan Penyelidikan di Malaysian Productivity Centre (MPC)
Satu Cadangan Penyelidikan dari RG HuCKM yang diketuai oleh Prof Madya Dr Maslin yang bertajuk ‘An Identity Theft Victimization Predictive Application for Increasing Productivity in Banking Industry’ bagi memohon geran penyelidikan dari Malaysian Productivity Centre (MPC) telah terpilih untuk penilaian peringkat ke dua, iaitu pembentangan cadangan penyelidikan.
Beberapa ahli HuCKM telah hadir ke sesi pembentangan yang diadakan pada 1 September 2018 di Pejabat MPC Petaling Jaya.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Bengkel Penyediaan Proposal Geran Transdisiplinari (TDR)
Satu Bengkel Penyediaan Proposal Geran Transdisiplinari (TDR) 1/2018 telah diadakan seperti berikut:
Tarikh : 16/8/18 (Khamis)
Masa : 9.00 pg – 3.30 ptg
Tempat Aras 12, AHIBS, Menara Razak
RG HuCKM diwakili oleh PM Dr Nik Hasnaa, Dr Wan Normeza dan Dr Nor Raihana.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Program STEM – SK Batu Muda pada 1 Ogos, 2018 @ 2pm – 5pm
RG HuCKM telah dijemput untuk mengendalikan satu slot Program STEM di Sekolah Kebangsaan Batu Muda pada 1 Ogos 2018. Peserta yang terlibat ialah pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 seramai 300 orang.
Program dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Maslin Masrom yang bertajuk ‘Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Gunakan secara sihat dan selamat’ dan disusuli dengan aktiviti bersama pelajar.
Objektif program ini adalah untuk berkongsi maklumat dan memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan alatan teknologi dan juga teknologi maklumat dengan cara sihat dan selamat.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK
Bengkel telah diadakan pada 21 Februari 2018 di Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.
TAKLIMAT REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) INSKEN
Ahli HuCKM telah menghadiri taklimat Request for Proposal yang dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) di Auditorium,Malaysian Global Innovation & Creativity Centre: MaGIC, Cyberjaya pada 2 Mac 2018.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
BENGKEL PENULISAN COMMUNITY ENGAGEMENT PROGRAMME
Satu bengkel penulisan laporan Community Engagement Programme telah diadakan pada 25 Januari 2018 di BATC, UTM Kuala Lumpur. Matlamat bengkel ini adalah untuk membantu panel penyelidik HuCKM UTM Razak School dalam menyediakan laporan Community Engagement bagi projek Borderless Thinking yang telah dijalankan bersama pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional Gombak, Selangor. Laporan lengkap akan dihasilkan mengikut kriteria penarafan bintang yang ditetapkan oleh pihak Centre for Community and Industry Network (CCIN) dan akan dihantar untuk penilaian pihak CCIN. Fasilitator bengkel ialah Pn Ramona Abdul Rahman dari CCIN.
Aktiviti : 2017
PROGRAM BORDERLESS THINKING
Program Borderless Thinking adalah program libatsama komuniti yang dianjurkan oleh kumpulan penyelidikan Human Capital and Knowledge Management (HuCKM), UTM dengan kerjasama Kolej Vokasional Gombak (KVG). Ia merupakan projek untuk tempoh setahun dibiayai melalui Geran Penyelidikan Tier 2. Peserta program adalah pensyarah-pensyarah KVG. Program ini diadakan dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran ahli HuCKM dalam membina modal insan yang kreatif dan berkeupayaan untuk berinovasi bagi meningkatkan prestasi organisasi. |
PROGRAM BORDERLESS THINKING : BENGKEL INTERVENSI
Di peringkat kedua, satu bengkel intervensi telah diadakan pada 9 Ogos 2017, di UTM Kuala Lumpur. Semasa bengkel ini wakil dari setiap kumpulan telah membincang dan membentangkan kemajuan, halangan dan kaedah penambahbaikan projek bersama-sama ahli HuCKM. Taklimat Bengkel Bengkel Intervensi Pembentangan |
3rd ICHCKM 2017 was jointly held with SUDLiC and SustaIN under the UTM Razak School International Conference on Advanced Technology (UTMRS-ICAT 2017) on 10th October 2017 at Renaissance Kuala Lumpur Hotel
ICHCKM 2017 was succesfully organised with the collaboration of Intitut Teknologi Bandung (ITB) and Naresuan University, Thailand. |
HUcKM Activiti : 2020