Sem 2 Sesi 2020/2021 Program Diploma Bermula 30 November 2020

Hari ini, Isnin 30 November 2020 bermula Semester 2 Sesi 2020/2021 bagi Program Diploma UTM Kuala Lumpur. Kami di Akademi Tamadun Islam, FSSH Kuala Lumpur menawarkan satu kursus sahaja iaitu kohort baharu UHIT 1022 atau kohor lama UICD 1032 Sains, Teknologi dan Manusia (STM).

Semester ini sebanyak 8 seksyen ditawarkan kepada pelajar dengan 6 seksyen di kampus Kuala Lumpur dan dua seksyen di kampus Johor Bahru.

Semester ini saya ditugaskan mengajar dua seksyen iaitu Seksyen 01 Pusat Kuala Lumpur dan Seksyen 08 Pusat Johor Bahru.

Kelas bagi Seksyen 01 Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi hari Jumaat manakala bagi Seksyen 08 Johor Bahru pula kepas pada jam 2.00 petang hari Khamis.

Oleh kerana Pengajian Pengajian Diploma (PPD) di bawah pentadbiran UTM SPACE, maka kami para pensyarah yang mengajar kursus umum juga turut disarankan menggunakan aplikasi BlackBoard (BB) untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Sejak menggunakan BB sebagai medium utama PdP mulai semester 2 sesi 2019/2020 yang lepas, alhamdulillah kami para pensyarah ATI KL dan saya sendiri khususnya dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Ia memudahkan kami mendokumentasikan bahan pentaksiran pelajar berbanding dengan sistem dan aplikasi lain.

Semoga PdP kursus STM bagi sem 2 ni dapat berjalan dengan lancar.

NMZ, Penyelaras STM

Kesuma Lakes.

Sem 1 Sesi 2020/2021 Ijazah Bermula

Semester 1 Sesi 2020/2021 bagi Program Ijazah Sarjana Muda di UTM Kampus Lumpur bermula pada 20 Oktober 2020. Semester ini saya ditugaskan untuk mengajar kursus baharu iaitu UHIS 1022 Falsafah dan Isu-Isu Semasa bagi Seksyen J3 dan Seksyen J6, dan Kursus UHIT 2032 / UICL 2302 Pemikiran Sains dan Teknologi bagi Seksyen J3 kepada pelajar-pelajar di MJIIT.

KURSUS UHIS 1022 FALSAFAH DAN ISU-ISU SEMASA

Seksyen J3 adalah pelajar Malaysia dan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dijalankan dalam bahasa Melayu, manakala Seksyen J6 adalah pelajar antarabangsa dan PdP dijalankan menggunakan medium bahasa Inggeris.

Gambar Kelas Seksyen J3 pada Week 1 PdP, Rabu, jam 9.00 – 11.00 am, 23 Oktober 2020

Gambar Kelas Seksyen J6 pada Week 2, Selasa, jam 5.00-7.00 pm, 27 Oktober 2020

Kelas bagi Seksyen J6 pelajar antarabangsa diadakan pada jam 5.00 petang kerana ramai pelajar masih berada di negara masing-masing seperti di Indonesia, Bangladesh, India, China, Somalia, Libya, UAE dan lain-lain.

Seramai 18 orang pelajar mengikuti PdP kursus Philo ini menerusi aplikasi Webex.

Sementara bagi Seksyen J3 pula seramai 23 orang pelajar Malaysia mengikuti kursus ini, juga menerusi aplikasi Webex.

KURSUS UHIT 2032 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI (PST)

Bagi kursus UHIT 2302 Pemikiran Sains dan Teknologi (PST) pula, pada asalnya seksyen ini terdiri daripada para pelajar tempatan dan antarabangsa. Untuk memudahkan proses PdP pihak ATI FSSH Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk membuka seksyen baharu bagi pelajar antarabangsa dan ia dikendalikan oleh Dr Siti Suhaila Ihwani dan Datuk Dr Norhafizah Musa. Akhirnya dari bilangan yang ramai, tinggallah empat orang sahaja pelajar Malaysia, iaitu seorang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan yang mengikuti kursus PST Seksyen J3 ini pada setiap hari Khamis, jam 10.00 pagi.

Kelas PST pada Week 1, Khamis, 22 Oktober 2020

Senarai Kehadiran Pelajar

Dengan jumlah yang agak kecil, saya selaku pensyarah kursus dan juga para pelajar tidak mudah mengalah dan kurang semangat untuk meneruskan sesi perkuliahan. Alhamdulillah, ia tetap berjalan seperti biasa.

NMZ

Kesuma Lakes, 43700 Beranang, Selangor