Sem 1 Sesi 2020/2021 Ijazah Bermula

Semester 1 Sesi 2020/2021 bagi Program Ijazah Sarjana Muda di UTM Kampus Lumpur bermula pada 20 Oktober 2020. Semester ini saya ditugaskan untuk mengajar kursus baharu iaitu UHIS 1022 Falsafah dan Isu-Isu Semasa bagi Seksyen J3 dan Seksyen J6, dan Kursus UHIT 2032 / UICL 2302 Pemikiran Sains dan Teknologi bagi Seksyen J3 kepada pelajar-pelajar di MJIIT.

KURSUS UHIS 1022 FALSAFAH DAN ISU-ISU SEMASA

Seksyen J3 adalah pelajar Malaysia dan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dijalankan dalam bahasa Melayu, manakala Seksyen J6 adalah pelajar antarabangsa dan PdP dijalankan menggunakan medium bahasa Inggeris.

Gambar Kelas Seksyen J3 pada Week 1 PdP, Rabu, jam 9.00 – 11.00 am, 23 Oktober 2020

Gambar Kelas Seksyen J6 pada Week 2, Selasa, jam 5.00-7.00 pm, 27 Oktober 2020

Kelas bagi Seksyen J6 pelajar antarabangsa diadakan pada jam 5.00 petang kerana ramai pelajar masih berada di negara masing-masing seperti di Indonesia, Bangladesh, India, China, Somalia, Libya, UAE dan lain-lain.

Seramai 18 orang pelajar mengikuti PdP kursus Philo ini menerusi aplikasi Webex.

Sementara bagi Seksyen J3 pula seramai 23 orang pelajar Malaysia mengikuti kursus ini, juga menerusi aplikasi Webex.

KURSUS UHIT 2032 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI (PST)

Bagi kursus UHIT 2302 Pemikiran Sains dan Teknologi (PST) pula, pada asalnya seksyen ini terdiri daripada para pelajar tempatan dan antarabangsa. Untuk memudahkan proses PdP pihak ATI FSSH Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk membuka seksyen baharu bagi pelajar antarabangsa dan ia dikendalikan oleh Dr Siti Suhaila Ihwani dan Datuk Dr Norhafizah Musa. Akhirnya dari bilangan yang ramai, tinggallah empat orang sahaja pelajar Malaysia, iaitu seorang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan yang mengikuti kursus PST Seksyen J3 ini pada setiap hari Khamis, jam 10.00 pagi.

Kelas PST pada Week 1, Khamis, 22 Oktober 2020

Senarai Kehadiran Pelajar

Dengan jumlah yang agak kecil, saya selaku pensyarah kursus dan juga para pelajar tidak mudah mengalah dan kurang semangat untuk meneruskan sesi perkuliahan. Alhamdulillah, ia tetap berjalan seperti biasa.

NMZ

Kesuma Lakes, 43700 Beranang, Selangor

Published by

nikmohdzaim

My name is Nik Mohd Zaim bin Ab Rahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *