Sem 2 Sesi 2020/2021 Program Diploma Bermula 30 November 2020

Hari ini, Isnin 30 November 2020 bermula Semester 2 Sesi 2020/2021 bagi Program Diploma UTM Kuala Lumpur. Kami di Akademi Tamadun Islam, FSSH Kuala Lumpur menawarkan satu kursus sahaja iaitu kohort baharu UHIT 1022 atau kohor lama UICD 1032 Sains, Teknologi dan Manusia (STM).

Semester ini sebanyak 8 seksyen ditawarkan kepada pelajar dengan 6 seksyen di kampus Kuala Lumpur dan dua seksyen di kampus Johor Bahru.

Semester ini saya ditugaskan mengajar dua seksyen iaitu Seksyen 01 Pusat Kuala Lumpur dan Seksyen 08 Pusat Johor Bahru.

Kelas bagi Seksyen 01 Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi hari Jumaat manakala bagi Seksyen 08 Johor Bahru pula kepas pada jam 2.00 petang hari Khamis.

Oleh kerana Pengajian Pengajian Diploma (PPD) di bawah pentadbiran UTM SPACE, maka kami para pensyarah yang mengajar kursus umum juga turut disarankan menggunakan aplikasi BlackBoard (BB) untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Sejak menggunakan BB sebagai medium utama PdP mulai semester 2 sesi 2019/2020 yang lepas, alhamdulillah kami para pensyarah ATI KL dan saya sendiri khususnya dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Ia memudahkan kami mendokumentasikan bahan pentaksiran pelajar berbanding dengan sistem dan aplikasi lain.

Semoga PdP kursus STM bagi sem 2 ni dapat berjalan dengan lancar.

NMZ, Penyelaras STM

Kesuma Lakes.

Sem 1 Sesi 2020/2021 Ijazah Bermula

Semester 1 Sesi 2020/2021 bagi Program Ijazah Sarjana Muda di UTM Kampus Lumpur bermula pada 20 Oktober 2020. Semester ini saya ditugaskan untuk mengajar kursus baharu iaitu UHIS 1022 Falsafah dan Isu-Isu Semasa bagi Seksyen J3 dan Seksyen J6, dan Kursus UHIT 2032 / UICL 2302 Pemikiran Sains dan Teknologi bagi Seksyen J3 kepada pelajar-pelajar di MJIIT.

KURSUS UHIS 1022 FALSAFAH DAN ISU-ISU SEMASA

Seksyen J3 adalah pelajar Malaysia dan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dijalankan dalam bahasa Melayu, manakala Seksyen J6 adalah pelajar antarabangsa dan PdP dijalankan menggunakan medium bahasa Inggeris.

Gambar Kelas Seksyen J3 pada Week 1 PdP, Rabu, jam 9.00 – 11.00 am, 23 Oktober 2020

Gambar Kelas Seksyen J6 pada Week 2, Selasa, jam 5.00-7.00 pm, 27 Oktober 2020

Kelas bagi Seksyen J6 pelajar antarabangsa diadakan pada jam 5.00 petang kerana ramai pelajar masih berada di negara masing-masing seperti di Indonesia, Bangladesh, India, China, Somalia, Libya, UAE dan lain-lain.

Seramai 18 orang pelajar mengikuti PdP kursus Philo ini menerusi aplikasi Webex.

Sementara bagi Seksyen J3 pula seramai 23 orang pelajar Malaysia mengikuti kursus ini, juga menerusi aplikasi Webex.

KURSUS UHIT 2032 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI (PST)

Bagi kursus UHIT 2302 Pemikiran Sains dan Teknologi (PST) pula, pada asalnya seksyen ini terdiri daripada para pelajar tempatan dan antarabangsa. Untuk memudahkan proses PdP pihak ATI FSSH Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk membuka seksyen baharu bagi pelajar antarabangsa dan ia dikendalikan oleh Dr Siti Suhaila Ihwani dan Datuk Dr Norhafizah Musa. Akhirnya dari bilangan yang ramai, tinggallah empat orang sahaja pelajar Malaysia, iaitu seorang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan yang mengikuti kursus PST Seksyen J3 ini pada setiap hari Khamis, jam 10.00 pagi.

Kelas PST pada Week 1, Khamis, 22 Oktober 2020

Senarai Kehadiran Pelajar

Dengan jumlah yang agak kecil, saya selaku pensyarah kursus dan juga para pelajar tidak mudah mengalah dan kurang semangat untuk meneruskan sesi perkuliahan. Alhamdulillah, ia tetap berjalan seperti biasa.

NMZ

Kesuma Lakes, 43700 Beranang, Selangor

UICL 2302 / UHIT 2302 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI Sem 2 Sesi 2019/2020

Online Distance Learning (ODL)

UICL 2302 / UHIT 2302 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Sem 2 Sesi 2019/2020

PENGENALAN

Semester 2 Sesi 2019/2020 kali ini saya ditugaskan untuk mengajar kursus UICL 2302 Pemikiran Sains dan Teknologi (PST) bagi pelajar-pelajar tahun tiga program Sarjana Muda Kejuruteraan Proses Kimia (Bachelor of Chemical Process Engineering) (SMJC) Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) Seksyen J4.

Sesi perkuliahan Semester 2 bermula pada 10 Februari 2020 dengan seramai 29 orang pelajar yang mendaftar bagi mengikuti kursus ini.

Seperti biasa, kuliah atau kelas berjalan secara bersemuka di bilik kuliah di Bangunan MJIIT.

Kalendar Akademi Sesi 20192010

Kalendar Akademik 20192020

COURSE INFORMATION KURSUS UICL 2302 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Kursus ini menjelaskan mengenai perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini. Fokus utama adalah berkaitan dengan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan.  Di samping itu, kursus ini juga menekankan anjakan paradigma, penyelesaian holistik terhadap isu-isu semasa, transformasi dan inovasi, falsafah sains dan teknologi dalam konteks Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi Negara sejajar dengan perkembangan Industri 4.0 dan usaha ke arah menginsankan sains dan teknologi (humanizing science and technology).

Learning OutComes

Kursus PST ini mempunyai tiga Outcomes iaitu:

    1. Menjelaskan perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini
    2. Melakukan inferensi berkaitan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan.
    3. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan transformasi dan inovasi dalam pemikiran sains dan teknologi.

Pentaksiran

 

Kursus PST ini mengandungi 70% kerja kursus dan 30% peperiksaan akhir.

Untuk kerja kursus butirannya adalah seperti berikut:

  1. Portfolio Pembelajaran (kumpulan)        (20%)
  2. Kuiz (individu)                                              (10%)
  3. Penghasilan video (kumpulan)                 (20%)
  4. Pembentangan (kumpulan/individu)       (10%)
  5. Laporan seminar (kumpulan/individu)   (10%)

Jumlah                                                               70%

 KELAS MINGGU PERTAMA, SELASA, 11 FEBRUARI 2020

Pertemuan kali pertama, pelajar diminta untuk menyatakan pandangan dan harapan mereka terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kursus PST ini.

Pada minggu kedua, pelajar diminta menyediakan tugasan secara berkumpulan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberikan . Satu kumpulan antara 4 hingga 5 orang sahaja dan mereka diminta membentangkannya pada Minggu 12 dan 13.

 

Online Distance Learning (ODL)

UICL 2302 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

(THINKING OF SCIENCE AND TECHNOLOGY)

SEMESTER 2 SESI 2019/2020

SECTION J2

 

Semester 2 Sesi 2019/2020 merupakan kali pertama saya mengendalikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui Online Distance Learning (ODL).

Justeru, saya menggunakan beberapa platform ODL sepanjang semester 2 iaitu dari Mac 2020 hingga Jun 2020 sebagaimana berikut:

1. Webex

2. Jitsi

Pengendalian kelas secara dalam talian (online) menjadi cabaran dan amalan baharu sejak Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan mulai 18 Mac 2020.

1. Online Class (Webex)

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan menggunakan aplikasi Webex dan pelajar dikehendaki menyertai kelas tersebut. Kehadiran direkodkan menerusi portal e-learning dan juga Google Form.

Contoh kehadiran pelajar

Kuliah menerusi kaedah syarahan berjalan seperti biasa untuk 50 minit pertama, manakala 50 minit kedua pula kaedah diskusi antara pensyarah dengan pelajar berkenaan tajuk yang dibincangkan dan isu-isu semasa yang berkaitan tajuk.

Bahan-bahan pengajaran seperti slide setiap tajuk kuliah dimuatnaik secara berperingkat menerusi portal e-learning dan juga aplikasi WhatsApp agar pelajar dapat menelaahnya terlebih dahulu sebelum kelas bermula.

Justeru, pelajar dapat berperanan secara aktif dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan secara rawak ketika kuliah berlangsung.

Pelajar-pelajar Seksyen J2, UICL 2032 sedang mengikuti kelas secara online

Selasa, 21 April 2020 jam 2.00 – 4.00 petang

Pelajar-pelajar Seksyen J2, UICL 2032 sedang mengikuti kelas secara online

Selasa, 28 April 2020 jam 2.00 – 4.00 petang

 

Jelasnya, objektif PdP bagi kursus ini yang merangkumi tiga Hasil Pembelajaran atau Learning Outcomes seperti yang ketiga iaitu ‘menjelaskan perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini’ dapat dicapai.

Selain sesi kuliah, pembentangan tugasan pelajar juga dijalankan menggunakan aplikasi Webex.

Penjelasan mengenainya ada disebutkan pada subtajuk yang berikutnya.

1. Online Group Discussion (Jitsi)

Selain kaedah syarahan, pelajar juga diberi ruang untuk mengadakan sesi perbincangan sesama mereka yang bertujuan untuk mengemukakan hasil dapatan masing-masing dalam menyediakan tugasan, slide pembentangan dan lain-lain.

Medium ini juga bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan tajuk agar para pelajar dapat mengetahui dan memberikan respons dan pandangan yang lebih kritikal terhadap satu-satu isu yang berlegar dalam kalangan masyarakat Malaysia dan antara bangsa. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan bagaimana kaedah berinteraksi dengan sesuatu isu yang melibatkan nama kursus ini sendiri iaitu Pemikiran Sains dan Teknologi dan latar belakang program Ijazah Sarjana Muda yang sedang diikuti oleh pelajar.

Hasilnya, wujud komunikasi yang padu dalam kalangan pelajar serta mereka juga dibimbing oleh pensyarah bagaimana kemahiran generic seperti cara bertanya soalan dan memberikan jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan.

Secara keseluruhannya, syukur Alhamdulillah para pelajar memberikan kerjasama dan respons yang baik dan pandangan yang amat bernas dalam menjayakan sesi diskusi isu semasa yang berkaitan tajuk kuliah.

Kelas PST Selasa, 7 April 2020 jam 2 pm

Para pelajar sedang mengikuti perbincangan secara online

 

 Aktiviti Berkumpulan

Pelajar juga diminta menyediakan tugasan dan melakukan pembentangan berdasarkan kumpulan masing-masing.

Penyediaan tugasan dan pembentangan tugasan pelajar termasuk dalam Course Learning Outcomes (CLO) iaitu CLO2 dan Programme Learning Outcomes (PLO), iaitu PLO11 (ETS) PLO6 (DS). Ia bertujuan melakukan inferensi berkaitan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan.

Oleh kerana musim Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa, saya dan para pelajar menggunakan konsep pembentangan melalui rakaman video yang dimuatnaik menerusi YouTube.com dan sebagainya.

Pelajar terlebih dahulu menghantar laporan iaitu Tugasan dan Slide Pembentangan dengan disertakan sekali link kepada saya untuk memudahkan urusan pembentangan semasa kelas berjalan dan juga penilaian terhadap laporan-laporan pelajar.

Tajuk-tajuk Tugasan Berkumpulan

Contoh Tugasan Pelajar

 

https://www.youtube.com/watch?v=dzemaxN1cp8&feature=youtu.be

Contoh link pembentangan pelajar

 

Aktiviti Secara Individu

Selain aktiviti berkumpulan seperti tugasan dan pembentangan, pelajar juga dikehendaki menyediakan laporan atau ulasan artikel jurnal secara individu.

Untuk semester 2 ini, pelajar dikehendaki menonton video ceramah Prof. Datin Dr. Rubiyah Yusof – MJIIT UTM sebanyak tiga siri dan menyediakan laporan lima halaman.

https://www.youtube.com/watch?v=uy5pwc0X3SU&feature=youtu.be

Semakan terhadap laporan yang dihantar oleh para pelajar mendapati secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan butiran yang terkandung dalam setiap laporan bertulis tangan para pelajar.

Antara kandungan laporan pelajar mengenai ceramah Prof Dr Rubiyah ialah peri pentingnya generasi muda berusaha gigih untuk menguasai sains dan teknologi apatah lagi dalam konteks negara kita sebagai negara membangun dan sedang menuju untuk mencapai negara maju perlunya ada tenaga yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang sains daan teknologi.

Tegasnya, objektif bagi CLO3 kursus PST iaitu menganalisis isu-isu semasa berkaitan transformasi dan inovasi dalam pemikiran sains dan teknologi dapat dicapai oleh para pelajar.

Dr. Nik Mohd Zaim Ab Rahim

ATI FSSH KL

Bukti Pendekatan PdP TESDCP

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kursus UICD 1032 Sains, Teknologi dan Manusia pada Sem 1 dan Sem 2 Sesi 2019/2020

Semester 2 Sesi 2019/2020

Sem 2 Sesi 2019/2020 bermula pada 24 November 2020. Sem 2 ni saya ditugaskan untuk mengajar dua seksyen iaitu seksyen 01 dan seksyen 06.

Jadual Waktu Program Pengajian Diploma SPACE UTM Perdana

 

 

 

Semester 1 Sesi 2019/2020