Team building CICT 2018

Assalamualaikum.

Pada 28 oktober 2018 yang lalu, CICT telah mengadakan program Team Building CICT 2018 bertempat di Pusat Latihan UTM (PULAU). Kami berkumpul bermula 7:30 pagi dan selesai pada jam 1:00 petang. Program dimulakan dengan taklimat dan pembahagian kumpulan. Bagi acara outdoor, urusetia telah bahagikan kepada enam kumpulan.

Kumpulan Aktiviti Outdoor

Kumpulan 5 sedang memilih ketua. Kami sebulat suara memilih Aliff

Aktiviti pertama adalah senam robik berkumpulan. Kami diberi tugas untuk mempersembahkan senam robik mengikut susunan senaman yang telah diberikan. Urusetia akan memberikan markah mengikut keseragaman dan kerjasama dalam kumpulan. Markah akan dikira dan diumumkan pada akhir program.

Gigih tengah berlatih steps senamrobik

Seterusnya adalah aktiviti Tutup Aib. Kami perlu memenuhkan air dalam dua batang paip yang panjang. Kami perlu menutup lubang-lubang pada paip tersebut. Memang basah lencun la buat aktiviti air ni tapi seronok sangat. Bila paip dah penuh, ketua kami yang paling basah lencun sebab tak sempat lari. Hahaha.

Ketua kami redha basah lencun baju seluar

Seterusnya adalah aktiviti ala-ala radio rosak. Semua peserta dibekalkan dengan sehelai kertas. Perlu lukis dalam masa 15 saat. Memang haru la lukisannya hahaha. Team kami kena main dua kali. Untuk kali kedua, kami perlu tunjukkan gerak badan sebab game pertama kami meragukan urusetia. Siapa yang main tipu ni? Hahaha.

Hasil lukisan kami. Jawapannya adalah bunga raya tapi masing-masing lukis entah apa-apa

Aktiviti outdoor yang terakhir adalah mendulang bola. Dua orang peserta perlu memegang dulang. Bola diletakkan di atas dulang dan perlu pass pada kawan. Dari dulang ke dulang hingga ke garisan penamat. Memang fokus sebab tak nak jatuh sebab kalau bola jatuh dikira batal. Seronok sangat.

Mendulang bola

Kumpulan 5 yang sporting dan komited

Aktiviti terakhir adalah Misi berdaulat. Kami diberikan kumpulan baru untuk aktiviti indoor. Game ni dimainkan dalam kumpulan. Perlu pilih satu barang berdaulat di dalam kotak dan tak boleh bercakap sepanjang game berlangsung. Kalau bercakap kena masuk penjara. Haha seronok betul game ni.

Kumpulan Aktiviti Indoor

Kumpulan 3 sedang berbincang untuk memilih ketua dan barang berdaulat

Banduan bersalah yang dipenjarakan. Paling kanan tu memang paling nakal

Di akhir game, hanya dua kumpulan berjaya mencukupkan enam barang berdaulat yang dipilih. Lagi empat kumpulan tidak berjaya kerana secara kebetulan memilih barang berdaulat yang sama. Dua kumpulan memilih kipas dan dua kumpulan memilih botol. Kumpulan 5 berjaya merangkul tempat ketiga bagi aktiviti outdoor.

Tempat ketiga. Boleh laaa

Aktiviti Team building CICT diteruskan pada sebelah di Dewan Seminar CICT. Kami mendengar ceramah bertajuk Amanah dalam organisasi.

Staf yang hadir mendengar ceramah Amanah dalam organisasi

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar. Terima kasih urusetia Bahagian Pembangunan Manusia, Pendaftar kerana menguruskan program dengan baik dan lancar. Tahniah kepada semua peserta kerana memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berjalan. Semoga kita semua dapat membaiki mutu kerja dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk UTM. Kami yang menjalankan amanah. Insya Allah aamin.

CICT loves you

Posted in Events | Tagged , , , | Comments Off on Team building CICT 2018

Berbasikal ke Balai Cerap

Assalamualaikum.

Pada 25 Oktober yang lalu, saya bersama Kak Odah, En Syed dan En Isa telah berbasikal ke balai cerap. Saya dan Kak Odah menyewa basikal elektrik UTM. En Syed dan En Isa mengayuh basikal mereka. Kami bermula dari kedai sewa basikal di bangunan berhadapan Fakulti Alam Bina Ukur (FABU). Route kami adalah seperti berikut :

FABU – Dusun UTM – KDSE – KRP – Balai cerap – Stadium – FABU

Ni adalah pengalaman pertama saya mengayuh basikal ke Balai cerap. Bagi yang tidak pernah pergi ke Balai cerap, ia adalah tempat tertinggi di UTM, boleh lihat keseluruhan bangunan UTM dan boleh bergambar di situ. Ada bangunan di situ boleh guna untuk tengok anak bulan, gerhana, bintang dan sebagainya.

Bayangkan tempat paling tinggi di UTM. Mestilah naik bukit ye dak? Ok ni saya nak cerita apa yang telah terjadi. Masih ingat kan saya bagitahu yang saya dan Kak Odah menyewa basikal elektrik? Jangan buat-buat lupa pulak eh. Masa naik Balai cerap, bateri basikal kami tiba-tiba kong (habis). Ahhh sudah. Basikal terus jadi berat sebab naik bukit. Anda bayangkan betapa beratnya nak mengayuh pedal basikal tu. Nak bawa diri sendiri yang dah sedia berat ni lagi.

Saya cuba yang terbaik untuk mengayuh. Bila pijak pedal dah tak boleh kayuh, saya nangis kepenatan. Ok tipu je. Haha. Saya tolak basikal nya. Lebih kurang 200 meter sebelum sampai puncak. Saya tolak perlahan-lahan sambil bernafas dengan kencang. Memang semput beb. Tapi saya teruskan juga. Nasib baik tidak merangkak untuk sampai ke puncak.

Alhamdulillah kami berjaya tiba di puncak.

Kak Odah dan saya

Kak Odah, En Syed dan saya

En Syed, En Isa, Kak Odah dan saya

Excited dalam kepenatan

Masa turun bukit tak semput sebab tak payah kayuh. Siap layan rally lagi hahaha. Anda bayangkan perasaaan gembira saya hari tu. Macam kanak-kanak dapat coklat. Happy sangat. Lepas tu kami patah baik ke kedai sewa basikal untuk tukar basikal dan teruskan perjalanan ke stadium UTM. Kami sampai di kedai sewa basikal semula pada pukul 7:15 malam. Dah maghrib masa tu. Langit pun dah gelap. Nasib baik basikal En Syed ada lampu. Total route kami lebih kurang 18KM selama 2 jam.

Route

Memang pengalaman ini sangat bermakna dan menyeronokkan. Semoga saya dapat berbasikal lagi bersama mereka di masa akan datang. Oh lupa nak cakap. En Syed dan Kak Odah tu pasangan suami isteri. Saya harap saya dapat berbasikal dengan pasangan saya keliling UTM satu hari nanti. Insya Allah aamin.

Posted in Experience | Tagged , , | Comments Off on Berbasikal ke Balai Cerap

CICT Fun Walk Peringkat CICT

Assalamualaikum.

Pada 21 Oktober 2018 yang lalu, CICT telah mengadakan program Gaya Hidup Sihat (CICT Fun Walk) bagi bulan Oktober 2018. Kami berkumpul di Stadium UTM seawal 7:45 pagi. Bermula dengan aktiviti regangan yang diketuai oleh Abang Din. Kami berjalan dari kolam renang UTM mengelilingi luar stadium dan berjalan di dalam stadium. Alhamdulillah rasa sihat dapat keluarkan peluh.

Sebelum Fun Walk

Selepas Fun Walk

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Comments Off on CICT Fun Walk Peringkat CICT

Aktiviti berbasikal

Jalan-jalan cari jodoh

Posted in Experience | Tagged , , | Comments Off on Aktiviti berbasikal

Dragonboat USG 2018 UTM

Assalamualaikum.

Pada 13 Oktober 2018 yang lalu, UTM telah mengadakan sukan dragonboat UTM Staff Games(USG) bagi tahun 2018 peringkat universiti. CICT telah menghantar team lelaki dan wanita.

Team lelaki

Team Wanita

Team lelaki CICT telah berjaya merangkul pingat gangsa manakala team wanita kalah mati pada perlawanan yang pertama. Walaupun team wanita tidak berjaya mara ke peringkat akhir, saya amat mengagumi semangat dan keazaman mereka yang berkobar-kobar datang latihan mengikut jadual urusetia sejak Oktober 2018. Saya sebagai pengurus team wanita salute pada mereka. Mungkin bukan rezeki team kami pada tahun ini. Semoga tahun depan CICT dapat rangkul pingat bagi acara dragonboat. Aamin.

Team CICT

Tahniah team dragon boat lelaki CICT merangkul gangsa

Sesi makan-makan lepas habis game. Terima kasih Hj Sam dan En Haris belanja kami

Apa pun yang terjadi, bagi saya kalian semua adalah pemenang!

Posted in Events | Tagged , , , | Comments Off on Dragonboat USG 2018 UTM

Trip to Pantai Timur

Assalamualaikum.

Saya telah mengikuti rombongan ke Pantai Timur yang dianjurkan oleh En. Jamhari selaku pengerusi Badan Kebajikan CICT pada 13 Disember 2018 hingga 16 Disember 2018. Kami ke sana menaiki bas dan rombongan ini membawa lebih kurang 40 orang termasuk staf dan keluarga staf. Tujuan utama kami ke sana adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan staf CICT iaitu Fadzli.

Kami bertolak dari CICT pada 13 Disember 2018 jam 10 malam. Subuh dan sarapan pagi di Jerteh, Terengganu.

Zuraida dan saya

Nasi kerabu Terengganu

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Rantau Panjang, Kelantan. Kami membeli-belah sekitar Rantau Panjang. Saya borong coklat di Zon Bebas Cukai. Ada pelbagai barang yang dijual di sini seperti seluar jeans, kain batik, kain pasang, mainan dan banyak lagi. Rantau Panjang terletak di sempadan Thailand. Pelbagai barangan dari Thailand juga ada dijual di sini.

Kami check in di Hotel Holiday Villa berdekatan Wakaf Che Yeh. Kami membeli-belah dan food hunting sekitar hotel.

Dari kiri : Zuraida, Hamizah dan Jannah

Udang goreng tepung. Sepinggan RM10 je

Nasi Pad kra pao

Berjalan sekitar Wakaf Che Yeh

Kerabu maggi

Aiskrim

Keesokan paginya, kami check out hotel dan bertolak ke Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Pelbagai barangan yang dijual di sini. Ada barangan basah dan kering. Saya sempat memborong keropok, pes tom yam, budu dan lain-lain untuk dibawa pulang.

Hotel Holiday Villa, Kelantan

Dari kiri : Zuraida, Kak Gee, Hamizah dan Jannah

Bergambar kenangan di Pasar Siti Khadijah

Nasi dagang

Hujan rahmat membasahi bumi pagi itu. Kami bertolak dari Kelantan ke Besut, Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan. Majlis cukup meriah walaupun hujan. Juadah yang disediakan tuan rumah sedap-sedap belaka.

Kad kahwin

Hadiah sumbangan staf CICT untuk pengantin

Pengerusi BKCICT menyerahkan sumbangan sempena perkahwinan kepada Fadzli

Staf CICT yang hadir memeriahkan majlis

Antara keluarga staf yang turut serta dalam rombongan

Bergambar kenangan bersama pengantin perempuan, Amira

Lauk pengantin. Sedap

Kuih-muih

Kuih sagu. Sedap sangat

Wefie

Selamat pengantin baru Fadzli dan Amira

Terima kasih kepada Fadzli sekeluarga atas layanan baik yang diberikan. Kami teruskan perjalanan dan singgah di Mr. Celup Tepung Station di Penarik.

Laut Cina Selatan

Adik2 Hamizah

Bergambar kenangan di buaian. Alhamdulillah talinya kukuh

Perjalanan diteruskan ke Pasar Payang. Di sini, pelbagai makanan yang dijual seperti keropok, keropok lekor, budu, kain sutera, kain batik, sampin tenun dan bermacam-macam lagi. Memang rambang mata.

Bergambar kenangan di Pasar Payang

Staf dan keluarga CICT

Keluarga wanita CICT

Anak2 staf CICT

Sebelum pulang ke Skudai, kami singgah solat jamak di Masjid Terengganu dan selamat tiba di Skudai pada 16 Disember 2018 jam 7 pagi. Rombongan ini sangat seronok kerana staf dan keluarga dapat mengeratkan silaturahim di samping dapat pengalaman baru yang manis. Semoga akan ada lagi rombongan yang dianjurkan selepas ini.

Posted in Experience, Just Married | Tagged | Comments Off on Trip to Pantai Timur

Basikal Elektrik UTM

Assalamualaikum.

Pada 11 Oktober 2018 yang lepas, saya telah berbasikal bersama rakan pejabat saya, Kak Aisyah. Kami sewa basikal elektrik UTM di Tasik UTM dengan kadar harga RM5 sejam. Berkobar-kobar saya mengayuh basikal mengelilingi kampus bermula dari Tasik UTM ke Lingkaran Ilmu, kemudian ke Stadium UTM, sempat singgah ke Kolam Renang UTM. Saya rasa seronok sangat sebab cuaca sangat baik dan dapat hirup udara yang segar.

Singgah Kolam Renang UTM

Selfie di Jambatan berdekatan Tasik UTM

Basikal elektrik UTM

Masa lalu Fakulti Kejuruteraan Elektrik, ada jalan yang naik bukit. Saya cramp masa naik bukit tu. Hahaha. Terpaksa lepak tepi jalan nak kasi cramp di kaki reda.

Kaki cramp

Kepada yang berkelapangan dan nak beriadah dalam UTM, jemput lah datang ke UTM. Orang awam pun boleh sewa basikal elektrik ni. Boleh berbasikal sekitar UTM. Kita ada banyak tempat yang boleh dikunjungi seperti Taman Rusa, Pusat ekuin, balai cerap, stadium, kolam renang, tasik UTM dan bermacam-macam lagi.

 

Posted in Uncategorized | Tagged , | Comments Off on Basikal Elektrik UTM

Program CSR – Hari Komuniti Digital

Assalamualaikum.

Program Pembangunan Sosial Masyarakat (CSR) adalah projek di bawah naungan DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor. Tema program CSR adalah Bangsa Johor Bahagia. Program ini merupakan projek usahasama UTM dengan Istana Johor bagi membentuk Bangsa Johor Bahagia yang mempunyai nilai keperibadian bangsa Johor dengan objektif seperti berikut :

  1. Mengenal pasti masalah dan keperluan penduduk yang membentuk masyarakat impian bangsa Johor
  2. Merekabentuk cadangan aktiviti dan program masyarakat yang membina keperibadian bangsa Johor
  3. Membangunkan potensi fasiliti serta ruang persekitaran yang menyokong pembentukan keperibadian bangsa Johor

Pada 6 Oktober 2018, pihak CICT telah mengadakan program CSR Hari Komuniti Digital di Pangsapuri Kangkar Pulai blok Kenari. Program ini diketuai oleh Prof. Rose Alinda Alias. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknologi maklumat yang terkini di samping memberikan ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam aktiviti seharian.

Antara program yang dilaksanakan adalah ceramah etika penggunaan internet, klinik media sosial dan bengkel pembangunan media sosial komuniti. Peserta didedahkan dengan antivirus, penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram dan Email.

Peserta yang mengikuti kursus di CICT

Seramai 44 orang staf CICT terlibat dalam menjayakan program ini. Pada hari tersebut, program berlangsung serentak di dua lokasi iaitu di Bilik Latihan 1, CICT dan di Pangsapuri Kangkar Pulai blok Kenari. Seramai 14 orang peserta dibawa dari blok Kenari ke CICT seawal 8 pagi untuk mengikut kursus yang boleh menjana pendapatan seperti #Youcanduit, eRezeki, eUsahawan dan Photophone.

MC of the day

Peserta Program CSR di Pangsapuri Kenari

Antara urusetia yang terlibat

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | Comments Off on Program CSR – Hari Komuniti Digital

Olahraga USG 2018 UTM

Olahraga USG telah diadakan pada 29 September 2018. Saya menyertai 2 acara iaitu acara lempar cakera senior dan lontar peluru senior. Dua-dua tak menang haha.

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Comments Off on Olahraga USG 2018 UTM

Majlis Terukir di Bintang CICT 2018

Majlis Terukir di Bintang CICT merupakan Majlis Kecemerlangan dan Penghargaan CICT kepada semua staf CICT yang telah berkhidmat dengan cemerlang bagi tahun 2017 dan 2018. Majlis ini telah diadakan pada 23 September 2018 di Dewan Ibnu Sina, UTM. Alhamdulillah saya telah menerima 2 anugerah iaitu Anugerah Staf Cemerlang dan Anugerah Kehadiran Terbaik. Saya juga menerima anugerah berkumpulan iaitu Anugerah Inovasi (Pembangunan Sistem) 2017 bagi Mobile Apps sistem eCS. Alhamdulillah.

Geng Piranha

Anugerah Inovasi (Pembangunan Sistem) 2017

The best team I’ve ever had

 

Posted in Uncategorized | Tagged , | Comments Off on Majlis Terukir di Bintang CICT 2018