Majlis Khatam Al-Quran

Assalamualaikum.

Staf wanita CICT telah mengadakan majlis khatam Al-Quran pada 11 Jun 2018 di Lounge CICT. Seramai 17 orang staf wanita menyertai Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan 1438H. Selesai 30 juzuk, kami dapat khatam Al-Quran sebelum Syawal tiba. Alhamdulillah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang dapat hadir.


Antara staf yang hadir

Posted in Uncategorized | Tagged | Comments Off on Majlis Khatam Al-Quran

Aktiviti Mengacau Dodol

Assalamualaikum.

Pihak Badan Kebajikan CICT telah mengadakan aktiviti mengacau dodol pada 10 Jun 2018. Seronok sangat rasanya kerana aktiviti ni diadakan buat julung kali nya di CICT. Dodol telah mula dikacau seawal 7 pagi. Saya sempat menyumbang tenaga mengacau dodol semasa dodol masih cair.

Dodol cair

Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di kalangan staf CICT kerana memupuk semangat kerjasama, saling bantu membantu dan memberi pengalaman baru buat mereka yang tidak pernah mengacau dodol. Dodol siap dibungkus dan diedarkan kepada semua staf CICT pada pukul 2 petang.

Mengacau dodol

Saya pernah mengacau dodol di kampung iaitu di Melaka. Setiap tahun aktiviti mengacau dodol adalah aktiviti tahunan keluarga di kampung. Bermula dari mengopek sabut kelapa, parut, perah dan mengacau dodol. Aktiviti ini bermula dari pagi hingga lewat malam. Pengalaman yang sangat berharga untuk dikenang.

Bersama-sama staf CICT

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada tahun akan datang. Tahniah kepada semua staf yang telah menyumbang tenaga mengacau dodol dari cair hingga pekat dan membungkus nya untuk kami semua.

Selfie

Posted in Uncategorized | Tagged , | Comments Off on Aktiviti Mengacau Dodol

Jamuan Hari Raya CICT 2018

Tentatif

Abah, Mak dan Jannah

Kak Faz dan Jannah

Jannah, Azudin dan Kak Faz

Jannah, Kak Ida, Kak Faz dan Iman

Alhamdulillah dapat lucky draw Tupperware

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran staf dan keluarga. Pelbagai juadah yang disediakan. Tahniah kepada Badan Kebajikan CICT kerana berjaya merealisasikan majlis jamuan raya CICT 2018.

Posted in Events | Tagged | Comments Off on Jamuan Hari Raya CICT 2018

Gambar Pra-raya CICT 2018

This gallery contains 5 photos.

Selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Maaf zahir dan batin.

More Galleries | Comments Off on Gambar Pra-raya CICT 2018

Pesta Thai di FeskoUTM ke-60

Assalamualaikum.

Hai. Fesko UTM kali ni sangat meriah. Ramai sangat pengunjung yang datang berkunjung untuk membeli-belah pakaian raya memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Paling best sebab ni first time pesta thai join Fesko UTM ni.

Pelbagai juadah dari Thai yang dijual. Antaranya tomyam, somtam, aiskrim kelapa, aiskrim gulung, thai iced greentea, thai iced tea, air buah mangga, air buah naga, baby crab, churros, pulut mangga, daging bakar, char kuey tiaw, mieng kham, kerabu maggi dan bermacam-macam lagi. Fuhh memang syok gila ada banyak pilihan makanan yang dijual.

Kerabu maggi, teh ais thai, BBQ stick dan aiskrim kelapa

Daging bakar

Semua makanannya sedap. Ni saya pergi masa lunch hour, petangnya saya datang lagi makan Kuey tiaw tomyam (sedap gila. Cari booth nama BB Tomyam) dan iced green tea. Memang puas hati lah.

Ok sekian sahaja perkongsian saya untuk entri kali ni. Jumpa lagi.

Posted in Uncategorized | Tagged , | Comments Off on Pesta Thai di FeskoUTM ke-60

Wellness Day 2018

Assalamualaikum

Inilah program yang saya tunggu-tunggu kerana sepanjang 365 hari dalam setahun, satu hari ni je lah hari yang saya boleh dapat harga diskaun beli produk UTM. Haha. Untuk makluman semua, UTM ada makmal penyelidikan dan mempunyai penyelidik yang mahir dalam menghasilkan pelbagai produk kami sendiri.

Antara produk yang sangat terkenal ialah kacip fatimah, tongkat ali, minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO), minyak rambut VCO, minyak urut (favorite saya), produk kecantikan dan macam-macam lagi. Produk ini selamat digunakan dan halal.

Pelbagai aktiviti yang berlangsung pada hari ni seperti ceramah kesihatan, perundingan nutrisi, promosi Bakawali Spa dan macam-macam lagi. Bagi 1000 pengunjung terawal akan mendapat kupon makanan percuma dan pelbagai juadah dijual di food truck berdekatan.

Promosi jualan produk Living Active kali ni buat promosi 50% off untuk pembelian produk yang ke dua. Harga bagi produk pertama adalah harga jualan asal. Kalau dikira, masih murah dan berbaloi.

Save the date okay? 30 April 2018 di IBD, UTM Skudai. Kalau nak jumpa Dr. Zubaidi dan yang lain-lain jemput lah datang. Hehe.

Bye.

Posted in Events | Tagged , | Comments Off on Wellness Day 2018

Festival Konvokesyen UTM ke-60

Save the date!

Assalamualaikum.

Tahniah saya ucapkan kepada para graduan yang bakal graduate minggu hadapan. Kebiasaannya setiap kali konvokesyen berlangsung, UTM meriah dengan pesta konvokesyen (FESKO). Pelbagai aktiviti yang ada sepanjang FESKO berlangsung seperti jualan, persembahan artis, sesi bual bicara, acara permainan, pertunjukan kereta, rumah hantu dan macam-macam lagi.

Pelbagai jualan yang ada di sini seperti baju kurung, baju melayu, jubah, tudung, beg, jam, kasut, produk kecantikan, cadar, telekung, blouse, skirt, dan macam-macam lagi. Boleh jumpa jodoh juga (eh?). Ada banyak gerai makanan juga dibuka. Memandangkan hari raya bakal menjelang tak lama lagi, memang masa yang tepat untuk shopping kelengkapan raya. Harga memang murah dan boleh runding.

Jadi, kepada anda di luar sana. Jangan lupa ajak keluarga dan saudara mara untuk memeriahkan lagi FESKO UTM dari 25 April 2018 hingga 2 Mei 2018. Save the date okay? See you there.

Bye.

Posted in Events | Tagged , | Comments Off on Festival Konvokesyen UTM ke-60

Gambar kegemaran

Tarikh : 17 Julai 2017
Tempat : Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Skudai
Kamera : iPhone 6 Plus
Kredit : Nurul Jannah

Saya suka melihat keindahan alam. Sangat suka gambar yang ada pancaran matahari pagi. Saya ambil gambar ini di pagi hari saat tiada orang melalui jalan ini. Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) adalah bangunan baru di UTM. Baru dibina beberapa tahun yang lalu. Tempat ini sering menjadi lokasi kegemaran para pengantin untuk buat wedding photoshoot di sini. Cantik kan?

Posted in Photos | Tagged , | Comments Off on Gambar kegemaran

Entri Pertama

Assalamualaikum.

Ini adalah entri pertama saya untuk tahun 2018. Saya akan berkongsi semua pengalaman dan cerita saya di UTM di sini jika ada kelapangan masa. Saya bukanlah seorang penulis profesional tetapi saya sangat gemar menulis. Saya harap anda tidak tertidur saat membaca entri saya. Janji tau? Sampai ketemu lain di lain masa.

Bye.

Posted in Experience | Comments Off on Entri Pertama