Curriculum Vitae
MIGHT Certified Professional in STI Management: 18-28 August 2014
ITEX 2013: UTM bawa pulang 26 emas
JOHOR BAHRU, 13 Mei 2013: – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mencatat kejayaan besar besar pada tahun ini apabila memenangi 26 pingat emas dan 12 perak di Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2013 di Kuala Lumpur yang berakhir Sabtu lalu.
Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Profesor Dr Ruzairi Abdul Rahim berkata, sebanyak 39 produk yang yang dihasilkan oleh 27 orang penyelidik UTM dipertandingkan di pameran tahunan kali ke 24 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari mulai 9 Mei lalu.
Kejayaan ini membuktikan hasil penyelidikan UTM telah diterima dan diiktiraf serta dalam masa yang sama mampu pergi lebih jauh, terutama bagi memasuki peringkat pengkomersilan pada masa akan datang.
Kejayaan ini diharap dapat mendorong warga penyelidik UTM untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai kegemilangan pada masa hadapan dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang bermutu tinggi.
Produk penyelidikan berkenaan diharap dapat dimanafaatkan oleh masyarakat sejagat seterusnya menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara melalui proses pengkomersialan.
Lebih 900 rekacipta dan inovasi oleh peserta antarabangsa serta tempatan telah dipertandingkan dalam ITEX kali ini yang melibatkan penyelidik dari lebih 20 negara dan lebih 20 institusi pengajian tinggi awam dan swasta mengambil bahagian.
Antara Negara yang mengambil bahagian dalam ITEX kali ialah Romania, Macau, Amerika Syarikat, Japan, Belarus, Canada, China, United Arab Emirates, Hong Kong, Indonesia, Korea, Malaysia, Philippines, Poland, Russia, Saudi Arabia, Singapore, Taiwan, Thailand, and Vietnam.
Antara pemenang adalah seperti berikut;
PINGAT EMAS
Standardized Extracts of Misai Kucing Leaves With Concentrated Sinensetin
Assoc. Prof. Dr. Mohd Azizi Che Yunus
FKK
Lip Moist With Natural Colorant & Omega-3
Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar
FKK
Sustainable Bio-Organic Animal Feed (Sustainable B.O.A.F)
Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar
FKK
Renewable Levulinic Acid Using a New Hybrid Catalyst
Prof. Dr. Nor Aishah Saidina Amin
Dual-Band Stacked Circularly Polarized Antenna With Bandwidth Enhancement
Assoc. Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal Abdul Rahim
FKE
Design of Biomechatronic Artificial Arm for Telemedicine Application
Dr. Johan Mohamad Sharif
FK
Ummatic Personality Inventory (UPI)
Dr. Nooraini Othman
PS