GeoPusara

Alhamdulillah, melalui usaha keras semua pihak, maka terhasillah App GeoPusara yang merupakan aplikasi mudah alih pertama di Malaysia yang mempunyai fungsi navigasi carian plot-plot kubur serta dapat membantu pihak khairat dan kematian merekodkan data-data jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Melayu Kangkar Pulai.

Terima kasih kepada semua jemaah Kariah Masjid Nur Syahadah serta jawatankuasa masjid terutamanya kepada PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN KHAIRAT KEMATIAN KANGKAR PULAI yang menjalankan kerjasama erat dengan pihak Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM sepanjang berlangsungnya projek ini.

Tidak dilupakan, kepada pihak PLANMalaysia@Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor yang sudi berkongsi data, buah fikiran dan nasihat; sepanjang berlangsungnya projek ini. Semoga kerjasama yang telah terjalin ini semakin erat, agar manfaatnya dapat kita kembalikan semula kepada masyarakat.

Seterusnya, kepada pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), UTM; yang memberikan kepercayaan dan sejumlah dana bagi merealisasikan projek GeoPusara ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *