Tarikh: 7 Julai 2022
Pemeriksa 1: TPr. Nik Mohd Ruiz Nik Ahmad Fakhrul Razy
Pemeriksa 2: TPr. Abdul Halim bin Ali Hassan





Terima kasih atas komen-komen dan teguran yang amat baik.
Tarikh: 7 Julai 2022
Pemeriksa 1: TPr. Nik Mohd Ruiz Nik Ahmad Fakhrul Razy
Pemeriksa 2: TPr. Abdul Halim bin Ali Hassan
Terima kasih atas komen-komen dan teguran yang amat baik.
Antara skill yang perlu sentiasa dipraktikkan dan mesti mahir. Terima kasih Dr. Suzanna Azmi dan Dr. Ak Mohd Rafiq sanggup ke UTHM Pagoh menelaah ilmu big data. Highest gratitude to Dr Mufti Mahmud for very patiently guiding the non-programmer (like 3 of us. haha).
Gagal merancang, merancang kegagalan. Sehari bengkel. Sehari reka dashboard.
Syukur Alhamdulillah. Pencapaian peribadi yang paling sukar setakat ini. Perlukan strategi, fokus dan kesungguhan. Dulu cuma bermimpi. Day one, or one day. Pilihlah.
1 Julai 2022- Aktiviti Jumaat. Kita lenyapkan rumput rampai yang penuh di belakang HLT. Banyak idea nak dibuat pada planter box yang kosong ni. Tapi-apa2 pun perlu bincang dengan pengurusan. Baja kompos atau lebih banyak kangkung?
Terima kasih Team Dr Ezaila menyelamatkan keadaan. Hampir 2 minggu juga pam rosak pada HLT no.2. Patutlah sayur pun tak tumbuh. Pembekal telah hantar 2 pam air baharu. Setakat semalam, telah digantikan dan berfungsi dengan baik. Semoga boleh tuai sayur di HLT NO.2 2-3 minggu lagi.
29 Jun 2022- Terima kasih atas peluang menjadi juri pertandingan anjuran UTM dan GRAB dalam mencari solusi isu-isu yang dihadapi oleh pihak GRAB. Walaupun projek para pelajar, tetapi semua projek yang dibentangkan sangat membuka minda dan berpotensi tinggi untuk dikomersilkan.
Oh. Dr Suzana (Dr Jen.) Terima kasih atas jemputan! Terima kasih GRAB!!
Hebat kan Projek-Projek ni!
30 Jun 2022- Setelah sekian lama tidak dianjurkan, maka pada tahun ini, NUPC kembali lagi. Dengan penyertaan yang melebihi 200 peserta, diharapkan acara sebegini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar dan peserta tentang trend terkini perancangan bandar dalam dunia yang serba mencabar ini (COVID19 pergi dan kembali). Tahniah kepada PEWIBABA dan pelajar-pelajar Tahun 4 yang berkerja keras untuk menjayakan acara ini.
16 Jun 2022- Program Majlis Adjung Profesor UTM and Expert Talk PLANMalaysia adalah susulan daripada pelantikan Ketua Pengarah PLANMalaysia iaitu TPr Dr. Alias bin Rameli sebagai Adjung Profesor UTM bagi tahun 2022. Program ini juga adalah sebagai salah satu platform bagi perkongsian ilmu oleh pihak PLANMalaysia kepada ahli akademik dan pelajar-pelajar universiti yang menjadikan PLANMalaysia sebagai ikon dan jabatan yang boleh dirujuk dari segi perancangan pembangunan bandar di Malaysia. Melalui program tersebut TPr Dr. Alias bin Rameli telah memberikan syarahan dan perkongsian bersama staf akademik dan juga ahli-ahli CIPD serta para pelajar terhadap perkembangan semasa perancangan bandar dan wilayah di Malaysia.
16 Jun 2022- Alhamdulillah, dalam kesibukan pelbagai acara dan tanggungjawab hakiki. KIta santai seketika dengan makan durian yang ditaja oleh Prof Sr. Dr Kherun Nita Ali (Dekan FABU). Dua lori penuh berjaya diselesaikan oleh staf FABU. Hebat kan?!