Lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah – Perhilitan

Di Ulu Gandah, terdapat 30 ekor gajah yang ditempatkan di sini. Gajah, bukanlah diternak (bukan istilah yang sesuai) di sini, tapi ia datang daripada usaha pemindahan gajah daripada tempat-tempat lain. Gajah disini akan dirawat dan dilatih sebelum dipindahkan ke tempat lain (jika ada permintaan).

Persepsi berkaitan gajah bertukar 360 darjah apabila sudah sampai ke sini. Dulu ada perasaan gajah tu ganas dan tak comel langsung. Pelik bila orang kata gajah tu comel. Ya, memang comel sebenarnya. Itulah penting banyak membaca dan merasai sendiri perihal seekor gajah.

Salah satu ciri pusat interpretasi yang baik adalah kita dapat mengingat dengan baik maklumat penting berkaitan gajah, hanya dengan sekali baca sahaja (Dr. Rosmalina Rashid, 2022). Betullah tu. Memang ingat sampai sekarang. Berikut disenaraikan ciri-ciri menarik si gajah:

-Kasar tetapi sensitif- jangan buat provokasi, boleh terguris perasannya nanti.

-Banyak minum air- YA..seperti itu.

-Kuat makan- makan setiap masa. Kalau manusia, asyik mengunyah saja.

-Ingatan yang kuat- laluan gajah sebenarnya diwarisi turun temurun daripada nenek moyang mereka. Boleh dikatakan gajah ni lebih hebat daripada GPS.

-Kaki yang kuat- Perasan tak gajah berjalan tak berbunyi walaupun jisimnya besar. Kakinya kuat dan lembut/lemak sebenarnya, jadi bila pijak tanah, tidak berbunyi.

Sempat beri makan tebu pada si comel ni. Lupa pula namanya. Uish… laju makannya. Tak berhenti.

Gajah makan tebu

Ini namanya Yong Siput. Asal Perak. Baru 9 bulan, kisahnya tragis, sebab terpisah daripada kawanan dan ibunya. Waktu kami sampai Yong tengah berlari-lari. Malu agaknya.

Si comel ni namanya Abbot. Dikatakan, dah lama tak main air, jadi bila diajak naik, liat jadinya. Jadi para Mahut pun berusaha memujuk. Si Abbot ni pun kuat mengusik. Hmm.. bayangkan gajah mengusik. Kalau dulu ada aktiviti mandi besama gajah. Pengunjung boleh terjun sama. Tapi atas faktor keselamatan, aktiviti tersebut dihentikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *