16 Jun 2022- Alhamdulillah, dalam kesibukan pelbagai acara dan tanggungjawab hakiki. KIta santai seketika dengan makan durian yang ditaja oleh Prof Sr. Dr Kherun Nita Ali (Dekan FABU). Dua lori penuh berjaya diselesaikan oleh staf FABU. Hebat kan?!






16 Jun 2022- Alhamdulillah, dalam kesibukan pelbagai acara dan tanggungjawab hakiki. KIta santai seketika dengan makan durian yang ditaja oleh Prof Sr. Dr Kherun Nita Ali (Dekan FABU). Dua lori penuh berjaya diselesaikan oleh staf FABU. Hebat kan?!
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian antara UTM dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad yang telah diadakan pada 22 Jun 2022 merupakan julung kalinya termetrinya persefahaman antara dua pihak. MOU ini diharapkan dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak dengan pemindahan ilmu dan teknologi serta perkongsian kepakaran daripada pihak UTM dengan WANCORP.
Tarikh: 22 Jun 2022
Masa: 3:30 petang
Terima kasih TEAM FABULOUS (Dr. Zuhaili, Cik Hanis, En Dzulhelmi) yang sangat profesional menguruskan acara sebegini. Juga team HEK diketuai En Redha. Terima kasih.
Terima kasih istimewa untuk Dr Hawani, yang mengusahakan dari awal MoU ini. Tiba harinya tiada pula ya. Moga mendapat Haji yang mabrur.
Terima kasih deligasi WANCorp yang hadir.
Di Ulu Gandah, terdapat 30 ekor gajah yang ditempatkan di sini. Gajah, bukanlah diternak (bukan istilah yang sesuai) di sini, tapi ia datang daripada usaha pemindahan gajah daripada tempat-tempat lain. Gajah disini akan dirawat dan dilatih sebelum dipindahkan ke tempat lain (jika ada permintaan).
Persepsi berkaitan gajah bertukar 360 darjah apabila sudah sampai ke sini. Dulu ada perasaan gajah tu ganas dan tak comel langsung. Pelik bila orang kata gajah tu comel. Ya, memang comel sebenarnya. Itulah penting banyak membaca dan merasai sendiri perihal seekor gajah.
Salah satu ciri pusat interpretasi yang baik adalah kita dapat mengingat dengan baik maklumat penting berkaitan gajah, hanya dengan sekali baca sahaja (Dr. Rosmalina Rashid, 2022). Betullah tu. Memang ingat sampai sekarang. Berikut disenaraikan ciri-ciri menarik si gajah:
-Kasar tetapi sensitif- jangan buat provokasi, boleh terguris perasannya nanti.
-Banyak minum air- YA..seperti itu.
-Kuat makan- makan setiap masa. Kalau manusia, asyik mengunyah saja.
-Ingatan yang kuat- laluan gajah sebenarnya diwarisi turun temurun daripada nenek moyang mereka. Boleh dikatakan gajah ni lebih hebat daripada GPS.
-Kaki yang kuat- Perasan tak gajah berjalan tak berbunyi walaupun jisimnya besar. Kakinya kuat dan lembut/lemak sebenarnya, jadi bila pijak tanah, tidak berbunyi.
Sempat beri makan tebu pada si comel ni. Lupa pula namanya. Uish… laju makannya. Tak berhenti.
Ini namanya Yong Siput. Asal Perak. Baru 9 bulan, kisahnya tragis, sebab terpisah daripada kawanan dan ibunya. Waktu kami sampai Yong tengah berlari-lari. Malu agaknya.
Si comel ni namanya Abbot. Dikatakan, dah lama tak main air, jadi bila diajak naik, liat jadinya. Jadi para Mahut pun berusaha memujuk. Si Abbot ni pun kuat mengusik. Hmm.. bayangkan gajah mengusik. Kalau dulu ada aktiviti mandi besama gajah. Pengunjung boleh terjun sama. Tapi atas faktor keselamatan, aktiviti tersebut dihentikan.
Sesi penstrukturan semula program untuk FGD bulan Jun nanti. Bermula 2:30 petang lanjut ke 8:30 malam. Bentang. Bahas. Bentang. Bahas. Juga perbincangan prospek kajian lain dan pembikinan kertas kerja.
Alhamdulillah. Kali ini GeoPusara dipertandingkan ke Korea. Terima kasih kepada pihak FABU yang menaja yuran pertandingan. Terutamanya kepada Prof Madya Dr Zulkifli Majid, yang sangat berusaha keras memastikan urusan penyertaan para inventor. Kesibukan waktu LI di PLANMalaysia, sempat juga berair mata menyiapkan poster yang disemak ulang lebih 3 kali. Bila tiba nak ambil award, kuarantin pula. Sekian.
Date: 10/10/2019
Location: JBCC and Kota Iskandar
Main picture courtesy from TeamFABU Photographer
18 April 2019.
Monthly Seminar Perancang Bandar & Wilayah
Dato’ Dr. Mohammad Ezanni b. Mat Salleh, Director of Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor
Title: Kepentingan Memelihara Sungai di Negeri Johor
Date: 20/4/2019
Location: Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai
Honourable members, thank you so much for helping and kindness. I agree, this is not an easy task. Thank you so much.
Syarahan Perdana Profesor ke-96
Prof. TPr Dr. Ibrahim Ngah dari Fakulti Alam Bina dan Ukur
Tajuk: Perancangan Luar Bandar Untuk Kesejahteraan Masyarakat.
Tarikh: 15/4/2019
Tempat: FABU, B12
Date: 18-20/3 2019
Location: Pulai Spring, Skudai, Johor.