Strategi Pertahanan Menghadapi Tipu-daya Iblis Syaitan

 

Syukur Alhamdullilah, Allah yang Maha Pengampun dan Maha PenyayangInsha Allah, ini adalah apa saya mampu cerap dan reflek daripada Seminar Sirah Nabi Adam penyampaian oleh Ustaz Syaari Ab Rahman, 5 Mac 2016. Sebarang kesilapan mohon Ustaz perbetulkan. Semuga pengkongsian ini, sekurang2nya akan dapat memberikan sedikit manufaat bagi semua Ahli Keluarga Ibrah ToT yang tidak berkesempatan untuk hadir seminar ini.

Bagaimana cara nak buat strategi pertahanan dan teknik persenjataan bagi menghadapi tipu-daya iblis syaitan?

Ini adalah antara senarai strategi pertahanan dan teknik persenjataan untuk menghadapi tipu-daya iblis syaitan:

1.Sujud kepada Allah: 

Sujud semasa solat secara fizikal adalah amalan untuk mengatasi dan mengelak sifat kesombongan iblis syaitan. Sujud dengan hati yang redha akan memperolehi rasa kemanisan iman yang gagal diperolehi oleh iblis syaitan. Sujud dengan perbuatan, melakukan ketaatan terhadap segala perintah Allah akan memperolehi  ketenangan, kepuasan, kejayaan dan keselamatan dunia akhirat.

2.Ikhlas kepada Allah:

Setiap apa yang ingin kita lakukan semak keikhlasan hati kita, pastikan ianya hanya kepada Allah bukan kepada makhluk2nya. Jaminan Allah untuk melindungi umat manusia yang ikhlas kepadaNya daripada tipudaya iblis  syaitan.

3.Takwa kepada Allah:

Pengantungan diri yang sepenuhnya kepada Allah bukan makhluk2Nya. Tiada kuasa yang boleh mengatasi kekuasaan Allah. Pada saat kita mula bergantung kepada makhlukNya, iblis syaitan lah yang akan jadi ketua tungangannya.

4.Istigfar kepada Allah:

Sentiasa beristigfar kepada Allah semasa kita sedar ataupun tidak sedar tentang kesalahan kita kepada Allah. Allah Maha Pengampun. Seandainya kita terlalai dan terlupa dengan godaan tipu daya iblis syaitan dan membuat kesilapan, Allah Maha Pengampun dan Penyayang akan mengampun kan kita.

5. Puasa kerana Allah:

Amalan puasa sekurang2nya bulan Ramadhan dan berusaha untuk puasa sunat Isnin Khamis. Puasa bukan sekadar tahan daripada makan dan minum tetapi pengawalan terhadap percakapan, pendengaran dan penglihatan kepada pekara-pekara yang melalaikan daripada ingatan kita kepada Allah. Ia adalah strategi menutup ruang dan rongga-rongga yang menjadi potensi iblis syaitan masuk untuk mengoda dan menghasut kita .

6. Zakat dan Sedekah kerana Allah:

Zakat dan sedekah  Insha Allah , adalah process peningkatan kuasa kasih sayang dalam diri umat manusia. Sifat kasih sayang adalah sifat yang menentang dengan sifat kesombongan iblis syaitan. Semakin tinggi kuasa cinta dan kasih sayang dalam diri umat manusia semakin kurang kemusnahan dan kerosakan dimuka bumi Allah. Oleh itu,apabila kita berzakat dan bersedekah kerana Allah Ta’ala, kita bukan sahaja menolong orang lain tetapi kita menolong diri kita sendiri.

7.Suci hati (Mujahadah kerana Allah):  

Hati kita hanya satu, samada kita kita sediakan ruang sepenuhnya untuk Allah yang Maha Besar ataupun untuk makhluk2Nya.  Apabila kita letak makhluk2Nya di hati kita, kita sudah memberi ruang kepada iblis syaitan bertahta dihati kita.

8.Doa kepada Allah:

Kita adalah hamba Allah yang lemah, berdoalah kepada yang Maha Pelindung dan Maha Penerima doa untuk melindungi kita. Jadikan lah Allah teman sahabat karib kita untuk tempat mengadu, ketika kita solat ataupun di luar solat. Dengan pelindungan Allah tiada maklukNya yang boleh membawa pekara-pekara buruk kepada kita termasuk iblis syaitan. Kita tidak akan rasa sedih dan dukacita.

9.Bersyukur kepada Allah.

Bersyukurlah kepada Allah diatas segala pekara. Allah lebih Maha Mengetahui apa yang lebih baik bagi kita. Oleh itu, kita tidak sibuk untuk menyalahkan orang, situasi dan keadaan semasa. Sabarlah, masa akan membuktikan kebenaran Allah. Dengan kita betul2 yakin dengan Allah  Maha Pengampun dan Maha Penyayang, ia mengelakkan diri kita jadi manusia yang derhaka seperti iblis syaitan.

 

Adat dalam ilmu seni mempertahankan diri seperti persilatan dan taekwando, ia memerlukan praktik dan latihan mengaplikasikan segala tip dan teknik supaya sebati dengan tindakan pantas ketika proses mempertahanankan diri.  Sekiranya hanya sekadar berpengetahuan, kebarangkalian untuk gagal dalam mempertahankan diri adalah sangat tinggi. Jatuh bangun ataupun kalah masih dianggap menang kerana menang dari segi peningkatan kemahiran diri.

 

Semuga Allah yang Maha Penlindung melindungi kita semua daripada iblis syaitan yang direjam.

                          ***Dr Normal Mat Jusoh****

Save

Cerita Penjual Tauhu

Ada sorang peniaga tauhu yg setiap hari dia pergi jual tauhu dia  di pasar. Untuk sampai pasar, dia perlu naik kenderaan awam.  Untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui sawah padi.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah supaya tauhunya semua habis dijual. Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang biasanya dagangannya biasanya habis dijual.

Satu hari tu, semasa dia melalui sawah nak menuju jalan raya bagi menaiki kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam sawah. Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Oleh itu bukan tidak dapat untung tapi juga kerugian modalnya.

Dia mengeluh kepada Allah, bahkan “menyalahkan” Tuhan, mengapa dia diberi ujian sebegini sekali? Padahal dia selalu berdoa dan solat setiap pagi. Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar berita, bahwa kenderaan yang disewanya setiap hari pada pagi itu telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! Hanya dia satu-satunya bakal penumpang yang selamat, semua adalah disebabkan tauhu nya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak dapat  untuk berniaga pada hari tersebut dan membawa pulang semua tauhu-tauhunya yang sudah rosak dan kemek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik telah mencari beliau dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik tetapi yang anehnya peternak itik itu mencari tauhu yangg rosak ataupun hancur kerana ianya hanya untuk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja.  Peniaga itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik tu…

PENGAJARAN.
Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi kadang-kadang ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta.

Tuhan Maha Mengetahui keperluan kita, dibandingkan diri kita sendiri. Sebab tu, janganlah jemu berdoa, jangan sesekali mengeluh juga, apalagi mengutuk!

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.

“Jika Allah menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”

Semoga hari ini dan hari hari seterusnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya.

 

****Sumbangan daripada hamba Allah****

Rezeki Allah

Tulip

Luasnya rezeki Allah bukannya pada tinggi ataupun rendah dan bukannya pada banyak ataupun sedikit… …tapi padanya yang banyak dapat dikongsi dan yang sedikit mencukupi. Beruntunglah seandainya yang sedikit berlebih-lebihan. Syukur Alhamdulillah, kita diberikan kemampuan untuk melihat segala kebaikan yang Allah kurniakan diatas segala keadaan dan situasi.  Yang penting sekarang ini lakukan yang terbaik diatas peranan dan tangungjawab masing-masing. Setiap anugerah dan kelebihan akan dipersoalkan dan diadilli oleh Allah kemudian nanti.

****Dr Normal Mat Jusoh****

Satu Hari Akhirat 1000 Tahun Dunia


Syukur Alhamdulillah diberi kefahaman, peluang, kesempatan dan kesihatan untuk berkongsi dengan rakan sahabat taulan sedikit daripada cerapan dan reflek seminar Ibrah Surah Sajdah pimpinan Ustaz Syaari Abd Rahman pada 26hb Mac 2016, Karangkraf, Shah Alam. Sebarang kesilapan mohon Ustaz perbetulkan.

Betapa Allah mengingatkan kita bahwa hidup di dunia ini ibarat senafas sahaja melalui kalamNya (Surah Al-Mu’minun: 112-115, Surah As-Sajdah: 5) dan Surah Al-hajj  ayat 47.

“….Sesungguhnya sehari dari hari-hari azab disisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung(QS. Al Hajj: 47).

Formula masa akhirat

Bayangkan, kita ditugas untuk “out station” selama 2 hari 1 malam di suatu tempat.  Semasa berada disana kita mendapatkan segala keperluan kita seperti makan minum yang baik, tempat tinggal sementara yang selesa dan selamat untuk kita dapat memyempurnakan peranan dan tanggungjawab kita disana.   Sepanjang masa kita menjalankan tugas, fikiran dan ingatan kita sentiasa bersedia untuk pulang ketempat asal kita pada bila-bila masa seandainya kita ada panggilan kecemasan. Adakah kita, waktu disana sibuk dengan berbelanja habis-habisan membeli dan menghias banglo mewah untuk tinggal 2 hari satu malam sehingga melupakan tugasan, tanggungjawap dan peranan kita yang sebenar?

Begitulah juga kehidupan kita di dunia ini. Betapa malangnya kita, seandainya kita terperangkap dengan menjadi mangsa “consumer agenda kapitalis. Membeli mengikut kehendak bukannya berdasarkan keperluan. Berapa banyak pakaian, makan minum, kenderaan dan tempat tinggal yang kita perlukan berbanding kehendak kita, yang tak pernah dapat dipuaskanSehingga kita gagal untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab kita yang sebenar untuk bergerak pantas memilih jalan kebaikan mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Allah (Surah Al-Balad: 10-17) iaitu :

  1.  Memerdekakan hamba abdi (dalam dunia kita sekarang berapa ramai mereka yang terperangkap dengan hutang gangster yang mengacam nyawa mereka dan keluarga. Tekanan yang boleh membawa fikiran untuk membunuh diri).
  2. Memberi makan mereka pada hari kelaparan ( waktu musibah dan tak cukup pendapatan ).
  3. Memberi kepada anak yatim dari kaum kerabat.
  4.  Meberi kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
  5. Berpesan-pesan dengan kesabaran.
  6. Berpesan-pesan dengan kebenaran.

Berkasih sayang kerana Allah akan mendapat kasih dan rahmat Allah. Rahmat Allah dan kekuatan ikatan kasih sayang inilah yang amat kita perlukan untuk memperolehi hati yang suci bersih bebas daripada sifat dengki khianat, sombong dan ujud. Inilah formula nikmat bahagia,  antara amal jariah mereka yang mampu dengan doa daripada mereka yang dibawah naungan Allah (golongan 6 diatas). Semuga kita tergolong daripada pihak kanan yang akan beroleh kecapan nikmat syurga di dunia dan nikmat surga yang sebenar di akhirat. InshaAllah. Ameen.

***Dr Normal Mat Jusoh****

Save

AIR YANG MEMADAMKAN API

Insha Allah. Amin. Semuga kita adalah golongan ilmuan yang bukan sekadar tahu dan faham tetapi beramal dengan ilmunya. Amal lah dahulu sehingga kita memperolehi kesannya sebelum menyampaikan.  Apabila kita sudah mengamalkannya berkali-kali, kita akan lebih memahami selok belok ilmu tersebut untuk dikongsi bagi membolehkan orang lain mendapat nikmati hasil yang sama daripada amalan tersebut.

Apabila mereka tiada, hanya ALLAH yang ADA. Walaupun mereka ini dilihat biasa-biasa sahaja. Mereka ini, tidak sangat mempunyai apa-apa kelebihan tetapi cetusan tindakan mereka-mereka ini selalunya luarbiasa. Kehadirannya memberikan kebahagian dalam masa yang sama mengerunkan keangkuhan, kesombongan dan mengecilkan perasaan kebatilan. Kenapa terjadi begini?  Apabila sifat keakuan dan kekitaan tiada. Hanya Allah semata yang wujud maka yang berada di sisinya adalah Allah Yang Menguasai Segala-galanya, lagi Yang  Berkuasa Melakukan SekehendakNya. Ini rahsia “La illaha illa Allah, Muhammadu Rasulullah”. Tiada yang lain melainkan Allah.

Nabi Muhammad Rasul Pesuruh Allah.  Rasulullah menyampaikan ilmu melalui akhlaknya yang takut dan sangat rapat hubungannya dengan Allah.  Sifatnya seperti taman-taman syurga yang indah yang boleh dinikmati oleh pengunjungnya.  Sifat mata air suci bersih yang membuak-buak mengalir melimpah yang tak boleh dimakan api dan memadam segala api yang berada didalam sekam. Memandangkan api sudah terpadam walaupun sekam masih berguna untuk dibuat makanan haiwan dan baja kepada tumbuh-tumbahan. Sekam pun masih berguna.

Sifat air ini lah yang ingin kita capai dan jaga pada diri kita. Air yang jika dilautan akan disuling dengan pancaran mentari yang terang menyegarkan jiwa di pinggiran pantai. Jika air ini di daratan, ia akan ditapis oleh mekanisma tanah liat yang halus dan ketat bagi membuktikan kesucian dan kebenaranya untuk mengubat dahaga. Air ini ibarat jiwa yang sanggup redha diuji, dididik dan dilatih lebih daripada ribuan kali bagi membuktikan keutuhannya (seorang berbanding seribu orang) bagi tujuan memadamkan api yang sedang marak membakar simpanan padi di tanahair alam kita ini.

***Normal Mat Jusoh****

HATI TANPA RIAK DAN UJUD

Allah lah yang menentukan ganjaran dosa , pahala, kelebihan dan kebaikan. Buatlah sama ada banyak ataupun sedikit. Yang paling penting di sisi Allah ialah ikhlas dan hati yang  suci/”pure” kepadaNya dan untukNya. Sedekah yang ikhlas dua keping roti kepada kanak-kanak yang betul-betul mengigil kelaparan ketika kita juga kelaparan jauh lebih besar kebaikannya dari derma jutaan ringgit yang didalamnya ada rasa riak dan ujud. Ianya tiada makna di sisi Allah. Semuga kita semua dilindungi Allah daripada sifat riak dan ujud. Aameen.

Proactive Habit Bagi Orang Mukmin

 

Insha Allah, saya ingin berkongsi cerapan dan reflek berdasarkan Prof Dr Hanan Talk pada 11 May 2016 dan juga kefahaman yang diberikan kepada saya melalui pengalaman hidup. Drpd Buku Stephen R.Covey (1989), 7 Habits of Highly Effective People.  Proactive merupakan HEAD kepada 6 habit yang lain iaitu Begin with the End in Mind, Put First Thing First, Think Win-Win, Seek First to Understand Then to be Understood, Synergize, and Sharpen The Saw.

Apakah makna proaktif habit bagi orang mukmin?  Bagaimanakah  sifatnya? Apakah puncanya? Adakah kita bersedia untuk mengurus staf yang proaktif? Kenapakah ada perbezaan proaktif bagi non-muslim, orang muslim dan orang mukmin?

PROAKTIF bagi orang mukmin adalah ibarat AIR SUNGAI YANG MENGALIR berbanding dengan orang Reactive seperti AIR Dalam Container Bilik GelapSemakin tinggi air sungai yang mengalir jatuh ke bawah semakin besar tenaga inertia nya terkumpul. Air sungai yang melimpah-ruah yang terkumpul di dalam empangan akan memecahkan dinding empangan jika tidak dibuka pintu laluan. Oleh itu, kita memerlukan tadahan empangan kedua untuk mengurus limpahan dan utilize the energy. Seandainya kita letak dinding ditengah sungai, air yang mengalir ini akan meresap ke dalam bumi dan terus mengalir.  Apabila air sampai di lautan yang luas yang penuh dengan mineral, bangkai, sampah sarap, pukulan gelombang ombak dan sinaran terik mentari, Air ini menyucikan dirinya dengan meruap dibawa angin menyegarkan pengunjung dipantai. Ia naik ke udara yang tinggi bergabung menjadi awan. Apabila awan ini di halang oleh gunung-ganang ia bertukar menjadi hujan membasahkan bumi yang kering menghidupkan kehidupan.

Dari manakah punca ABUNDANCE WATER (Abundance Mentality) yang mengalir ini? Semua sungai dan telaga berpunca daripada mata air, sebagai contoh mata air telaga zam-zam.  Di sisi manusia apakah mata air itu? Dalam loghat bahasa Kelantan, apabila seorang lelaki itu mengatakan; itu mata air saya, jangan usik !!! Maksudnya mata air itu adalah kekasih hatinya yang menjadi center hidupnya.  SIAPAKAH mata air kita? Apabila makluk menjadi mata air kita, ianya adalah terhad. Bayangkanlah, apabila Allah yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui,  Maha Suci, Maha Penyayang adalah Mata Air kita. UNLIMITED RESOURSES, LEBIH BERKUASA DARIPADA 7 PETALA LANGIT DAN 7 PETALA BUMI.  Inilah yang membezakan orang MUKMIN dengan Non-Muslim yang center kehidupan mereka dalam bentuk pelbagai nilai yang selain daripada Allah. Proaktif mereka boleh membawa kepada ke arah kekosongan, kecelaruan dan kemusnahan. Hilang arah PUNCA.

Apakah yang membezakan proaktif orang Muslim dengan orang Mukmin? Tahap kesucian hatilah yang membezakan proaktif Muslim ataupun Mukmin. Setiap saat keputusan yang kita buat dalam hidup kita, adakah berpihak kerana Allah ataupun berpihak kepada nafsu yang bersandarkan iblis syaitan.  Proaktif seperti Pure Carbon tapi yang menentukan ia bertukar menjadi Diamond (Syurga) yang Pure dan Brilliant ataupun Charcole (Neraka) yang dirty dan polluting bergantunglah kepada Siapa yang menjadi Mata Air di hati kita.

Betapa pentingnya kita merealisasikan khalimah Syahadah kita. Tiada lain yang boleh menguasai kita kecuali Allah. Mereka yang beriman iaitu orang mukmin ibarat “Air yang Mengalir daripada Mata Air” yang dijanjikan syurga oleh Allah. Benarlah sifat surga yang indah itu terdapat mata air dan sungai-sungai yang mengalir, sesuai dengan penghuni syurganya yang bersifat demikian. Manakala orang muslim (orang Islam) tak semestinya Mukmin sebelum mereka  lulus ujian Allah. Be The Best of Who You Are (The MINDSET OF SUCCESS). Hamba Allah yang Akrab bersama Talent yang tersendiri yang dianugerahkan Allah untuk menjadi khalifah didunia ini.

****Dr Normal Mat Jusoh****

Tunas Harapan Visi Misi Objektif

Tulip

TUNAS HARAPAN. KEPIMPINAN GENERASI MUDA (JAN 2015)

Visi

Pada tahun 2025, pada ketika itu kita boleh lihat, kita mempunyai anak bangsa yang cukup dari segi quantiti dan qualiti untuk jadi tokoh-tokoh kepemimpinan yang boleh membawa bangsa kita dan negara kita jadi terkemuka di Alam ini.  InshaAllah,  Amin.  Tahun 2025 di ambil kira sempena Pelan Pendidikan Pengajian Tinggi Negara 2015-2025.

Daripada Masyarakat Untuk Masyarakat.

Misi

Menanam dan membangunkan anak muda generasi kita dengan;

  • Hati yang bulat dengan khalimah syahadah “Lailahaillaallah” (Tiada Tuhan Melain Allah)
  • Sel pemikiran yang penuh dengan gema/dengungan suara khalimah Allahuakhbar (Allah Maha Besar)
  • Denyut nadi aliran darah yang dialirkan oleh jantung yang dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah Rasullullah SWT.

Generasi anak muda yang beginilah yang akan berjaya melaksanakan tanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat dan negara dengan ketaatan dan keikhlasan. Taat dan Ikhlas kepada Allah tanpa sifat takabur, riak dan ujud.

Objectif

Melahirkan anak muda yang cakna/ambil kisah. Menyingkirkan sikap dan khalimah Ini bukan urusan saya dalam masyarakat. Sikap “Bukan Urusan Saya” akan menjadikan penyebab utama kemunduran sebuah masyarakat yang membawa masalah kepada setiap individu dalam masyarakat itu sendiri. Contoh; masalah ketagihan dadah dan lain-lain.

Oleh itu;   peserta-peserta dalam program dan aktiviti-aktiviti  tunas harapan dalam pelbagai nama, bentuk dan suasana akan mengutamakan penyertaan anak-anak miskin dan yatim seluruh Malaysia. Istilah anak-anak miskin di sini bukan sahaja miskin harta, tetapi miskin kefahaman agama dan miskin kasih sayang.

Anak-anak muda yang berjaya kita latih nanti, InshaAllah, anak-anak muda yang mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah. Anak-anak muda yang menjadi tokoh-tokoh pemimpin yang berjaya mengeluarkan masyarakat daripada kemiskinan kepada kekayaan dengan gaya hidup yang sederhana dalam emosi, pemikiran dan tindak tanduk. Keyakinan yang tinggi kepada Allah ini dibina atas dasar dunia ini adalah tempat persinggahan dan akhirat lah adalah sebagai tempat tujuan.  Kualiti mereka  seorang  berbanding dengan 1000 orang. Arus  super  mega tsunami yang akan menghancurkan kebatilan di akhir zaman.

Pelan Bertindak/ Cara Pelaksanaan

Berusaha capai dan jaga, misi dan objectif untuk diri sendiri. Bergabung, bantu membantu, sokong menyokong individu, ibubapa, NGO dan organisasi  yang mempunyai misi dan objektif yang sama. Kesatuan hati yang Maha Pelindung adalah Penaungnya. Rasulullah dan para sahabat menjadi Penasihat  melalui sunnahnya dan cerita-cerita  perjuangan mereka sebagai suri tauladan dalam kehidupan. Insha Allah. Amin