Mahkota : kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan.
4 bintang di sudut perisai putih itu : 4 jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.
bintang dan anak bulan di tengah : agama Islam.
Dua ekor harimau : keberanian dan kekuatan.
Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai maksudnya gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
Cogan bagi negeri Johor dalam tulisan Jawi adalah “Kepada Allah Berserah”.
Sumber: https://www.johor.gov.my/kerajaan/lambang-kerajaan/jata-johor