Archives for June 2019

Jenis-Jenis Dialisis

Jenis-jenis Dialisis

  • Peritoneal Dialysis (PD)

Kaedah dialisis ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneum di perut (ruang abdomen) melalui tiub khas (Tenchoff catheter) yang dimasukkan secara kekal melalui prosedur pembedahan kecil. Selaput atau membran yang menyelaputi perut (peritoneum) membolehkan bahan kumuhan dan cecair yang berlebihan diserap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang daripada badan secara berkala. Terdapat dua jenis PD :

  • Continous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)

CAPD memerlukan 4 atau 6 pertukaran (exchanges) sehari di rumah, tanpa penggunaan mesin. Proses ini boleh dilakukan oleh pesakit sendiri. Pertukaran (exchanges) adalah satu proses di mana air dialisis yang steril dimasukkan ke dalam abdomen dan apabila dikeluarkan, ia turut membawa bahan kumuhan dan lebihan air dari badan. Cecair dialisis dibiarkan di dalam rongga ini selama 4 hingga 6 jam, seterusnya dikeluarkan dari abdomen serta digantikan dengan cecair dialisis yang baru.

  • Continuos Cycling Peritoneal Dialysis (CCPD)

CCPD dilakukan di rumah menggunakan mesin yang dipanggil cyclerCycler mampu membuat pertukaran selama 8 hingga 10 jam lamanya, biasanya pada waktu malam semasa pesakit sedang tidur.

  •  Hemodialysis (HD)

Buah pinggang tiruan (haemodialyzer) disambung dengan mesin penapis yang berfungsi untuk membuang sisa kotoran dan cecair yang berlebihan dari badan. Prosedur ini dijalankan oleh unit khas (unit hemodialisis) di hospital dan mengambil masa 4 jam ke 5 jam setiap sesi (3 sesi seminggu). Pesakit akan memerlukan fistula supaya darah dari badan dapat mengalir ke buah pinggang tiruan. Pakar bedah akan membuat fistula ini dengan menyambungkan salur darah arteri dengan vena sehingga menjadi salur darah vena menjadi lebih besar dan seakan-akan seperti salur darah arteri.

sumber: http://perubatan.org/artikel/505-hukum-dialisis-dan-ibadah-yang-berkaitan-dengannya