Resipi Serunding Kelapa Mak Mah

Bahan Tumis

  1. Bawang Besar 2 biji
  2. Bawang Kecil 5 biji
  3. Bawang Putih 2 biji
  4. Halia besar ibu jari
  5. Kunyit besar ibu jari
  6. Serai 2 batang
  7. Buah Keras 2 biji
  8. Lengkuas besar ibu jari
  9. Belacan besar ibu jari
  10. Lada Kering 9 Biji
  11. Rempah Kari 1 sudu

Bahan-Bahan Lain

  1. Kerisik 50g
  2. Asam Keping 2 Keping
  3. Gula / Gula Merah
  4. Garam / Maggie Cukup Rasa

Bahan Kisar

  1. Ikan Kembong 1 ekor
  2. Ikan Selar Kuning 3 ekor
  3. Ikan Bilis 1 genggam

Bahan Sagai

  1. Kelapa Parut 1 1/2 biji seperti gambar dibawah

Cara Memasak:

  1. Tumiskan kesemua bahan-bahan tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan bahan kisar (ikan kembung, ikan selar dan ikan bilis)
  3. Masukkan Kerisik.
  4. Perisakan dengan sedikit gula merah, gula putih, garam dan maggie cukup rasa.
  5. Letakkan Asam Keping
  6. Setelah siap masak, gaulkan dengan kelapa yang disagai sehingga kering.
  7. Siap untuk dihidang.

Speak Your Mind

*